UCAPAN

Assalamualaikum W.B.T.

di sini ana nak lampirkan sedutan ucapan untuk ana gunakan pada malam ini sempena menjadi Wakil Kawasan untuk Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan. bagi sahabat silalah bantu dan memberi idea untuk dijadikan isi bagi meningkatkan kualiti ucapan ana untuk dipendengarkan untuk pemuda di sana.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Al Hadid

Bersyukur ke hadrat Illahi, agar ditambahi lagi nikmat kekuatan Iman dan Islam pada diri kita untuk kita tingkatkan usaha dan kerja menambah pahala dan saham akhirat. Bersyukur juga pada Ilahi kerana diberi kesempatan bagi kita untuk berkumpul pada malam ini untuk muhasabah gerak kerja kita selama setahun sebelum ini, adakah kita bergerak selari dengan apa yang telah digariskan dan dirancang sebelum ini, atau hanya di kertas sebagai rujukan setiap kali mesyuarat agung diadakan.

Merujuk pada ayat yang dibaca tadi, jelaslah kemenangan yang diberikan pada kita di Dun Rhu Rendang ini adalah sebagai ujian bagi kita.
Kemenangan adalah daripada Allah. Kemenangan Islam adalah demi hidayat dan taufik untuk manusia. Ia bukan kemenangan duniawi yang sementara dan penuh tipu daya iblis, bahkan ia adalah kemenangan yang benar dan hakiki. Di dunia kita gembira dan di akhirat kita bergembira. Tiada kemenangan kecuali kemenangan Islam dan tiada kehidupan kecuali kehidupan akhirat.

Ujian ketika kita menang boleh dianggap satu beban yang amat tinggi, masa inilah rakyat menuntut apa yang telah dijanjikan sebelum ini. jangan kita hanya pandai bermain kata untuk memancing undi semata-mata tapi kita tewas dengan ujian ini.

1- Bermula sekarang bangunlah wahai Pemuda , gerakkanlah aktiviti di cawangan yang mampu menarik minat ramai lagi golongan muda dekatkan mereka dengan tali Allah, simpulkan dengan program berbentuk dakwah yang kontemporari. Jangan mendesak agar mereka rasa ikhlas dihati.

2- Program kebajikan jangan ditinggalkan, ramai lagi yang memerlukan bantuan, biarlah kita menumpukan program berbentuk kemasyarakatan agar masyarakat lebih mendampingi kita dan mengunjungi kita ketika saat memerlukan.

3- Kenalkan diri kita sebagai agen perubah dalam masyarakat yang memerlukan sentuhan dakwah bagi meneruskan kehidupan yang fana ini. Wujudkan pusat komuniti tempat anak remaja beriadhah dan berkumpul agar satu hari nanti mereka akan menuruti jejak abang-abang mereka yang mula mengerti erti perjuangan sebenar.

4- Dekatkan diri dengan program Illahi, Qiamulail, Puasa, Usrah jangan ditinggalkan kerana itulah sumber kekuatan bagi ruh kita.
Janganlah kita Pemuda PAS sekadar dikenali 'pakar mengantung bendera tertinggi & terbesar, Hero dalam pergaduhan, Samseng dan bergerak dalam kumpulan tertentu sahaja. ubahlah sikap kita agar lebih dinamik, mudahkan orang mendampingi kita , menjadi tempat rujukan dan naungan masyarakat agar PRU ke 13 nanti keputusan berpihak sekali lagi pada diri kita.

"Baldatun Tayibatun Wa Rabu Ghafur"
Jangan kita leka dengan kemenangan ini, kita hanya ada masa yang singkat maybe PR akan datang lebih awal diadakan dalam BN menuju kehancuran ini. Jom kita raikan kemenangan ini dengan pengisian yang baik. Biarlah mereka bergaduh merebut jawatan, mengulingkan orang, tapi bagi kita dalam Pakatan Rakyat kita menerajui golongan muda menentang golongan kuffar. Bersedialah kita merampas kembali Bumi Darul Iman ini dalam masa akan datang.

Akhir kata berdoalah dan bergantung haraplah pada Allah yang menolong kita dalam menenetukan kemenangan ini dianggap hadiah bagi pekerja parti yang ikhlas berjuang.

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. As Saff ayat 14

Sekian Terima Kasih...
Aeman Fadlullah

Maka setelah

 

0 comments: