Imbasan Diari Program

Kem Remaja Bestari ‘05
D’Pengkalan, Rantau Abang, Dungun
08-10 Jun 2005


Kem ini diadakan untuk mengisi dan mendidik anak-anak remaja kampung sekitar kawasan Pasir Putih, Merchang, Terengganu. (bukan Kelantan aaa…). Kiranya macam summer camp la lebih kurang. Program ini diarahkan oleh Al-gha, S/U nya Najjah. Aeman still moderator. Fasi lain – Zack, Yus Boy, Shuk (program pertama untuknya setelah tamat pengajian), Madi, Syed, Rezmi, Juliana, Yus Girl, Kak CT, Kak Ma, Wani, Aisyah, Patmah dengan dibantu dengan penuh setia dan komitmen iaitu Kak Zai dan Tengku.

Kami bertolak awal ke Resort D’Pengkalan memandangkan perlu menyediakan trek untuk program Musafir Malam dan menyediakan unggun api. Apa yang menarik, program ni disertai oleh anak-anak Cikgu Mat (adik2 Najjah) bermula dari form 4 sampailah ke tadika… (Nadiah yang nakal).

Anak-anak Pasir Putih penuh kelembutannya… Selama ni orang cakap orang Pantai Timur lemah-lembut jer… Rupa-rupanya ada lagi sisa gadis-gadis Pantai Timur yang lemah lembut dan ayu orangnya… Yang lelaki biasalah… tengah lasak…mat rempit semuanya.

Penghulu program kali ini Faiz- seorang yang pendiam, pemalu walaupun berbadan besar. Bertentangan dengan Lan-sepupunya yang paling kecil dan paling nakal. Penghuluwati pula seorang yang proaktif. Paling menyentuh hati sepanjang program ni apabila ditanyakan matlamat datang ke program, Faiz menjawab titik mula untuk berubah, dan AlhamduliLlah, kami lihat ada usaha untuk itu. Juga paling menakutkan apabila melihat Aeman mendekatkan sepotong kayu api bernyala ke tangan Faiz apabila diajukan persoalan meninggalkan solat. Ngeri… tu baru api yang kecil…

Sehinggalah slot terakhir iaitu Treasure Hunt, paling ditekankan bagi adik-adik perempuan adalah persoalan aurat. InsyaAllah, harap-harap istiqamah dengan perubahan yang lebih baik.

Perasmian penutup dilakukan oleh Dato’ Engku Hassan Engku Omar (bekas SUK Negeri Terengganu). Ucapannya seringkali diselitkan motivasi dan permainan.

Hopefully, Najjah, Kak Zai dan Tengku ada follow-up adik-adik ni selaku jawatankuasa kawasan. Apa akan jadi 5 tahun lagi?.....

Muhasabah di depan unggun api


Penghuluwati yang ceria sokmo...


Penghulu yang nakal di kampung


Fasi "menyumbangkan" lagu


Sesi riadah...berkayak


Bahtera Minda


Penjaga masa yang setia...


Amik wudhuk?Facial?

 

0 comments: