KELAB FASI: Pengenalan



sekadar taaruf bagi menghadapi muktamar akan datang,

bagi ahli baru sila hadam betul-betul ..ye..




Pembukaan

“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl: 125).

Kelab Fasilitator Terengganu ( Kelab Fasi) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO); iaitu pertubuhan yang menjadi medium bagi golongan muda meluangkan masa dan tenaga membantu dalam menyampaikan mesej dakwah pada golongan remaja. Ianya telah ditubuhkan pada November 2004. Menggunapakai nama fasilitator kerana ianya merupakan pemudahcara dalam membantu sesuatu aktiviti dengan kreatif.

Kelab Fasi mengorak langkah seiring dengan beberapa organisasi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat.

Objektif Penubuhan

1. Menjunjung tinggi Al Quran & Sunnah

2. Melaksanakan kegiatan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat

3. Menggembeling tenaga remaja dan muda dalam rangka membentuk masyarakat yang berubah kearah kebaikan dalam semua aspek kehidupan

4. Memberi corak baru dalam perjuangan Islam

Biro Di Bawah Kelab Fasi

1. Biro Tarbiyah & Kepimpinan
Unit yang mengatur, menjalankan serta menyelia program-program yang dapat meningkatkan ilmu dan amal ahli melalui program seperti program motivasi, majlis ilmu, usrah, tamrin, perkhemahan dan lain-lain.

2. Biro Pembangunan Sumber Manusia
Unit yang menyediakan latihan pembangunan sumber manusia serta merancang guna tenaga dan kepakaran ahli-ahli Kelab Fasi

3. Biro ICT
Biro yang memberi fokus kepada dunia IT, penyebaran maklumat dan penyampaian melalui medium multimedia.

4. Biro Kebajikan
Biro yang menjaga kebajikan ahli yang memerlukan dana tertentu dan membantu golongan yang memerlukan

5. Biro Sukan
Biro yang menjadi pemangkin kepada ahli-ahli agar memiliki badan yang sihat dan aktiviti yang positif

6. Biro Ekonomi
Biro yang mengusahakan kewangan kelab dan mencari dana bagi menjalankan program berbentuk keusahawanan.

 

1 comments:

  1. Salam... Ust Aeman... sayer lase ust aeman kenal lg Phoo... taat....

    on October 5, 2008 at 2:30 AM