PROGRAM BAKTI MASYARAKAT “PROKAT”

Tarikh : 05 Oktober 2007 (Jumaat) bersamaan 23 Ramadhan 1428 Hijrah
Tempat : Kg. Pak Madah, Bukit Payong, Marang
Masa : 08.30 pagi – 01.00 petang

Sasaran : Rumah pasangan suami isteri warga emas
( Tok Yatim dan To’Ki Mamat)
Ahli terlibat : 20 orang

Peserta program berkumpul di perkarangan Masjid Bukit Payong pada jam 08.30 pagi. 09.30 pagi ; bertolak ke lokasi dengan 7 buah kereta dan 4 buah motosikal beserta barang-barang sumbangan dan alatan membersihkan rumah.Aktiviti yang telah dilakukan ialah ; memasang langsir baru, menyampaikan pakaian raya, menyampaikan sumbangan kuih raya dan bahan-bahan dapur, menyampaikan zakat (pemberian peribadi ahli kelab), mengemas dapur, membasuh lantai rumah, membersihkan kawasan rumah pasangan warga emas tersebut, membakar sampah, memandikan dan menukar pakaian serta lampin warga emas lelaki, menyumbangkan sebuah kipas angin kaki (sumbangan peribadi) dan beramah mesra dengan pasangan tersebut.

Pada jam 10.00 pagi, sejumlah 7 orang ahli kelab terpaksa berundur sementara daripada program bagi mambantu satu program anjuran Front Bertindak Anti Murtad (FOKAD) yang telah diadakan tidak jauh dari lokasi program kelab.Dalam program FOKAD tersebut, Kelab Fasi telah membantu dalam menyediakan ustaz untuk memberikan tazkirah.Jam 11.30 pagi, ahli-ahli kelab terbabit kembali semula membantu program kelab. Program ini telah mendapat liputan daripada wartawan akhbar Sinar Harian.

Pasangan ini mendapat perhatian dan bantuan daripada Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) Cawangan Terengganu. Kelab Fasilitator Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan Al Mubarak dan Aidilfitri yang hampir menjelang tiba dengan membuat kunjungan / ziarah kasih kepada pasangan warga emas ini selain kapasitinya di mana kebanyakan ahli kelabnya turut menyumbang tenaga dalam aktiviti yang dianjurkan oleh FOKAD Terengganu.

Akibat masa yang terbatas (waktu solat Jumaat), beberapa akiviti terpaksa dilakukan dengan segera. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini wajar diteruskan di masa-masa akan datang bagi membantu golongan-golongan yang berda di dalam kesusahan. Ia juga satu pendekatan dakwah yang paling berkesan dengan menonjolkan aktiviti berbentuk kebajikan selain memberikan satu muhasabah kepada para dai’e (pendakwah) dalam menyebarkan risalah dakwah, memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka buminya, dan meneruskan kelangsungan para anbia’ dalam menegakkan kalimah Allah. Beberapa kekangan yang wujud seperti masa dan dana kewangan tidak dinafikan berlaku namun ia perlu diselesaikan secara bijaksana. Wallahua’lam !

* Disediakan oleh Pengerusi Lajnah Ekonomi & Kebajikan, Kelab Fasilitator Terengganu


Nurul dan Bob yang rajin bersembang dan memotong kuku Tok yang keras bangat


Haimi dan adik-beradik "cun", rajin membersihkan laman


Sukeri : Potong kuku Tok tak sesuai dengan ambe, pasang langsir? Boleh je...


Zubir yang bergegas membaiki kipas, tak dapat baiki?beli kipas


Adegan menyentuh hati... penuh kasih sayang...

 

0 comments: