MINYAK NAIK

e

HADIAH UNTUK RAKYAT
Lagi pun harga baru petrol dan diesel yang diumumkan hari ini masih lagi yang terendah di rantau ini. PM

Pengumuman kenaikan harga minyak petrol semalam mengejutkan ramai pihak, bayangkan pukul 6 petang sudah dipenuhi dengan kenderaan yang berasak-asak untuk mengisi minyak bagi mengelakkan harga baru bermula 12.00 malam.

Dengan pengumuman itu minyak naik RM 0.78 sen, diesel RM 1.0o kira-kira 40% kenaikan. Bayangkan kenaikan ini dianggap mendadak oleh pakar ekonomi Yeah Kim Leng dari firma Ratings Agency Malaysia berkata kenaikan harga tidak boleh dielakkan tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

"Kita menjangka (kenaikan) 20 hingga 30 peratus tetapi naik 40 peratus dan ini bermakna kerajaan cuba menampung kos kerana tidak menaikkan harga pada tahun lalu," katanya kepada AFP.

Oh...keluhan rakyat bawahan, dengan gaji di sekitar RM 1000- Rm 2000, anak 5 orang apa yang dapat buat. Separuh dari gaji perlu dilabur untuk pendidikan anak-anak tadika, sekolah, tuisyen malahan aktiviti kokurikulum.

Belum lagi masuk dengan bil air, api, telefon, internet, sewa rumah, ansuran kereta, kad kredit ...ini menjangkakan keluhan rakyat semakin ketara. Rancangan BersamaMu TV3 tentu ramai permintaan untuk dijadikan penerima sumbangan.

Betul, kenaikan harga minyak tidak boleh dibendung kerana kenaikan harga minyak pasaran dunia, namun di sebalik kenaikan minyak tersebut dapat dikawal sekiranya kerajaan mengamalkan sikap toleransi di kalangan kerajaan dan rakyat. Bagi yang berada di bawah garis kemiskinan perlulah diberi subsidi bagi mengatasi kehidupan semakin melarat.

Walaupun kerajaan memberi rebet tunai kepada rakyat, dengan mengurangkan cukai jalan belum cukup untuk menampung perbelanjaan purata bulanan rakyat. Begitu juga dengan perniagaan barangan mereka tidak ada jalan lain untuk tidak menaikan harga.

Perbandingan menerusi harga minyak di rantau ini, sepatutnya kerajaan membandingkan harga minyak di kalangan negara pengeluar minyak. Seolah-olah kerajaan memanipulasi maklumat pada rakyat.

bayangkan dalam tempoh 100 hari pemerintahan kerajaan BN yang menjanjikan tiada kenaikan harga minyak, Datuk Shahril Samad Menteri KPDNHEP mengatakan Ogos ini akan dianikan minyak, tup..tup Datuk Seri PM menaikan harga minyak sedara drastik.

Di sini ada beberapa saranan agara kerajaan mengambil jalan bagi menyelesaikan kemelut ini,

- Menstruktur semula pengagihan pendapatan di kalangan masyarakat bawahan yang seolah-olah sekarang mereka dianak tirikan dalam melaksanakan sesuatu dasar kerajaan. Membentuk rakyat yang harmoni kerajaan perlu mengutamakan kebajikan rakyat.

- Mengkaji semula kekayaan dan keutungan yang diperolehi oleh Syarikat terkaya Petronas adakah pengaliran keuntungan itu sampai kepada rakyat atau tidak.

- Pemimpin yang kaya raya perlulah menunjukkan contoh tauladan terlebih dahulu dalam aspek berjimat cermat, jangan seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

- Pastikan pemantauan secara tegas terhadap mana-mana kedai atau perniagaan yang menaikan harga secara melampau kesan kenaikan harga minyak ini.

- pemberian sistem kupon kepada golongan masyarakat berpendapatan kurang daripada Rm1000 bagi mengurangkan beban dalam pembelian barangan harian.

 

0 comments: