Imbasan Diari Program

Kem Jati Diri

Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SMKKGB)

Dari sini, Kelab Fasi mula mengenali Zack (anggota kumpulan nasyid Shoutul Amal), Yus (seorang hafiz yang sangat menarik kisahnya), Halim (very innocent mukanya), Farhana (doktor mata @ optometrist), dan sahabiah yang sentiasa bersama syarikat perantara program -N Two Zestic – Hidayah, Kak Ma, Wani, Kak CT, Patmah, Yanti.

Untuk kem ini, kami perlu mengendalikan pelajar-pelajar bermasalah atau istilah lain – High Risk. Setelah berkenalan dengan peserta-peserta terutamanya ahli kumpulanku, tak semua high risk. Ada yang sangat berbakat, menjadi peserta pertandingan skipping peringkat antarabangsa. Mungkin kisah-kisah lama dan masalah kecil seperti ponteng kelas membuatkan mereka berada di sini. Ada yang secara sukarela mengikuti kem ini. Sewaktu spot-check, didapati hanya 5 dari kesemua 45 peserta lelaki tidak merokok. Hmm… sukar betul menahan dugaan dan perasaan ingin mencuba di zaman remaja.

Slot yang paling mengesankan ialah pada waktu “Musafir Malam”. Tak disangka suara-suara buatan berjaya menimbulkan ketakutan mereka. Mereka menyangkakan sedang berada di kubur hakikatnya, mereka berada di padang sekolah mereka. Ada yang sebak apabila diminta menceritakan semula pengalaman mereka. Namun, ada juga yang langsung tidur dengan nyenyaknya… (Malah menyangka sedang diangkat oleh hantu ketika didukung oleh abang-abang fasi). Macam-macam…

Lagu tema kem ini ialah Kembali dari kumpulan nasyid Far east. Sedikit sebanyak ianya mengesankan kerana ada peserta yang sanggup membeli kaset Far east dan memasang dalam kelas untuk dihayati bersama kawan-kawan sekelas yang tidak mengikuti program ini.

Apabila susulan dilakukan 2 minggu kemudian, AlhamduliLlah. Salah seorang peserta perempuan yang merupakan antara “kepala” dan “daring” berubah. Pulang ke rumah, beliau telah membuang semua bajunya yang tidak sesuai sebagai seorang muslimah dan menghabiskan RM 500 bersama ibunya membeli pakaian yang lengkap. Seorang peserta lelaki berjaya mencium tangan ibunya dan memohon ampun dengan ikhlas.

Namun, ada juga peserta yang berdendam dengan fasilitator apabila secara sengaja menghantar “orang suruhan” mengganggu fasilitator perempuan dan lelaki yang lemah semangatnya. Tak tersangka oleh kami. Malah, guru-guru juga baru mengetahui hal ini….

Untuk adik-adik, tabahkanlah menempuhi dugaan hidup. Biar orang pandang rendah tapi hargailah diri kita...Allah tidak menciptakan makhlukNya dengan sia-sia. Air mata yang ditumpahkan amat berharga terutamanya jika kerana keinsafan dari jiwa...


"KEMBALI KEPADA FITRAH INSANI"



Qushairi..nampak ganas juga gayanya, tapi insyaAllah lembut hati

Nangis kena provok

Post Mortem program

Fasi pun tersentuh hati... (lakonan je...huhu)


Ketua Disiplin

Penghulu peserta

Antara peserta

Terpaksa ditenangkan...hehe

Ampun maaf dari kami... Moga ukhwah terjalin selamanya...

 

0 comments: