Jemputan Walimah Kedua

Di hari yang sama dengan majlis walimah Pengerusi Biro Kebajikan,
Pengerusi Biro Ekonomi turut mengadakan majlis dan mengundang anda;



Klik untuk paparan lebih besar

0 comments  

Jemputan Walimah

Pengerusi Biro Kebajikan menjemput ahli-ahli
ke majlis walimahnya sepertimana berikut ;


Klik gambar untuk paparan besar

0 comments  

Anak Kedua Setiausaha

0 comments  

Lagi Jawatan Kosong

1 comments  

Usrah : Al Futur

Tarikh : 25 April 2008 (Jumaat)
Tempat : Rumah Ustaz Ariffin Draman, Kg. Gelugor Che Hasan
Buku : Wabak Sepanjang Jalan (Jilid 1) / Afat ala Tariq

Pengertian Al-Futur
Bahasa :
1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak
2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh

Istilah :
Suatu penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para "amilin", bahkan ada amilin yang sudah pun ditimpa penyakit ini. Yahap al Futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.

Sebab Berlakunya Al-Futur
1) Sifat keterlaluan dan berlebih-lebihan di dalam agama
2) Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan
3) Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat
5) Pengabaian melakukan ibadat harian
6) Mengambil makanan yang haram atau syubahah
7) Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam
8) Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan
9) Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin
10) Tidak bersedia menghadapi halangan atau cabaran dalam perjuangan
11) Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
12) Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah
13) Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh

Huraian banyak diambil dari kisah-kisah benar yang berlaku di sekitar naqib dan kalau di Terengganu, wang ihsan juga boleh dikatakan antara faktornya.

0 comments  

Jawatan Kosong

0 comments  

Amaran Dari PSU... (takutnye...ehehe)

Untuk peringatan bersama mengenai Muktamar Kelab Fasi;

Setiap biro mestilah menyerahkan;
1) Soft copy laporan aktiviti, usul dan pencalonan jawatankuasa baru kepada Setiausaha Agung, Ustaz Latif
2) Hard copy laporan aktiviti, usul dan pencalonan jawatankuasa baru kepada Penolong Setiausaha, Nurul Alia
selewat-lewatnya Jumaat ini.

Kerjasama Pengerusi dan Timbalan pengerusi semua biro amat diharapkan... TQ...

0 comments  

Peringatan


PERINGATAN KEPADA SEMUA BIRO & AJK;

Sila hantarkan senarai nama pencalonan AJK Kelab Fasi dan usul yang telah dibincangkan dalam mesyuarat biro masing-masing. Serahkan perkara tersebut kepada Setiausaha a.k.a Pengarah Muktamar Fasi, Ustaz Abd Latif pada hari Jumaat ini (meeting khas).

0 comments  

Mesyuarat Khas + Usrah

Usrah dan Mesyuarat Khas Muktamar

Tarikh : 25 April 2008
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kediaman Penasihat di Kg. Gelugor Che Hasan

Kehadiran Diwajibkan.

0 comments  

Makluman : Termeterainya Ikatan Hati


Assalamualaikum...

Seminggu dua ni admin asyik buat silap dan asyik terlupa je... sebab ada saraf gigi yang terpotong kot...ehehe... ..Maaf dipohon. Untuk kali ni, admin terlupa nak mewar-warkan bahawa Pengerusi Biro Kebajikan, Ahmad Syukri Haji Baharuddin telah pun selamat melangsungkan pernikahannya dengan Tuan Maznah bt Tuan Abdullah pada 11 April 2008 (Jumaat) yang lalu di Saring, Pasir Puteh, Kelantan. Semoga rahmat Allah ke atas kamu berdua. Ameen...

Untuk majlis di rumah lelaki akan diadakan pada 7hb Jun 2008, kad akan admin uploadkan kemudian... dan tunggu.... pada tarikh tersebut ada satu lagi jemputan walimah untuk sahabat-sahabat semua. Kita wat surprise k...

1 comments  

KELAB FASI: Pengenalan



sekadar taaruf bagi menghadapi muktamar akan datang,

bagi ahli baru sila hadam betul-betul ..ye..




Pembukaan

“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl: 125).

Kelab Fasilitator Terengganu ( Kelab Fasi) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO); iaitu pertubuhan yang menjadi medium bagi golongan muda meluangkan masa dan tenaga membantu dalam menyampaikan mesej dakwah pada golongan remaja. Ianya telah ditubuhkan pada November 2004. Menggunapakai nama fasilitator kerana ianya merupakan pemudahcara dalam membantu sesuatu aktiviti dengan kreatif.

Kelab Fasi mengorak langkah seiring dengan beberapa organisasi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat.

Objektif Penubuhan

1. Menjunjung tinggi Al Quran & Sunnah

2. Melaksanakan kegiatan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat

3. Menggembeling tenaga remaja dan muda dalam rangka membentuk masyarakat yang berubah kearah kebaikan dalam semua aspek kehidupan

4. Memberi corak baru dalam perjuangan Islam

Biro Di Bawah Kelab Fasi

1. Biro Tarbiyah & Kepimpinan
Unit yang mengatur, menjalankan serta menyelia program-program yang dapat meningkatkan ilmu dan amal ahli melalui program seperti program motivasi, majlis ilmu, usrah, tamrin, perkhemahan dan lain-lain.

2. Biro Pembangunan Sumber Manusia
Unit yang menyediakan latihan pembangunan sumber manusia serta merancang guna tenaga dan kepakaran ahli-ahli Kelab Fasi

3. Biro ICT
Biro yang memberi fokus kepada dunia IT, penyebaran maklumat dan penyampaian melalui medium multimedia.

4. Biro Kebajikan
Biro yang menjaga kebajikan ahli yang memerlukan dana tertentu dan membantu golongan yang memerlukan

5. Biro Sukan
Biro yang menjadi pemangkin kepada ahli-ahli agar memiliki badan yang sihat dan aktiviti yang positif

6. Biro Ekonomi
Biro yang mengusahakan kewangan kelab dan mencari dana bagi menjalankan program berbentuk keusahawanan.

1 comments  

Lagi Fasi's Junior...


Assalamualaikum, Alhamdulillah... Admin telah menerima sms dari Setiausaha, Ustaz Latif dan isteri tersayang Tsuwaibatul Aslamiah telah memperoleh seorang lagi cahaya mata perempuan pada 9.17 malam, di Hospital Kemaman... Tahniah... Moga-moga menjadi anak yang solehah, yang mendoakan kedua ibubapanya... Ameen...

* OK sahabat-sahabat, mesti berebut nak letak nama ni...
admin jr..ehehe...

0 comments  

Seminar Kepimpinan Pengawas KGB

SEMINAR KEPIMPINAN PENGAWAS
SMK KOMPLEKS GONG BADAK


Tarikh : 24 April 2008 (Khamis)

Masa : 8.30 pagi - 1.30 Petang

Tempat : SMK Kompleks Gong Badak


Berminat menjadi pembantu fasi?
Hubungi Pengerusi (Al-Ghazali : 013-933 2304)
atau email ke kelabfasiterengganu@yahoo.com


0 comments  

Jawatankuasa Muktamar Kelab Fasi Terengganu

Assalamualaikum,

Bersama-sama dengan ini ana sertakan senarai JK Muktamar Kelab Fasilitator Terengganu 2008. Untuk panduan dan peringatan bersama selepas diputuskan dalam mesyuarat AJK Kelab Fasilitator pada 8 April 2008 baru-baru ini. Pengarah diminta mengadakan mesyuarat bersama JK sebelum berlangsungnya Mesyuarat Khas Muktamar pada 25 April 2008 hari Jumaat jam 9.00 pagi di rumah Ustaz Ariffin Deraman.Sepertimana yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut, antara perkara yang perlu diselesaikan sebelum mesyuarat tersebut ialah:

1. Jawatankuasa (telah diputuskan)
2. Kertas Kerja Muktamar

Wassalam wa Syukran
Penolong Setiausaha II

JK MUKTAMAR KELAB FASILITATOR TERENGGANU 2008



PENGARAH :
Ustaz Latif Abd Rahman
TIMBALAN PENGARAH: Nurul Alia Zahari
SETIAUSAHA:
Zinnirah Muhammad
BENDAHARI:
Khairunnajah

1. PERSIAPAN TEMPAT DAN PERALATAN -
Wan Mohd Ikhwan Wan Ariff
2. PERBEKALAN -
Mohd Syukri Baharuddin dan Wan Saleha Wan Ibrahim
3. PERHUBUNGAN -
Ustaz Shukur Hadi dan Ida Haryati Alif
4. PROTOKOL DAN JEMPUTAN -
Ustaz Mohamad Musa dan Khairunnisa Khairuddin
5. PENDAFTARAN DAN CENDERAMATA -
Zinnirah Muhammad
6. TAYANGAN MULTIMEDIA -
Mohd Zaidan Abdullah dan Siti Norbaity Abd. Latif
7. TUGAS-TUGAS KHAS -
Mohd Zubir Abdullah



0 comments  

UCAPAN

Assalamualaikum W.B.T.

di sini ana nak lampirkan sedutan ucapan untuk ana gunakan pada malam ini sempena menjadi Wakil Kawasan untuk Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan. bagi sahabat silalah bantu dan memberi idea untuk dijadikan isi bagi meningkatkan kualiti ucapan ana untuk dipendengarkan untuk pemuda di sana.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Al Hadid

Bersyukur ke hadrat Illahi, agar ditambahi lagi nikmat kekuatan Iman dan Islam pada diri kita untuk kita tingkatkan usaha dan kerja menambah pahala dan saham akhirat. Bersyukur juga pada Ilahi kerana diberi kesempatan bagi kita untuk berkumpul pada malam ini untuk muhasabah gerak kerja kita selama setahun sebelum ini, adakah kita bergerak selari dengan apa yang telah digariskan dan dirancang sebelum ini, atau hanya di kertas sebagai rujukan setiap kali mesyuarat agung diadakan.

Merujuk pada ayat yang dibaca tadi, jelaslah kemenangan yang diberikan pada kita di Dun Rhu Rendang ini adalah sebagai ujian bagi kita.
Kemenangan adalah daripada Allah. Kemenangan Islam adalah demi hidayat dan taufik untuk manusia. Ia bukan kemenangan duniawi yang sementara dan penuh tipu daya iblis, bahkan ia adalah kemenangan yang benar dan hakiki. Di dunia kita gembira dan di akhirat kita bergembira. Tiada kemenangan kecuali kemenangan Islam dan tiada kehidupan kecuali kehidupan akhirat.

Ujian ketika kita menang boleh dianggap satu beban yang amat tinggi, masa inilah rakyat menuntut apa yang telah dijanjikan sebelum ini. jangan kita hanya pandai bermain kata untuk memancing undi semata-mata tapi kita tewas dengan ujian ini.

1- Bermula sekarang bangunlah wahai Pemuda , gerakkanlah aktiviti di cawangan yang mampu menarik minat ramai lagi golongan muda dekatkan mereka dengan tali Allah, simpulkan dengan program berbentuk dakwah yang kontemporari. Jangan mendesak agar mereka rasa ikhlas dihati.

2- Program kebajikan jangan ditinggalkan, ramai lagi yang memerlukan bantuan, biarlah kita menumpukan program berbentuk kemasyarakatan agar masyarakat lebih mendampingi kita dan mengunjungi kita ketika saat memerlukan.

3- Kenalkan diri kita sebagai agen perubah dalam masyarakat yang memerlukan sentuhan dakwah bagi meneruskan kehidupan yang fana ini. Wujudkan pusat komuniti tempat anak remaja beriadhah dan berkumpul agar satu hari nanti mereka akan menuruti jejak abang-abang mereka yang mula mengerti erti perjuangan sebenar.

4- Dekatkan diri dengan program Illahi, Qiamulail, Puasa, Usrah jangan ditinggalkan kerana itulah sumber kekuatan bagi ruh kita.
Janganlah kita Pemuda PAS sekadar dikenali 'pakar mengantung bendera tertinggi & terbesar, Hero dalam pergaduhan, Samseng dan bergerak dalam kumpulan tertentu sahaja. ubahlah sikap kita agar lebih dinamik, mudahkan orang mendampingi kita , menjadi tempat rujukan dan naungan masyarakat agar PRU ke 13 nanti keputusan berpihak sekali lagi pada diri kita.

"Baldatun Tayibatun Wa Rabu Ghafur"
Jangan kita leka dengan kemenangan ini, kita hanya ada masa yang singkat maybe PR akan datang lebih awal diadakan dalam BN menuju kehancuran ini. Jom kita raikan kemenangan ini dengan pengisian yang baik. Biarlah mereka bergaduh merebut jawatan, mengulingkan orang, tapi bagi kita dalam Pakatan Rakyat kita menerajui golongan muda menentang golongan kuffar. Bersedialah kita merampas kembali Bumi Darul Iman ini dalam masa akan datang.

Akhir kata berdoalah dan bergantung haraplah pada Allah yang menolong kita dalam menenetukan kemenangan ini dianggap hadiah bagi pekerja parti yang ikhlas berjuang.

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. As Saff ayat 14

Sekian Terima Kasih...
Aeman Fadlullah

Maka setelah

0 comments  

Wahai Pemuda....

Satu catatan oleh : al-Syaheed Hassan Al-Banna

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.

Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.

Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambahberat.

Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.

Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.

Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.

Kita, Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan. Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang terus menerus bekerja dan bertindak.

Bersambung...

0 comments  

Jemputan pengisian

Program : Tamrin Qiadi (Pengurusan Organisasi)
Tarikh : 3-5 April 2008
Tempat : Dewan Utama Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI)
Tema : Tanzim Mantap, Organisasi Teguh
Anjuran Bersama : Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI 07/08
Peserta : Semua Exco MPMKUDQI, HESIS, AJK Tertinggi Lajnah, Unit, Nuqaba', Naqibat.

Nurrul Alia Zahari selaku Setiausaha II dijemput bagi menggantikan tempat Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kelab Fasi yang tidak dapat hadir bagi menyampaikan pengisian untuk slot Peranan & Tanggungjawab Setiausaha Organisasi.







0 comments  

Senarai Barangan WAJIB BOIKOT

Upps... Gambar sekadar hiasan...
The Proboscis Monkey (Nasalis larvatus), also known as the Monyet Belanda, the Bangkatan or simply the Long-nosed Monkey. - Wikipedia

Tak nak copy source barangan yang nak diboikot ni...sebab kalau boleh, kita bagi sokongan pada usaha MAMPAT ok...

Klik sini : Barangan keluaran Belanda
Ni lagi...

Mampat tu apa ya?... Klik sini

Yang ni dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

  1. Dutch Lady - Susu
  2. Ferrero Roche - Coklat
  3. Wall’s - Ais Krim
  4. Ing -Insurans
  5. Planta -Magerin
  6. Lady’s Choice -Magerin
  7. Lipton -Teh
  8. Shell -Minyak
  9. Knorr -Perisa Makanan
  10. Dove -Mandian
  11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
  12. Radiant -Deodoran
  13. Rexona -Deodoran
  14. Ponds -Produk Kecantikan
  15. Kieldsens -Coklat
  16. Slimfast -Produk Pelangsing
  17. Lego -Kismis
  18. Philips -Barangan Elektrik
  19. Duyvis -Makanan Ringan
  20. Gouda -Keju
  21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
  22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
  23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
  24. Labello -Lip Balm
  25. Pickwick -Teh
  26. Venz -Mentega Coklat
  27. Kinder Bueno -Coklat
  28. Unilever -Syarikat
  29. -
  30. -
  31. Sunsilk -Shampoo
  32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
  33. Lux -Mandian
  34. Vaseline -Lip Balm
  35. Cif -Pencuci Lantai
  36. Surf -Pencuci Kain
  37. Wishbone -Pencuci Kain
  38. Doriana - Keju Krim
  39. Bertolli -Minyak Masak
  40. Clear -Shampoo
  41. Breeze -Pencuci Kain
  42. Sun -Pencuci Kain

Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.

0 comments