Jemputan Program MDQ

Program Minggu Disiplin dan Kebersihan (MeDiK)
Tarikh : 23 - 26 Mac 2008
Tempat : Dewan Besar Maahad Darul Quran, Rusila
Perasmi : Ustaz Mohd Nor Hamzah (ADUN Bukit Payong)
Tema : Disiplin Teguh, Kebersihan Diamali

Kelab Fasi dijemput untuk 2 slot iaitu ;
24 Mac 2008, 9 malam -
Slot Tayangan Multimedia oleh Sdra. Al-Ghazali (bos fasi)

25 Mac 2008, 9 malam -
Slot Forum : Disiplin Nadi Kebersihan

Panel :
1) Al-Fadhil Ustaz Khalil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
2) Sdra. Aeman Abdullah (Timbalan Bos Fasi)
MC Jemputan : Sdri. Nurul Alia Zahari (Timb. S/U Fasi)

Antara huraian yang dibuat oleh al-fadhil ustaz Khalil ialah mengenai soalan banat iaitu disiplin dalam bersahabat. Beliau menghuraikan mengenai Surah Al-Hujurat yang juga dikenali sebagai Surah Akhlak. Surah yang menekankan tentang adab-adab termasuklah adab bersahabat. Yang utama adab atau disiplin dalam berakhlak ialah setiap orang mesti ada prinsip dan tegas dengan prinsip yang benar dalam bersahabat. Prinsip yang benar penting dalam dunia sekarang yang mempunyai pelbagai cabaran yang kadang-kadang tidak mampu dihadapi akibat pengaruh rakan-rakan yang tidak baik.

Panel kedua pula sering memberikan analogi dalam bentuk kisah hidup dan beberapa cerita menarik buat renungan adik-adik MDQ seperti kisah ayam dan lembu dan kisah hidupnya yang juga terpaksa melalui disiplin hidup di asrama yang sangat tidak disukainya dahulu.

Kesimpulannya, Ustaz Khalil menegaskan seperti sifir dalam subjek Matematik, begitu juga dalam kehidupan, perlu ada sifir dalam disiplin. Orang yang berjaya adalah orang yang mengikuti sifir disiplin yang telah ditetapkan Allah SWT. Teori nampak mudah, tetapi praktikalnya memang sukar dan perkara utama dalam menjaga disiplin ialah kesedaran.

Umpama permainan bola sepak atau bola jaring tanpa peraturan adalah analogi yang diberikan oleh Sdra. Aeman sebagai kesimpulan kepada persoalan adik-adik yang bertanya mengenai konsep ikhlas dalam melaksanakan disiplin. Yang penting ialah kesedaran mengenai kepentingan dilaksanakan disiplin tersebut.

Gabungan 2 ahli panel yang mantap ini dari segi keilmuan dan praktikal diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap disiplin adik-adik MDQ.


Panel Forum

Pengerusi perantara bertanya soalan pada Ibnu Khaldun

Pengerusi jemputan mencari mangsa


Pengawas banat yang jadi mangsa


Adik banat yang malu-malu

Kak Nurul Alia, di meja makan pun, celotehnya jadi tumpuan...

 

0 comments: