Jemputan Kenduri Kahwin Sahabat


Buat JPR DPPNT & seluruh ahli kelab fasi yang dirahmati Allah dan dikasihi,

Dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah diri, kami mewakili ibu bapa kami menjemput JPR DPPNT & seluruh ahli kelab fasi, hadir ke majlis perkahwinan kami yang akan diadakan seperti berikut:

Rumah Perempuan : 12 JANUARI 2008 Rumah Lelaki : 09 FEBRUARI 2008

Semoga dengan kehadiran JPR DPPNT & seluruh ahli kelab fasi akan meceriakan lagi majlis kami dan diberkati Allah SWT, insyaALlah =)

JazakumuLlahu khairan kathira.

P/S: kepada algha dan aeman, minta tlg panjang2kan kepada yg lain, terutamanya semua fesi yg terlibat dlm WAJA dungun lepas. syukran =)

0 comments  

Usrah Jasadi III

Usrah jasadi telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran 10 muslimin, 9 muslimat, 1 kanak-kanak ;). Terima kasih pada AJK Sukan, Sukeri Ambak (balik awal, kaki terluka) dan Kharunisa' Khairuddin yang baru dilantik dah pun menjalankan tugasnya...

Setelah setiap orang yang mampu bermain berhempas pulas melompat untuk smash kencang dan servis yang kejap-kejap bertukar tangan, kadang-kadang tak tukar-tukar, aktiviti jasadi ini ditamatkan jam 10.00 malam. Usrah diadakan di kawasan Masjid Terapung (Masjid Sultanah Nur Zahirah, Kuala Ibai).

Pengisian usrah yang disampaikan oleh Naqib, Ustaz Musa mengenai bekalan hidup menuju ke akhirat dan dengan risalah tazkirah bertajuk "Menangislah di sini sebelum menangis di sana". Terima kasih atas kehadiran semua... Harap-harap boleh diadakan lagi.

Tengah bersemangat, dengan Ikhwan sebagai hakim


Huh... sampai tergolek AJK Sukan kita...


Ni Timbalan Pengerusi kena jadi tukang lap pulak...


Waqi sedang mendengar usrah juga!


Hai Zubir... belajar jadi ayah mithali ya...


Regu ni ganas sket... Suka main bola tinggi


Afnan pun ada... Syukran atas kehadiran...


Sebelum mula usrah


Para ibu dan bakal ibu yang setia di tepi...

Waqi beria-ia nak main dengan dibantu abinya


Regu Nurrul dan Ayu


Amboi? Semangat nya? Pemain paling over gaya dan suara...haha





Kepada yang tak hadir kerana tak sampai maklumat, kami mohon maaf. Harap-harap anda boleh datang pada masa akan datang...

0 comments  

Usrah Jasadi


USRAH JASADI

Tarikh : 2 Januari 2008 (Rabu)
Jam : 8.00 - 10.00 Malam
Tempat : Terengganu Equestrian Recreation (TER), Kuala Ibai, Terengganu

Agenda :
1) Main badminton
2) Pengisian oleh Naqib Kelab

Jemput hadir...


* Muslimat juga turut disediakan gelanggang.

0 comments  

Melangkah 2008

Generasi Kemenangan Yang Dicitakan

Seorang penyair zaman silam pernah bermadah,

“Kelemahan (futur) selepas mujahadah adalah

berpunca daripada permulaan yang tidak betul.”


Assalamualaikum...segala puji & puja bagi Allah tuhan sekelian Alam. Merafakkan selawat dan salam buat Rasul jujungan dan Ahli Bait. Selamat tahun baru 2008, untuk semua Jawatankuasa, ahli dan penyokong. Tahun silih berganti, usia saling bertukar waktu, Kelab Fasi sudah menjangkau 4 tahun. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi realiti dunia baru atau masih lagi dibelenggu masalah lalu, sama-sama kita muhasabah diri.

Muhasabah Wa Mujahadah
Tahun yang sebelumnya, kita masih lagi memperkasakan diri dengan menyertai pelbagai slot ilmu dan kemahiran yang samada ditaja oleh Parti atau dibiayai sendiri. Namun berapa banyakkah peratus yang dapat kita hadiahi untuk mengerakkan organisasi kita atau menambahkan kekuatan jamaah yang kita dokongi ini.

Sediakah kita dengan mengwakafkan diri pada organisasi dengan ilmu yang setakat secupak di dada, atau sekadar menghiburkan diri dengan panggilan duniawi yang sementara ini sahaja. Kita mampu berfikir melebihi golongan yang lain, bukan lagi usia untuk meniarap dan merangkak dengan kehidupan yang diuji kini kita sudah mampu melangkah lebih laju dari yang disangka.

Tarbiyah Diisi Semangat Ditagihi
Antara kekuatan yang diperolehi ialah hebatnya Ruhhi dan gahnya Jismi. Usrah yang kita kecapi selama ini mungkin perlu dinamik atau diubah method agar pengusaha ruh ini dapat mengecapi kemanisan dakwah yang kita lalui.

kata-kata al-marhum Sheikh Abul Hasan Ali An-Nadwi,

“Kita mesti mengeluarkan rijal yang boleh menegakkan dakwah, menguruskan pentadbirannya, mentarbiah rijal dan memenuhi segala lompang. Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, namun ia tetap terdedah kepada mara bahaya. Bahkan dalam masa yang singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang hingga tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua pendokongnya.”

memenuhi keperluan dalam berorganisasi memerlukan kekekuatan dalam merancang, mengatur strategi agar organisasi kita tidak lagi berpaling ke belakang. Benteng terakhir kita hanyalah pada Illahi dan doa yang kita alunkan setiap kali bersolat menjadi sumber kekuatan higga akhir hayat.


Program yang dianjurkan juga memerlukan perubahan yang ketara, kemahiran yang dimiliki masih belum lagi mencukupi. Bandingkan kita dengan kekuatan organisasi yang berbeza fahaman dengan kita, adakah tahap kita setara atau masih lagi jauh ketinggalan dengan pencapaian mereka. Jangan sekadar bertakbir sahaja hendaklah kita juga pandai ber'Tadbir' agar rekod pencapaian kita dapat diubah pada masa akan datang.

Motivasi Vs Nilai Remaja Kini
Remaja bukan sekadar memerlukan pedoman untuk dijadikan panduan hidup, realitinya mereka telah lari dari kokongan agama. Sudah berapa banyak kita membuat analisis terhadap pencapaian peserta program yang telah kita anjurkan, adakah mereka masih setia pada kita atau mula menjarakkan diri dengan aktiviti yang sia-sia.

Mungkin pada masa hadapan kita perlu merancang program yang lebih berbentuk kekeluargaan memandangkan punca segala permasalahan banyak dibangkitkan dari hubungan kekeluargaan. Jangan sekadar kita berbangga dengan kehadiran penuh pada seseuatu program namun pengisiaanya sekadar take granted atau berorientasikan program, bagi kita perubahan yang dapat kita didik dan asuh untuk mereka hadapi pada masa akan datang.

Duta Kebajikan
Kadar kemiskinan dan purata pendapatan isirumah yang menjadi isu utama dalam menghadapi realiti Bumi Darul Iman yang menjadi tanggungjawab bersama. Program menziarahi dan menghulurkan sumbangan dapat diteruskan, apatah lagi dengan kesanggupan beberapa NGO untuk menghulurkan sedikit bantuan atas nama kebajikan.

Inilah merupakan jalan mendekati masyarakat bawahan agar dapat menikmati sedikit nikmat hidup yang kadang-kadang menjadi impian bagi mereka yang menghadapi kesusahan. Faktor kemiskinan juga merupakan faktor besar remaja menghadapi risiko permasalahan yang sedang tenat melanda negara kita. Mungkin dengan sedikit bantuan moral dapat menjauhkan mereka dengan sifat negatif tersebut.

Ukhuwah 'Strategic Partnership'
Sebelum ini mungkin kita belum dikenali umum, namun setelah berjaya mendapat perhatian masyarakat parti kita mula dinilai. Kadangkala kita diejek dengan ungkapan si 'mangkuk baru' , 'pemecah J' dan pelbagai lagi kata-kata yang mungkin dituju bukan kerana diselidiki dan difahami terlebih dahulu.

Mungkin kita dibenci kerana kekuatan atau kelemahan dalaman ahli, kita bersedia duduk semeja berbincang agar permasalahan ini tidak menjadi barah di dalam hubungan sosial. Tidak dinafikan kehidupan dalam berjemaah kadang-kadang menyulitkan bukan kerana Jemaah tapi kerana kehidupan ahli itu sendiri. Kita sedar dengan usia didibaratkan kanak-kanak 4 tahun, yang mampu hanyalah bersuara kecil, namun setiap idea dan kritikan bukan untuk mematikan perasaan sayang namun untuk mengubat kelemahan yang perlu ditampung oleh kami.

Bukan sekadar dengan rakan di luar organisasi sahaja, namun kekuatan kita juga perlu bermula dari sifat dalaman yang perlu diterajui oleh peringkat atasan kelab. Penyertaan kita dalam pelbagai aktiviti anjuran Parti haruslah diperhebatkan lagi untuk menyemarakkan semangat yang semakin kendur di pihak generasi muda.

Itulah yang dicitakan oleh Iqbal dengan syair beliau;

Dengan nikmatNya kita bersaudara,

Hati, ruh dan ungkapan kita serupa.

Kesatuan hati sahaja tidak memadai,

sehingga lahir kesatuan ungkapan.

Hati yang sakit tidak mengenal kebaikan

Tiada reformasi tanpa memperbaiki diri

Bilakah ummah akan bangkit sedang hati ternoda,

Saf tidak terjaga, kesatuan porak peranda.


Menghadapi Liku Peperangan Besar 2008

Penyertaan seratus peratus ahli dalam program menunjukkan semangat luar biasa bagi merampas kembali bumi hijau di tangan Si Gelombang Haru Biru. Dengan berbekalkan idea dan sumber keahliaan kita pasti merancang kekuatan tambahan umpama pemain simpanan yang akan bertempur habis-habisan bagi menikmati kemenangan yang dicita-citakan.


Kami bersedia menjadi benteng muda untuk menghadapi mehnah yang diatur oleh puak-puak perampas agar kita menjadi negeri yang 'Baldatun Tayibatun Wa Rabbu Ghafur'.


“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” [At-Taubah: 41-42]


Akhir kata sambutlah kemenangan dalam kedamaian agar kita perolehi hadiah keimanan yang dicita-citakan. ingatlah pesanan Hassan Al Banna


Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukminin.
Waalahu Alam.


Posted By: TP 1

0 comments  

Mesyuarat & Keraian

Kelab Fasi's Books Of Records...

Meeting paling lama pernah diadakan oleh Jawatankuasa Kelab Fasi iaitu selama dua hari direct. Huh? Suspen! Actually, ianya bermula pada jam 7.30 malam 27 Disember 2007 dan berakhir jam 2.00 pagi 28 Disember 2007. Dimulakan dengan usrah AJK, kemudian majlis makan-makan meraikan kesyukuran AJK yang dilahirkan pada Disember termasuk bos Kelab Fasi dan dilanjutkan dengan mesyuarat. Majlis diadakan di rumah Pengerusi Kelab Fasi, saudara Algha sendiri.

Setinggi penghargaan kepada para isteri yang sabar menunggu dengan anak kecil di sisi seperti Suwa, Dini dan Lisa, tak lupa juga Haimi yang kelihatan se'eh (bahasa ganung) sarat mengandung. Huhu... Ini permulaan sebuah pengorbanan isteri pejuang, besarlah pahala kesabaran kalian. Moga-moga Al-Waqiuddin, Faqihah, dan Amir Akil juga mewarisi semangat juang bapa mereka.


Serius... tapi lawak


Bapa mithali... jaga anak sambil meeting

Pasangan pejuang


Al-Waqiuddin

0 comments  

Disemberian


Sila pastikan nama-nama berikut diberikan hadiah @ sambutan sepatutnya

Hassan @ Rauf - 4 Disember
Amdang- 14 Disember
Sukeri- 21 Disember
Algha - 24 Disember
Aemang- 26 Disember
Nurul Syadiah- 31 Disember


tolong listkan sapa lagi ye...

0 comments  

Selamat Hari Raya Aidil Adha

0 comments