MERIAHNYA SAMBUTAN RAYA

Al Fadhil Ustz Abu Bakar menikmati jamuan

Si Kecil berlari-lari mengajak umi bermain buaian, si ayah sibuk menghidang makanan, si teruan dan dara bertegur sapa meraikan yang baru bersua muka. Sungguh meriahnya ukhuwah yang dicipta Allah ini atas landasan Islam yang diberikan.

Seperti yang dijanjikan di dalam SMS, program Liqa' Aidilfitri terus diadakan bagi kali ke 4 pada tahun ini, seperti mukadimah daripada Pengerusi tahun 1 adalah tempoh semua bujang, program liqa' ketika itu berbentuk jaulah raya, program kedua program sambil berkenalan ibu ayah, program ke 3 dan disambung pada tahun ini berbentuk rehlah santai di taman rekreasi Kuala Ibai.

Dengan kehadiran VIP seperti YB Dato Tg Hassan Adun Ladang, Cg Fauzi Pengerusi MAMPAT, Ust Wan Faizul SU Pemuda, dan yang kujung tiba pada pengakhiran penasihat Ustaz Abu Bakar Chik.

dalam ucapan-ucapan tetamu mereka banyak menyentuh tentang kreativiti kita untuk mendampingi sasaran dakwah, walaupun kita belum lagi mempunyai nama namun kita seharusnya bergerak dengan bijak dan pantas. " Walaupun musuh bergelora, bersengketa, namun mereka membuat kerja" tegas Dato Tg Hassan. Begitulah pesanan yang membangkitkan semangat kami anak muda untuk meneruskan agenda Membangun Diri Untuk Membangun Insan.

Lauk yang disediakan juga turut menarik, Sate yang ditaja o;leh Ustaz Din, Soto oleh Nasi Kerabu Petro Baity, Kuih Muih oleh sahabat-sahabiah dan seterusnya tikar oleh Ust Din.

Semoga pertemuan kita kali ni, adalah untuk menyemarakkan semula ukhuwah dan gerak kerja kita bagi mencapai matlamat Wehdatul Fiqr Wa Wehdatul Amal.


Ammar ditemani ayahanda Algha yang tercinta. Mana Amir?

Muslimin yang mendengar ucapan bersama Pengerusi MAMPAT

Pengerusi melayan anaknya sambil mendengar ucapan YB


Barisan Muslimah yang setia menunggu jamuan


Soto yang enak disediakan oleh Nasi Kerabu Petro


YB Dato Tg Hassan menyampaikan ucapan dengan bersemangat


Muslimah yang menanti & melayani anak masing-masing


Saudara SU yang mantain datang awal bergambar terlebih dahulu


Gambar terkini Fawwaz Ikhwan , sungguh mengujakan

0 comments  

SELAMAT HARI RAYA

2 comments  

Final Match of Ramadan League : Second Half Prediction


Assalamualaikum para penonton sekalian,

Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.


Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)

Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen Ikut Nafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.

Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.

Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.

Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.

Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan..

Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawanan akhir ini...

Bagaimana menghadapi Ramadhan saat ini?? samekah dengan hari di luar Ramadhan.. kalo sma maksudnye kite masih berangan dan tidak bersedia tarbiyyah melahir mujahid..pesanan dari sahabat ana, ustaz bukhari.. insaf diri..Sama-sama kita mengislahkan diri untuk score Ramadhan kali ini.. pesanan buat diri yang kerdil jua tuk sahabat2 tersyang..Jadikanlah kami golongan yang benar dalam ucapan dan tindakan kami ameen.. (www.iLuvislam.com)



0 comments  

IFTAR JAMAIE KELAB FASI

Salam Ramadhan

17 Ramadhan, bersamaan 4 Sept 2009, Rumah Al Ansar Pengadang Baru.
Majlis yang diadakan sempena menyambut Ramadhan diraikan dengan penuh bermakna dengan kehadiran ahli kelab bersama keluarga. Tanpa paksaan dengan lauk-pauk yang dibawa masing-masing menyerikan lagi majlis tersebut.

Amdang & Ju- Lauk Puyuh Kicap best
Ikhwan & Dayah- Air Bandung yang sedap
Aeman & Ayu - Nasi Putih yang lazat
Din & Zaujah- Kuih Muih
Madi, Mat Min & Firdaus - Ayam Golek yang tergolek
Syuk & Dini - Ayam Golek
Koden- Tembikai yang comel
Shukri- Ikan Keli Goreng & Sayur Goreng yang mengancam

Hadi, Zack, Duan, A Din membawa diri yang cukup bermakna.

Majlis dimulakan dengan persiapan tempat oleh SU Ikhwan bersama Dayah. Kehadiran sahabat-sahabat disertakan dengan kehadiran Cg Husin (Pengerusi Yayasan Amal) yang memberi tazkirah bertajuk Semangat & Ukhuwah Fisabilillah yang banyak menyentuh peranan selepas kita bekerjaya untuk memainkan peranan sebagai daie.

Beliau juga menegaskan kita supaya berfikiran dengan creative thinking, sebagaimana contoh yayasan Amal diaamahkan untuk membuka satu pusat perkembangan Islam di Sarawak (BISMIC) Borneo Islamic Centre, yang mana pengaruh Kristian berkembang pesat, bagaimana untuk menghadapi cabaran di bumi kenyalang tersebut sedangkan sebelum ini '2 tokoh berpengaruh' dihalau keluar dari hotel pada 2 pagi kerana kehadiran tidak diundang.

Sesungguhnya peluang kita sangat besar cuma ruang untuk kita mengisinya perlu pengorbanan besar dari diri kita sendiri. 'Sebagai golongan di zaman berbeza dengan saya mungkin kaedah dan susunatur program tersebut berlainan, namun matlamat dan tujuan tidak lari masih sama seperti dulu, seperti saya memegang jawatan dulu mengadakan Himpunan Pemuda sampaio sekarang program tersebut masih digunakan walaupun berbeza pendekatan" ujar beliau.

Terima kasih juga kepada penasihat Cg Mad bersama keluarga yang sudi datang bagi meraikan kami semua, semoga hubungan antara kita tidak terputus di pertengahan jalan.


Syamil & Balqis posing di hadapan kamera.


Fawwaz menunggul peluang untuk bergambar


Saudara SU Ikhwan mengambil peluang bersama Penasihat Cg Mad


Ni dia Nuha Qistina latest, dah montel rupanya


Umi nak nasi. Mungkin itu dipinta Balqis dengan uminya


Sesi Tazkirah bersama Cg Husin


Madi & Matmin bila lagi nak bekeluarga?
a
umi & anakandanya yang bongsu sambil menjamah makanan


Zack (Imam terawih pengadang Baru ) , Syuk & Din posing
bersama anak-anak orang lain


Duan ambil berkat nak anak lelaki pulak lepas ni.

0 comments  

TAHNIAH AJK KLB FASI


AJK BARU MAMPAT SESI 2009/2011


SAUDARA IKHWAN (SU KELAB FASI) MENJADI PENGERUSI TETAP TERJUN


YAM TENGKU PADUKA MERASMIKAN PROGRAM


2 THINK THANK CG FAUZI & CG HUSIN TENAGA UTAMA PENGGERAK MAMPAT


SAUDARA DUAN (TIMB PENGERUSI KLB FASI) PENGERUSI MAJLIS PERASMIAN

14 Ramadhan 1429 H bersamaan 4 September 2009, Kuala Ibai. Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Dengan mewakili Kelab Fasilitator Terengganu, Pengerusi Kelab sekali lagi diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai Bendahari Kelab selain, Saudara Zaidan (Setiausaha), Saudara Wan Azmi (Pen Setiausaha) dan saudara Wan Ikhwan ( AJK Lantikan).

Perjalanan Program dimulakan dengan ucapan Pengerusi Cikgu Fauzi yang menyentuh berkisar latarbelakang MAMPAT sebelum ditubuhkan. Selepas itu Penasihat Cg Husin pula menyentuh berkaitan gabungan NGO yang merupakan 3 elemen selain Masyarakat & Kerajaan dalam menentukan sesuatu dasar dan memberikan contoh Bangladesh sebagai Land Of NGO.

Seterusnya Majlis dirasmikan oleh YAM Tg. Seri Paduka Tg Ibrahim Ibnu Almarhum Sultan Ismail Nasirudin Shah. Beliau menyebut beberapa perkara terutamanya kemiskinan di kalangan rakyat Terengganu. Beliau ingin MAMPAT meneruskan agenda untuk membantu golongan ini bagi meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

selepas rehat untuk solat Asar, Majlis diteruskan dengan agenda megesahkan laporan program, kewangan dan seterusnya membuat perbentangan perlembagaan. Kemudian majlis membuat ketetapan bahawa mengekalkan exco protem untuk AJK 2009/2011. Di dalam agenda membentangkan usul, Saudara Aeman telah membawa usul tergempar iaitu menyatakan Isu Perbohongan Kerajaan Pusat dalam isu pembahagian Royalti Petroleum untuk dibangkitkan di dalam Pilihanraya Kecil akan datang.

Semoga kehadiran kita di dalam MAMPAT dapat membawa agenda memperkasakan pendidikan islam yang sepatutnya diberikan kepada semua golongan rakyat di Terengganu.

0 comments  

JEMPUTAN



SALAM SAHABAT-SAHABAT JEMPUT MARI SEMUA. JANGAN LUPA KITA TAUTKAN KEMBALI PERSAHABATAN KITA. SEMPENA RAMADHAN INI.

0 comments