Renungan sejenak...


"Diceritakan orang pada satu ketika dahulu terdapat seorang profesor yang tersangatlah pandainya dalam hal ilmu-ilmu sains duniawi. Pada suatu hari profesor tersebut teringin membuat satu kajian masyarakat di pedalaman yang tinggal di tepi sungai... Maka si Prof tadi menyewa sebuah sampan untuk ke hulu sungai...
Sepanjang perjalanan memudiki sungai si Prof terpesona dengan keindahan alam serta kekayaan flora dan fauna di bumi Malaysia Boleh ini. ... si Prof bertanya kepada pakcik pendayung sampan "Apa yang pakcik tahu tantang ilmu botani?" lalu pakcik itu menjawab "ntah le, pakcik tak skolah". Prof berkata lagi "kalau begitu pakcik telah kehilangan 10% dari hidup pakcik kerana tak tahu ilmu botani". Prof bertanya lagi "Apa yang pakcik tahu tentang zoologi?" pakcik itu menjawab "ntah le, pakcik tak skolah". Prof mengulas lagi "pakcik kehilangan 10% lagi dari hidup pakcik kerana tak tahu zoologi".

Sedang Prof memerhati flora dan fauna, si pakcik bertanya "Prof tahu berenang?". Prof tu jawab "tak tahu, saya tak ada masa nak belajar berenang", lalu pakcik itu mengulas .... "Prof akan kehilangan 100% hidup prof kerana sampan ini bocor dan kita tak sempat sampai ke tebing".......

 

0 comments: