PROGRAM SISWAZAH PERANTIS PUNB




Usaha Kerajaan untuk mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan kepada golongan siswazah merupakan satu daripada matlamat teras pertama Bajet Mini ransangan ekonomi yang diumumkan pada Mac 2009. Sehubungan itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad mewujudkan Program Siswazah Perantis PUNB untuk membantu golongan siswazah mendalami selok belok dunia perniagaan melalui latihan sangkut di syarikat-syarikat naungan PUNB (Mentor). Semua pemegang ijazah, diploma dan sijil kemahiran tahap 2 yang menyertai program ini akan didedahkan kepada pembelajaran sebenar pengurusan perniagaan selain daripada kursus dan latihan teori.

Peserta program (Perantis) berpeluang meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tertentu sebagai persediaan menjadi usahawan ataupun sebagai pekerja yang mahir. Program ini bukan sahaja dapat melahirkan bakal usahawan dinamik tetapi juga pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang peruncitan, pengedaran dan pengilangan.
Objektif

1.Memberi peluang kepada siswazah muda menceburi bidang perniagaan khususnya bidang peruncitan dan pengedaran.
2.Menambah ilmu pengetahuan di kalangan siswazah muda melalui kemahiran, latihan dan kursus yang bersesuaian.
3.Meningkatkan kemahiran siswazah muda mengikut keperluan industri supaya mudah mendapatkan pekerjaan.
4.Mengurangkan kadar pengangguran dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan siswazah.

Syarat Kelayakan

a.Bumiputera berumur tidak melebihi 30 tahun semasa memohon.
b.Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2) dari institusi yang diiktiraf kerajaan. c.Tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berminat menjadi usahawan.
d.Sanggup menjalani latihan sepenuh masa.

Perantis
a.Perantis diberikan elaun sara diri bulanan sepanjang program.
b.Tempoh latihan ialah 6 bulan atau 1 tahun bergantung kepada bidang perniagaan.
c.Perantis berpeluang mendalami selok belok perniagaan disamping latihan teori dan amali keusahawanan serta kursus penyediaan Rancangan Perniagaan.
d.Jika memenuhi syarat, perantis layak mendapat pembiayaan khususnya Skim PROSPER Siswazah untuk memulakan perniagaan sendiri.

Mentor
Sebahagian besar mentor terdiri daripada syarikat dan perniagaan naungan PUNB.
Mentor juga terdiri daripada syarikat-syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.
Bidang perniagaanPerantis boleh memilih mana-mana bidang perniagaan yang tersenarai dibawah untuk tujuan program ini.
· Automotif – Kereta & Motosikal· Telekomunikasi dan Peralatan Komputer· Pendidikan & Pusat Asuhan
· Perkhidmatan Profesional seperti Perakaunan· Hadiah, Cenderahati dan Bunga
· Buku dan Alatulis· Barangan Kemas· Pakaian, Tekstil & Aksesori
· Kosmetik & Khidmat Kecantikan
· Sukan dan Rekreasi
· Percetakan & Automasi Pejabat· Peralatan Logam & Bahan Binaan
· Farmasi
· Optikal· Restoran, Konfeksi & Bakeri· Kedai Runcit, Kedai Serbaneka dan Pasar Basah
· Pengilangan Makanan dan Bahan Industri· Kejuruteraan dan Mekanikal· Lain-lain (Asas Tani, Pengurusan Acara, Lanskap, Pengiklanan)

Proses Permohonan
Cara MemohonBorang pendaftaran boleh didapati daripada Sekretariat PROSPER secara PERCUMA. Borang mesti diisi dengan lengkap dan hantar ke :

Sekretariat PROSPER (Skim PROSPER Siswazah)

PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD

Tingkat 10, Blok 1B,

Plaza SentralJalan Stesen Sentral 5

Kuala Lumpur Sentral50470

Kuala Lumpuratau Faks : 03-2780 2119/2100

atau

Mendaftar secara talian terus melalui laman portal:http://www.punb.com.my/
atau, hubungi:INFOLINE : 03 - 2785 1477Tel : 03 - 27851515Emel : prosper_siswazah@punb.com.my

0 comments  

WARISAN UMAT ISLAM YANG SEMAKIN TERPINGGIR

Fakta Warisan Islam

Nombor 786 yang tertulis dalam lambang bulan dan bintang berasal dari jumlah nilai nisbah huruf " Bismillahir Rahmanir Rahim ". Penggunaan 786 ini dipercayai bermula pada zaman Abasiyyah.

Melalui gaya penulisan arab baku, kalimah Bismillah... mengandungi 21 huruf, iaitu 7 ( Bismillah ), 8 ( al-Rahman) dan 6 ( al-Rahim ) iaitu 7+8+6=21.

Dengan menggunakan rumusan nisbah nilai nombor bagi huruf arab tersebut, maka ayat Bismillahirrahmanirrahmim dapat digantikan dengan nombor 786. Manakala nama Allah pula dapat digantikan dengan nombor 66 dalam penggunaannya sebagaimana rajah di bawah ini.

Nisbah bagi " Bismillahir Rahmanir Rahim " dikira sebagai berikut:

mim
ya
ha
ra
lam
alif
nun
mim
ha
ra
lam
alif
ha
lam
lam
alif
mim
sin
ba
40
10
8
200
30
1
50
40
8
200
30
1
5
30
30
1
40
60
2

2 + 60 + 40 + 1 + 30 + 30 + 5 + 1 + 30 + 200 + 8 + 40 + 50 + 1 + 30 + 200 + 8 + 10 + 40 = 786

Manakala nisbah bagi nama " Allah " dikira sebagai berikut:

ha
lam
lam
alif
5
30
30
1

alif + lam + lam + ha = Allah

1 + 30 + 30 + 5 = 66


sumber dari sini

0 comments