Usrah di Kemaman

Petikan usrah yang diadakan di Kemaman baru-baru ini... Petika ini adalah sebahagian cerita dalam usrah. Untuk bahagian lain, boleh baca di blog ini... (tak larat nak copy)...




Katakanlah (wahai Muhammad):

Jika bapa-bapa kamu
dan anak-anak kamu
dan saudara-saudara kamu
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu
dan kaum keluarga kamu
dan harta benda yang kamu usahakan
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,

maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);

kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)
.


Saad bin Muaz, beliau adalah seorang sahabat yang berkulit amat hitam. Kisahnya beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah berkata janganlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau. Lalu Rasullullah bertanya kepada sahabat yang lain samada ada di antara mereka yang tahu tempat tinggal seorang gadis yang amat terkenal kecantikannya di Madinah pada waktu itu lalu jawablah seorang sahabat. Sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah untuk membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi sendiri yang menjamin Saad.

Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika dengan bapa wanita tersebut, Saad pun menyatakanlah hajat dia iaitu mahu meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin. Lalu terperanjatlah bapa wnaita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau Saad keluar dr rumahnya. Lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah. Wanita tersebut keluar berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad. Tanya bapanya adakah dia mahu berkahwin dengan Saad yang hodoh orangnya itu? Maka kata anaknya mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana Saad itu adalah pilihan Allah dan RasulNya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya. Pulang Saad menemui Rasulullah, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak. Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Ditanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau duit untuk berkahwin? Maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali berjumlah 10 dinar. lalu pergilah Saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar, Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Saidina Ali memberi 20 dinar. Lalu pulang Saad berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar. Lalu Rasulullah berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk membeli peralatan rumahtangga. jadi pergilah saad membeli barang keperluan rumahtangganya.

Semasa memilih barang keperluannya, terdengar Saad jeritan mengatakann Rasulullah memanggil semua bersedia untuk berperang kerana musuh telah tiba, lalu Saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai lengkap dan terus ke medan perang. Sesampainya beliau dilihat telah ramai org bersedia dan beliau terus ke bahagian hadapan dan duduk di sebelah Saidina Umar. Berbisik-bisiklah sahabat yang lain mengatakan siapakah itu kerana Saad berperisai penuh menutup muka, ada yang mengatakan mungkin datang dari Yaman dan turut serta di dalam peperangan setelah diseru oleh Rasulullah.

Dalam peperangan tersebut, kuda Saad telah dipanah lalu tumbang, Saad yang jatuh, bangun lalu menyinsingkan lengannya kemudian barulah sahabat yang lain perasan bahawa itu adalah Saad bin Muaz yg terkenal dengan kehitamannya. Beliau telah gugur di dalam peperangan tersebut sebagai seorang syahid tanpa sempat menyentuh pun isteri beliau. Berkata Rasulullah, di saat syahidnya Saad, bergegarlah Arash Allah dengan tangisan para malaikat.

Ini adalah satu kisah yang memaparkan betapa besar pengorbanan para sahabat yang sanggup meninggalkan isteri yang baru mereka nikahi untuk pergi ke medan perang memperjuangkan agama Allah. Rasa sedih sangat kalau dengar Ustaz Azam cerita. Maaflah kalau ambe tertinggal beberapa cerita, maklumlah menulis sambil dengar sambil jawab panggilan telefon....

Ala kullihal, semangat baru dijana seusai usrah...

 

0 comments: