Perkongsian

Just wanna share from this web and this...

Pepatah Russia pernah menyatakan

A fish rots from the head.

Begitu juga dalam organisasi. Sesebuah organisasi adalah bayang kepada pemimpin. Kejayaan organisasi dan pasukan banyak bergantung pada pemimpin. Menurut John C. Maxwell dalam buku terlaris beliau ‘21 Irrefutable Laws of LEadership’,

Daya memimpin ialah keupayaan menentukan tahap keberkesanan seseorang.

Tambah Maxwell lagi;

Tunjukkan padaku pasukan yang kecewa akan kutunjukkan pemimpin yang lemah
Tunjukkan padaku organisasi yang berfungsi bawah tahap sebenar akan kutunjukkan pemimpin yang lemah
Tunjukkan padaku gerakan dakwah yang ketinggalan akan kutunjukkan pemimpin yang lemah
Tunjukkan padaku pasukan yang kalah berterusan akan kutunjukkan pemimpin yang lemah

Tetapi…

Tunjukkan padaku pasukan yang sentiasa fokus akan kutunjukkan pemimpin yang hebat
Tunjukkan padaku organisasi yang berfungsi pada tahap maksima akan kutunjukkan pemimpin yang hebat
Tunjukkan padaku gerakan dakwah yang proaktif akan kutunjukkan pemimpin yang hebat
Tunjukkan padaku pasukan yang menang akan kutunjukkan pemimpin yang hebat


Menurut Peter Drucker;

Semangat sesebut organisasi dicipta dari atas (pemimpin)

Pepatah Arab pula ada menyatakan;

Sikap manusia terpengaruh pada cara hidup pemimpin


5 CIRI KEUNGGULAN MOTIVATOR MELAYU MUSLIM TULEN



1. Dia mesti seorang yang jujur. Setiap tindak-tanduknya diukur pada ciri-ciri seorang Muslim yang baik.

2. Dia mesti seorang yang berwibawa serta memiliki ketrampilan yang tersendiri lagi unik.

3. Dia mesti seorang yang berbakat besar dalam banyak bidang, tidak hanya tertahan
pada kebolehan akademik semata-mata.

4. Dia telah menempuh pelbagai rentak hidup; bermula dari bawah dan kini telah menjadi seorang yang terbilang.

5. Dia mempunyai formula atau kaedah motivasinya yang tersendiri.

Di manakah kita?

 

0 comments: