VITAMIN PERJUANGAN

sALAM PERJUANGAN SAHABAT-SAHABAT KALIAN

Sudah lama tidak ketahuan dan ketemuan antara satu sama lain. Mesti banyak perubahan dan perkhabaran yang sudah lain dari dulu.

Kini kita disibukkan dengan program WaJA yang memang menjadi medan kita mendidik mentarbiyah anak-anak remaja ke arah Islam, ikutlah kita sekadar menjadi fasi kerana terpaksa atau memang kita sukakan program ini untuk menjadi peluang menambah saham di akhirat nanti. Peluang ini lah untuk kita melepaskan rindu antara satu sama lain yang mana ukhuwah filah kita buakn setakat di alam maya sahaja , namun bila berprogram kita akan lebih mengenali antara satu sama lain.

PILIHANRAYA

kini gendang palu telah bergema, alunan perang sedang dimainkan, sedar tidak kita seamkin menghampiri countdown yang telah ditetapkan. Maka bertebaranlah semua mengambil posisi utnuk melengkapi jentera walaupun masih mentah dan sering diperkotak-katikan, namun segala tohmahan kita sudah tepis.

Begitu juga setelah masing-masing bertarung, berlawan ada yang tercedera ada yang tergelincir. Allah turunkan ujian bagi kita kesempitan masa, kekurangan kesihatan, peluang bertemu dengan ibubapa menjadi terhad. Moga Allah membalas segala pengorbanan kita dengan mengurniakan kita kebahagian hidup.

sedikit FORMULA untuk kita sebagai generasi baru di bumi darul Iman ini mencapai kemenenangan & ketenangan dalam menghadapi liku-liku perjuangan ini.

VITAMIN PERJUANGAN

1) Usrah jangan diabaikan
- Sesi bertemu muka, bertanya khabar melawat sahabat-sahabat merupakan suntikan vitamin untuk menyegarkan perjuangan masing-masing.
- jangan sekadar bertanya khabar melalui telefon, sms, YM or lain-lain kerana ianya bukan satu peluang bagi kita mendekatinya.

2) Mengadulah pada Sang Pencipta
- bangunlah bermunajat sesungguhyna Allah Maha Mendengar rayuan hamba-hambanya. Bermohonlah dengannya agar kesihatan, keluangan masa diberikan pada kita walaupun dihambat dengan penuh kesempitan (ada yang tidak bertemu anak dan isteri 2,3 malam) memberi balasan dengan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.Taubat sungguh-sungguh

3) Muhasabah dengan penuh keinsafan agar, lebih mengenali kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Dengan kekuranga kita tidak rasa rendah diri dan kelebihan kita tidak meninggi diri.

Wallhualam, mudah-mudahan kita diglongkan di dalam Syurga yang dicintai.



Aeman Fadhlullah
Pengerusi Fasi Itqan

0 comments  

Walimah Penutup Tahun 2008


Bakal pengantin ialah gambar yang tidak di'cut-out'kan...



Klik untuk wak 'besor
@lol

0 comments  

Perkongsian

Just wanna share from this web and this...

Pepatah Russia pernah menyatakan

A fish rots from the head.

Begitu juga dalam organisasi. Sesebuah organisasi adalah bayang kepada pemimpin. Kejayaan organisasi dan pasukan banyak bergantung pada pemimpin. Menurut John C. Maxwell dalam buku terlaris beliau ‘21 Irrefutable Laws of LEadership’,

Daya memimpin ialah keupayaan menentukan tahap keberkesanan seseorang.

Tambah Maxwell lagi;

Tunjukkan padaku pasukan yang kecewa akan kutunjukkan pemimpin yang lemah
Tunjukkan padaku organisasi yang berfungsi bawah tahap sebenar akan kutunjukkan pemimpin yang lemah
Tunjukkan padaku gerakan dakwah yang ketinggalan akan kutunjukkan pemimpin yang lemah
Tunjukkan padaku pasukan yang kalah berterusan akan kutunjukkan pemimpin yang lemah

Tetapi…

Tunjukkan padaku pasukan yang sentiasa fokus akan kutunjukkan pemimpin yang hebat
Tunjukkan padaku organisasi yang berfungsi pada tahap maksima akan kutunjukkan pemimpin yang hebat
Tunjukkan padaku gerakan dakwah yang proaktif akan kutunjukkan pemimpin yang hebat
Tunjukkan padaku pasukan yang menang akan kutunjukkan pemimpin yang hebat


Menurut Peter Drucker;

Semangat sesebut organisasi dicipta dari atas (pemimpin)

Pepatah Arab pula ada menyatakan;

Sikap manusia terpengaruh pada cara hidup pemimpin


5 CIRI KEUNGGULAN MOTIVATOR MELAYU MUSLIM TULEN



1. Dia mesti seorang yang jujur. Setiap tindak-tanduknya diukur pada ciri-ciri seorang Muslim yang baik.

2. Dia mesti seorang yang berwibawa serta memiliki ketrampilan yang tersendiri lagi unik.

3. Dia mesti seorang yang berbakat besar dalam banyak bidang, tidak hanya tertahan
pada kebolehan akademik semata-mata.

4. Dia telah menempuh pelbagai rentak hidup; bermula dari bawah dan kini telah menjadi seorang yang terbilang.

5. Dia mempunyai formula atau kaedah motivasinya yang tersendiri.

Di manakah kita?

0 comments  

SAJAK KEMATIAN


Heboh satu Malaysia, pabila Buletin utama menyiarkan ketidak puas hatisan sepasang ibubapa apabila anak mereka mengadu melihat video klip 'sajak kematian'.




pelbagai isu timbul, hinggalah pihak kementerian mengarahkan klip video ini disiasat.


Melihat pada polemik ini, ana rasakan Kelab Fasi telah biasa gunakan klip video ini semasa slot muhasabah, kebanyakan penerimaan peserta adalah amat baik malahan mereka rasa insaf dan ingin berubah. tayangan ini diselang seli dengan nasihat dan pesanan agar kita sentiasa perlu nilai dan hisab kehidupan kita sepanjang masa.

Begitu juga dengan kaedah ustaz abdullah khairi juga yang sentiasa bermain dengan tayangan multimedia dalam kaedah berdakwah turut memaparkan klip video ini. Kebanyakan budak-budak akan mula takut & menangis.





Asal-Usul
ana rasa Sajak Kematian ini ada salasilah dengan Rufaqa'
apabila melihat klip video tersebut, terdapat beberapa orang yang memakai serban ala-ala 'abuya' turut kelihatan.



dan lihat blog ini sajak kematian, ianya ada kaitan dengan kumpulan ini.



Wallhualam, pernah rterdengar satu kes dulu bahawa isu suara yang dirakamkan di dlama kubur haram. Watak malaikat soal siasat dalam kubur.

Isu Sebenarnya

Boleh ke budak umur yang muda menonton ' klip video' yang menakutkan ini. Bayangkan dengan tayangan cerita terbaru di TV3 sendiri Puaka Niyang Rapik .



Puaka Niyang Rapik mengisahkan misteri di sebuah perkampungan yang diberi nama Niyang Rapik. Penduduk kampung itu percaya akan kehadiran kuasa ghaib yang mengerikan setiap kali tibanya Tahun Baru Islam.

perbezaan, antara menonton bersama anak-anak kecil malam khamis cerita seram yang sia-sia yang mengajar takut pada hantu, puaka dan jin,

tapi melihat klip video menakutkan ketika di alam kubur, menginsafkan hingga mengalir air mata. Yang mana lebih baik.

cuba fikir mengajar anak takut pada hantu yang menyebabkan mereka akan takut untuk keluar ke tandas pada waktu malam hingga menyusahkan kita, atau takut dengana zab Allah. ingatlah bahawa :"Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya uantuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat." (Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya)

Mengapa bermula 7 tahun, sekolah pun baru darjah 1, Pesan Nabi: Budak-budak, start umur 7 tahun, mak bapak kena suruh sembahyang. Masuk 10 tahun, kalo suruh semayang, tanak semayang jugak, mak bapak boleh rotan anak.

itu kena ajar solat, solat tu untuk apa bukan ke untuk simpanan mati kelak, di tadika ana budak-budak 6 tahun dah mula bersoal jawab berkaitan agama. Itulah sebabnya pendedahan awal perlu dilakukan untuk didik anak anda semua menjadi sole solehah.


Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat
BECivil, MCivilEng(UTM), PhD(UKM) , P.Eng, MIEM
(Transportation Management and Modeling)
Director of Centre for Academic Advancement, UKM



di dalam buku " Ke Arah Pembentukan Kanak-Kanak' yang dikarang oleh Ir Dr Riza Atiq Bin O.K. Rahmat

"Agaknya masih ramai lagi orang mengingati bagaimana dua kanak-kanak perempuan di India yang dinamakan Amala dan Kamala dididik dan dibesarkan oleh serigala. Kedua-duanya tidak boleh berjalan seperti manusia, tidak boleh bercakap dan tidak mahu memakan makanan yang dimasak. Kedua-duanya boleh berlari sangat pantas dengan merangkak dan boleh menghidu bau seperti serigala. Ketika ditemui, kedua-duanya berumur 8 dan 6 tahun, tetapi usaha mengajar mereka untuk menjadi seperti manusia normal adalah sia-sia belaka sehingga akhirnya kedua-duanya mati.

0 comments  

Usrah di Kemaman

Petikan usrah yang diadakan di Kemaman baru-baru ini... Petika ini adalah sebahagian cerita dalam usrah. Untuk bahagian lain, boleh baca di blog ini... (tak larat nak copy)...




Katakanlah (wahai Muhammad):

Jika bapa-bapa kamu
dan anak-anak kamu
dan saudara-saudara kamu
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu
dan kaum keluarga kamu
dan harta benda yang kamu usahakan
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya,

maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya);

kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)
.


Saad bin Muaz, beliau adalah seorang sahabat yang berkulit amat hitam. Kisahnya beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah berkata janganlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau. Lalu Rasullullah bertanya kepada sahabat yang lain samada ada di antara mereka yang tahu tempat tinggal seorang gadis yang amat terkenal kecantikannya di Madinah pada waktu itu lalu jawablah seorang sahabat. Sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah untuk membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi sendiri yang menjamin Saad.

Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika dengan bapa wanita tersebut, Saad pun menyatakanlah hajat dia iaitu mahu meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin. Lalu terperanjatlah bapa wnaita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau Saad keluar dr rumahnya. Lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah. Wanita tersebut keluar berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad. Tanya bapanya adakah dia mahu berkahwin dengan Saad yang hodoh orangnya itu? Maka kata anaknya mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana Saad itu adalah pilihan Allah dan RasulNya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya. Pulang Saad menemui Rasulullah, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak. Kemudian datang bapa gadis tersebut menemui Rasulullah dan memohon maaf kerana menolak pinangan Saad sebelum itu dan menyatakan persetujuaannya di atas pinangan tersebut.

Ditanya Rasulullah kepada Saad, adakah kau duit untuk berkahwin? Maka jawab Saad tiada, lalu Rasulullah menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan Saidina Ali berjumlah 10 dinar. lalu pergilah Saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar, Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Saidina Ali memberi 20 dinar. Lalu pulang Saad berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar. Lalu Rasulullah berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk membeli peralatan rumahtangga. jadi pergilah saad membeli barang keperluan rumahtangganya.

Semasa memilih barang keperluannya, terdengar Saad jeritan mengatakann Rasulullah memanggil semua bersedia untuk berperang kerana musuh telah tiba, lalu Saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai lengkap dan terus ke medan perang. Sesampainya beliau dilihat telah ramai org bersedia dan beliau terus ke bahagian hadapan dan duduk di sebelah Saidina Umar. Berbisik-bisiklah sahabat yang lain mengatakan siapakah itu kerana Saad berperisai penuh menutup muka, ada yang mengatakan mungkin datang dari Yaman dan turut serta di dalam peperangan setelah diseru oleh Rasulullah.

Dalam peperangan tersebut, kuda Saad telah dipanah lalu tumbang, Saad yang jatuh, bangun lalu menyinsingkan lengannya kemudian barulah sahabat yang lain perasan bahawa itu adalah Saad bin Muaz yg terkenal dengan kehitamannya. Beliau telah gugur di dalam peperangan tersebut sebagai seorang syahid tanpa sempat menyentuh pun isteri beliau. Berkata Rasulullah, di saat syahidnya Saad, bergegarlah Arash Allah dengan tangisan para malaikat.

Ini adalah satu kisah yang memaparkan betapa besar pengorbanan para sahabat yang sanggup meninggalkan isteri yang baru mereka nikahi untuk pergi ke medan perang memperjuangkan agama Allah. Rasa sedih sangat kalau dengar Ustaz Azam cerita. Maaflah kalau ambe tertinggal beberapa cerita, maklumlah menulis sambil dengar sambil jawab panggilan telefon....

Ala kullihal, semangat baru dijana seusai usrah...

0 comments  

Update Gambar Raya

Biarpun lambat, tapi kata orang... BETTER LATE THAN NEVER, right? Huhu...


















0 comments  

Usrah

Usrah sempena Ijtima' Kepimpinan akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 31 Oktober 2008 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Isya'
Tempat : Rumah Ustaz Azzam (Chukai, Kemaman)


Untuk kehadiran, sms kan pada -
Muslimin : Ikhwan - 013-957 8419
Muslimat : Baity - 019-921 7917
bagi tujuan penginapan.

* Esoknya dalam Ijtima' diminta ahli usrah yang dapat hadir untuk menjadi urusetia pendaftaran ijtima'.

0 comments  

Sekitar Liqa' Aidilfitri 1429

Alhamdulillah, Liqa' Aidilfitri yang dirancangkan sejak Ramadhan lalu telah dilaksanakan dalam suasana ringkas tapi harmoni. Sesekali Kelab Fasi suka membuat kelainan bagi mencuba suasana baru dan merasai tempat yang tak pernah dibuat program. Konsep liqa' raya kali ini ialah taman atau "raya in garden".

Selamat Datang.......


Preparation...

Dari awal hingga akhir yang rajin...




Bakal isteri... :)


Penasihat memberi ucapan, tazkirah dan kisah perkembangan isu semasa
Kebenaran adalah roh kepada jasad. Tanpa kebenaran (haq), jasad akan mati walaupun sebenarnya dia masih hidup.
"Warasatu Anbia' = Pewaris ulama'", warasatu ialah pembantu kepada orang-orang yang mengembalikan roh ke dalam jasadnya : petikan tazkirah dari YB Dato' Ustaz Harun Taib"


Doa dibacakan oleh Ustaz WM Faizul


Ala...tomeinya...

Solehah... nak duit raye dok?


Waqi yang datang memakai kopiah hitam dan seluar pendek...heheh


Eh? Besday sape ye?

Sesi pembayaran hutang Kelab Fasi pada pengantin-pengantin baru dan lama (2008)

Zubir & Halimah

Ibrahim & Najjah

Halimi & Koni

Ikhwan & Hidayah

Fasi Muslimin bersama YM Dato' Tg. Hasan Tg. Omar (ADUN Ladang),
YBHG. Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan YBHG. Cikgu Mohd Draman


Alamak... gambar muslimat jadi macam ni sebab out of memory... jadi, pada yang bawa kamera haritu, sekali lagi admin mintak emailkan gambar ok? Ramai lagi gambar pengantin takde ngan admin ni...

Untuk koleksi gambar cenderahati pengantin, klik sini

0 comments  

Jemputan Liqa' Raya

Klik Untuk Besarkan
Dijemput kepada semua sahabat fasi untuk hadir ke liqa' ini,
bawa sekali pasangan dan anak-anak bersama.

* Kepada pasangan-pasangan pengantin berikut, kami nak bayar hutang ni, jadi, rugi kalau tak datang ye...
- Ikhwan & Ida
- Zubir & Halimah
- Kamal & Nik
- Shukri Baharuddin & Tuan Maznah
- Sukeri Ambak & Ila
- Ibrahim & Najjah
- Halimi & Koni
- Ust. Azam & Kak Long
- Zainuddin & Zaitonai
- Rudhi & Yussof
- Ayuni & Shamsuri

0 comments  

Jemputan Ijtima' 'Idulfitri 1429H/2008


Klik untuk besarkan

Jemput semua hadir... tak kira anda bukan PERANTAU ataupun PERANTAU, mahasiswa, alumni, veteran, remaja...
Sebarang pertanyaan, hubungi ;
Al-Ghazali : 013-9332304
Nasir : 013-9229 463
Bagi Perantau di Lembah Kelang boleh menghubungi Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong, di nombor 019-218 3070
Pendaftaran juga boleh dibuat melalui email ke dppnt@yahoo.com
Link berkaitan

0 comments