VITAMIN PERJUANGAN

sALAM PERJUANGAN SAHABAT-SAHABAT KALIAN

Sudah lama tidak ketahuan dan ketemuan antara satu sama lain. Mesti banyak perubahan dan perkhabaran yang sudah lain dari dulu.

Kini kita disibukkan dengan program WaJA yang memang menjadi medan kita mendidik mentarbiyah anak-anak remaja ke arah Islam, ikutlah kita sekadar menjadi fasi kerana terpaksa atau memang kita sukakan program ini untuk menjadi peluang menambah saham di akhirat nanti. Peluang ini lah untuk kita melepaskan rindu antara satu sama lain yang mana ukhuwah filah kita buakn setakat di alam maya sahaja , namun bila berprogram kita akan lebih mengenali antara satu sama lain.

PILIHANRAYA

kini gendang palu telah bergema, alunan perang sedang dimainkan, sedar tidak kita seamkin menghampiri countdown yang telah ditetapkan. Maka bertebaranlah semua mengambil posisi utnuk melengkapi jentera walaupun masih mentah dan sering diperkotak-katikan, namun segala tohmahan kita sudah tepis.

Begitu juga setelah masing-masing bertarung, berlawan ada yang tercedera ada yang tergelincir. Allah turunkan ujian bagi kita kesempitan masa, kekurangan kesihatan, peluang bertemu dengan ibubapa menjadi terhad. Moga Allah membalas segala pengorbanan kita dengan mengurniakan kita kebahagian hidup.

sedikit FORMULA untuk kita sebagai generasi baru di bumi darul Iman ini mencapai kemenenangan & ketenangan dalam menghadapi liku-liku perjuangan ini.

VITAMIN PERJUANGAN

1) Usrah jangan diabaikan
- Sesi bertemu muka, bertanya khabar melawat sahabat-sahabat merupakan suntikan vitamin untuk menyegarkan perjuangan masing-masing.
- jangan sekadar bertanya khabar melalui telefon, sms, YM or lain-lain kerana ianya bukan satu peluang bagi kita mendekatinya.

2) Mengadulah pada Sang Pencipta
- bangunlah bermunajat sesungguhyna Allah Maha Mendengar rayuan hamba-hambanya. Bermohonlah dengannya agar kesihatan, keluangan masa diberikan pada kita walaupun dihambat dengan penuh kesempitan (ada yang tidak bertemu anak dan isteri 2,3 malam) memberi balasan dengan kebahagian hidup di dunia dan akhirat.Taubat sungguh-sungguh

3) Muhasabah dengan penuh keinsafan agar, lebih mengenali kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Dengan kekuranga kita tidak rasa rendah diri dan kelebihan kita tidak meninggi diri.

Wallhualam, mudah-mudahan kita diglongkan di dalam Syurga yang dicintai.



Aeman Fadhlullah
Pengerusi Fasi Itqan

0 comments