Rehlah PR : Main Sampai Letih

* Lagi gambar akan diupload nanti



Tarikh : 24 & 25 Januari 1008 (Khamis dan Jumaat)
Tempat : Pantai Rekreasi Merang, Setiu

Rehlah PR yang dijadualkan sebelum ini telah berlangsung dengan jayanya. Meskipun kehadiran hanya seramai 40 orang (jangkaan 30), namun ia tetap berjalan lancar dengan kerjasama semua. Ditambah dengan kehadiran sahabat-sahabat baru, sangat kami hargai.

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan pendaftaran bermula jam 8.00 malam. Taklimat telah diberikan oleh Mohd Musa selaku Pengarah program kepada semua peserta dan urusetia. Selesai solat Isya' berjemaah, sesi BBQ ayam dimulakan. Ayam best...nyam...nyam... terima kasih pada urusetia makanan - Ida dan Seha....

Selesai mengisi perut masing-masing, aktiviti pertama dimulakan iaitu sesi ta'aruf. Banyak juga perkara baru diketahui walaupun ada yang dah berkawan lama. Masa ni lah segala perangai masa sekolah, nama timangan, haiwan peliharaan, perangai baik buruk dikeluarkan oleh sahabat-sahabat yang rapat. huhu... Selesai sesi ta'aruf, setiap orang diberikan keratan jigsaw puzzle bagi menentukan kumpulan untuk sukaneka esoknya. Selesai pembahagian kumpulan, urusetia melangsungkan mesyuarat ringkas untuk persediaan aktiviti esok. Agak lewat malam, ada yang bercakap sambil memejamkan mata...haha...

25 haribulan dimulakan dengan qiamullail... Tahniah pada mereka yang tidur hanya sejam tapi mampu bangun... mungkin ada yang tak tidur... (terkelip-kelip mata, kenapa ya?)... Solat subuh berjemaah diimamkan oleh imam yang didatangkan khas dari Syria iaitu saudara Zack (Fakhrurrazzi Husin : ahli kumpulan nasyid Shoutul Amal). Bacaan yang menusuk hati mendayu-dayu di subuh hari. Seusai solat, doa dipanjatkan beserta bacaan ma'thurat. Kuliah subuh diisi oleh Timbalan Pengerusi kelab iaitu Aeman yang membentangkan slide bertajuk "MENANG atau MENANGIS?".

Meskipun hujan sedikit pada subuhnya, langsung tidak menghalang semua yang kelihatan excited untuk bermain. Enam kumpulan dibentuk iaitu Kemas Keming, Keras Kejung, Rekok Wo'k, Pretty Girl, Shamsun dan MCG. Sukan pertama dimulakan iaitu peserta muslimin bermain futsal pantai, manakala peserta muslimat bermain bola tampar pantai. Dari sini dapat dikesan bakat-bakat peserta yang boleh menjadi pemain bola tampar untuk Nisa' Games nanti. hehe...siap pemain simpanan dan ketua pasukan lagi... maklumlah, bekas atlit sekolah!

Selesai perlawanan bola tampar dan futsal secara liga, sukaneka pula dilaksanakan dalam keadaan riang ria dan pecah perut menahan ketawa. Alhamdulillah, selain sesi ta'aruf semalam, sesi ini juga menyerlahkan sikap sebenar semua dan mengeratkan ukhwah kami. Permainan yang telah dijalankan ialah Pancing Botol, Baling Belon Air, Tarik Upih Kelapa, Bowling Nyior, Cari Gula-gula Dalam Tepung dan Terompah Gergasi.

Bertepatan dengan tema yang dianjurkan oleh pengarah program iaitu Main Sampai Letih, sememangnya tema itu berjaya. (Wahaha...) Sesi sukaneka diakhirkan dengan games minda pula iaitu Lingo dan Win, Loose or Draw yang dimoderatorkan oleh pasangan suami-isteri bahagia, Aeman dan Ayu. Tadi dah letih menggunakan tenaga fizikal, sesi ini menyaksikan penggunaan otak dan perang mulut pula selama 45 minit.

Tepat jam 12.15, satu slot taklimat diadakan bagi menerangkan tugas dan membuat satu resolusi yang bakal dilaksanakan oleh ahli-ahli Kelab Fasilitator. Meskipun waktu tengahari dan keadaan penat, semua peserta memberi tumpuan sebaiknya dan bertanya soalan-soalan atas segala kemusykilan.

Selesai solat makan tengahari dan solat Jumaat, penutup diadakan dan satu borang undian untuk memilih peserta muslimin dan peserta muslimat terbaik diadakan. Undian menentukan Zack menjadi peserta muslimin terbaik, manakala bagi peserta muslimat pula diraih oleh Rudi dan Koni. Tahniah...moga kecemerlangan anda berkekalan.

Rehlah ini selesai pada jam 4.00 petang dan beberapa peserta muslimin mengambil kesempatan untuk mandi pantai. Kami dari pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada yang hadir atas kerjasama dan kesportingan anda... moga-moga dapat diteruskan lagi untuk akan datang. Kepada yang tidak hadir, jangan jeles...nanti kita buat lagi, datang tau! Hehe...

 

0 comments: