Usrah : Al Futur

Tarikh : 25 April 2008 (Jumaat)
Tempat : Rumah Ustaz Ariffin Draman, Kg. Gelugor Che Hasan
Buku : Wabak Sepanjang Jalan (Jilid 1) / Afat ala Tariq

Pengertian Al-Futur
Bahasa :
1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak
2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh

Istilah :
Suatu penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para "amilin", bahkan ada amilin yang sudah pun ditimpa penyakit ini. Yahap al Futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.

Sebab Berlakunya Al-Futur
1) Sifat keterlaluan dan berlebih-lebihan di dalam agama
2) Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan
3) Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat
5) Pengabaian melakukan ibadat harian
6) Mengambil makanan yang haram atau syubahah
7) Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam
8) Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan
9) Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin
10) Tidak bersedia menghadapi halangan atau cabaran dalam perjuangan
11) Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
12) Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah
13) Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh

Huraian banyak diambil dari kisah-kisah benar yang berlaku di sekitar naqib dan kalau di Terengganu, wang ihsan juga boleh dikatakan antara faktornya.

 

0 comments: