KELAB FASI: Pengenalan
sekadar taaruf bagi menghadapi muktamar akan datang,
bagi ahli baru sila hadam betul-betul ..ye..
Pembukaan“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl: 125). Kelab Fasilitator Terengganu ( Kelab Fasi) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO); iaitu pertubuhan yang menjadi medium bagi golongan muda meluangkan masa dan tenaga membantu dalam menyampaikan mesej dakwah pada golongan remaja. Ianya telah ditubuhkan pada November 2004. Menggunapakai nama fasilitator kerana ianya merupakan pemudahcara dalam membantu sesuatu aktiviti dengan kreatif. Kelab Fasi mengorak langkah seiring dengan beberapa organisasi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat. Objektif Penubuhan1. Menjunjung tinggi Al Quran & Sunnah 2. Melaksanakan kegiatan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat 3. Menggembeling tenaga remaja dan muda dalam rangka membentuk masyarakat yang berubah kearah kebaikan dalam semua aspek kehidupan 4. Memberi corak baru dalam perjuangan Islam Biro Di Bawah Kelab Fasi1. Biro Tarbiyah & Kepimpinan 2. Biro Pembangunan Sumber Manusia 3. Biro ICT 4. Biro Kebajikan 5. Biro Sukan 6. Biro Ekonomi |