Melangkah 2008

Generasi Kemenangan Yang Dicitakan

Seorang penyair zaman silam pernah bermadah,

“Kelemahan (futur) selepas mujahadah adalah

berpunca daripada permulaan yang tidak betul.”


Assalamualaikum...segala puji & puja bagi Allah tuhan sekelian Alam. Merafakkan selawat dan salam buat Rasul jujungan dan Ahli Bait. Selamat tahun baru 2008, untuk semua Jawatankuasa, ahli dan penyokong. Tahun silih berganti, usia saling bertukar waktu, Kelab Fasi sudah menjangkau 4 tahun. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi realiti dunia baru atau masih lagi dibelenggu masalah lalu, sama-sama kita muhasabah diri.

Muhasabah Wa Mujahadah
Tahun yang sebelumnya, kita masih lagi memperkasakan diri dengan menyertai pelbagai slot ilmu dan kemahiran yang samada ditaja oleh Parti atau dibiayai sendiri. Namun berapa banyakkah peratus yang dapat kita hadiahi untuk mengerakkan organisasi kita atau menambahkan kekuatan jamaah yang kita dokongi ini.

Sediakah kita dengan mengwakafkan diri pada organisasi dengan ilmu yang setakat secupak di dada, atau sekadar menghiburkan diri dengan panggilan duniawi yang sementara ini sahaja. Kita mampu berfikir melebihi golongan yang lain, bukan lagi usia untuk meniarap dan merangkak dengan kehidupan yang diuji kini kita sudah mampu melangkah lebih laju dari yang disangka.

Tarbiyah Diisi Semangat Ditagihi
Antara kekuatan yang diperolehi ialah hebatnya Ruhhi dan gahnya Jismi. Usrah yang kita kecapi selama ini mungkin perlu dinamik atau diubah method agar pengusaha ruh ini dapat mengecapi kemanisan dakwah yang kita lalui.

kata-kata al-marhum Sheikh Abul Hasan Ali An-Nadwi,

“Kita mesti mengeluarkan rijal yang boleh menegakkan dakwah, menguruskan pentadbirannya, mentarbiah rijal dan memenuhi segala lompang. Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, namun ia tetap terdedah kepada mara bahaya. Bahkan dalam masa yang singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang hingga tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua pendokongnya.”

memenuhi keperluan dalam berorganisasi memerlukan kekekuatan dalam merancang, mengatur strategi agar organisasi kita tidak lagi berpaling ke belakang. Benteng terakhir kita hanyalah pada Illahi dan doa yang kita alunkan setiap kali bersolat menjadi sumber kekuatan higga akhir hayat.


Program yang dianjurkan juga memerlukan perubahan yang ketara, kemahiran yang dimiliki masih belum lagi mencukupi. Bandingkan kita dengan kekuatan organisasi yang berbeza fahaman dengan kita, adakah tahap kita setara atau masih lagi jauh ketinggalan dengan pencapaian mereka. Jangan sekadar bertakbir sahaja hendaklah kita juga pandai ber'Tadbir' agar rekod pencapaian kita dapat diubah pada masa akan datang.

Motivasi Vs Nilai Remaja Kini
Remaja bukan sekadar memerlukan pedoman untuk dijadikan panduan hidup, realitinya mereka telah lari dari kokongan agama. Sudah berapa banyak kita membuat analisis terhadap pencapaian peserta program yang telah kita anjurkan, adakah mereka masih setia pada kita atau mula menjarakkan diri dengan aktiviti yang sia-sia.

Mungkin pada masa hadapan kita perlu merancang program yang lebih berbentuk kekeluargaan memandangkan punca segala permasalahan banyak dibangkitkan dari hubungan kekeluargaan. Jangan sekadar kita berbangga dengan kehadiran penuh pada seseuatu program namun pengisiaanya sekadar take granted atau berorientasikan program, bagi kita perubahan yang dapat kita didik dan asuh untuk mereka hadapi pada masa akan datang.

Duta Kebajikan
Kadar kemiskinan dan purata pendapatan isirumah yang menjadi isu utama dalam menghadapi realiti Bumi Darul Iman yang menjadi tanggungjawab bersama. Program menziarahi dan menghulurkan sumbangan dapat diteruskan, apatah lagi dengan kesanggupan beberapa NGO untuk menghulurkan sedikit bantuan atas nama kebajikan.

Inilah merupakan jalan mendekati masyarakat bawahan agar dapat menikmati sedikit nikmat hidup yang kadang-kadang menjadi impian bagi mereka yang menghadapi kesusahan. Faktor kemiskinan juga merupakan faktor besar remaja menghadapi risiko permasalahan yang sedang tenat melanda negara kita. Mungkin dengan sedikit bantuan moral dapat menjauhkan mereka dengan sifat negatif tersebut.

Ukhuwah 'Strategic Partnership'
Sebelum ini mungkin kita belum dikenali umum, namun setelah berjaya mendapat perhatian masyarakat parti kita mula dinilai. Kadangkala kita diejek dengan ungkapan si 'mangkuk baru' , 'pemecah J' dan pelbagai lagi kata-kata yang mungkin dituju bukan kerana diselidiki dan difahami terlebih dahulu.

Mungkin kita dibenci kerana kekuatan atau kelemahan dalaman ahli, kita bersedia duduk semeja berbincang agar permasalahan ini tidak menjadi barah di dalam hubungan sosial. Tidak dinafikan kehidupan dalam berjemaah kadang-kadang menyulitkan bukan kerana Jemaah tapi kerana kehidupan ahli itu sendiri. Kita sedar dengan usia didibaratkan kanak-kanak 4 tahun, yang mampu hanyalah bersuara kecil, namun setiap idea dan kritikan bukan untuk mematikan perasaan sayang namun untuk mengubat kelemahan yang perlu ditampung oleh kami.

Bukan sekadar dengan rakan di luar organisasi sahaja, namun kekuatan kita juga perlu bermula dari sifat dalaman yang perlu diterajui oleh peringkat atasan kelab. Penyertaan kita dalam pelbagai aktiviti anjuran Parti haruslah diperhebatkan lagi untuk menyemarakkan semangat yang semakin kendur di pihak generasi muda.

Itulah yang dicitakan oleh Iqbal dengan syair beliau;

Dengan nikmatNya kita bersaudara,

Hati, ruh dan ungkapan kita serupa.

Kesatuan hati sahaja tidak memadai,

sehingga lahir kesatuan ungkapan.

Hati yang sakit tidak mengenal kebaikan

Tiada reformasi tanpa memperbaiki diri

Bilakah ummah akan bangkit sedang hati ternoda,

Saf tidak terjaga, kesatuan porak peranda.


Menghadapi Liku Peperangan Besar 2008

Penyertaan seratus peratus ahli dalam program menunjukkan semangat luar biasa bagi merampas kembali bumi hijau di tangan Si Gelombang Haru Biru. Dengan berbekalkan idea dan sumber keahliaan kita pasti merancang kekuatan tambahan umpama pemain simpanan yang akan bertempur habis-habisan bagi menikmati kemenangan yang dicita-citakan.


Kami bersedia menjadi benteng muda untuk menghadapi mehnah yang diatur oleh puak-puak perampas agar kita menjadi negeri yang 'Baldatun Tayibatun Wa Rabbu Ghafur'.


“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” [At-Taubah: 41-42]


Akhir kata sambutlah kemenangan dalam kedamaian agar kita perolehi hadiah keimanan yang dicita-citakan. ingatlah pesanan Hassan Al Banna


Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukminin.
Waalahu Alam.


Posted By: TP 1

0 comments  

Mesyuarat & Keraian

Kelab Fasi's Books Of Records...

Meeting paling lama pernah diadakan oleh Jawatankuasa Kelab Fasi iaitu selama dua hari direct. Huh? Suspen! Actually, ianya bermula pada jam 7.30 malam 27 Disember 2007 dan berakhir jam 2.00 pagi 28 Disember 2007. Dimulakan dengan usrah AJK, kemudian majlis makan-makan meraikan kesyukuran AJK yang dilahirkan pada Disember termasuk bos Kelab Fasi dan dilanjutkan dengan mesyuarat. Majlis diadakan di rumah Pengerusi Kelab Fasi, saudara Algha sendiri.

Setinggi penghargaan kepada para isteri yang sabar menunggu dengan anak kecil di sisi seperti Suwa, Dini dan Lisa, tak lupa juga Haimi yang kelihatan se'eh (bahasa ganung) sarat mengandung. Huhu... Ini permulaan sebuah pengorbanan isteri pejuang, besarlah pahala kesabaran kalian. Moga-moga Al-Waqiuddin, Faqihah, dan Amir Akil juga mewarisi semangat juang bapa mereka.


Serius... tapi lawak


Bapa mithali... jaga anak sambil meeting

Pasangan pejuang


Al-Waqiuddin

0 comments  

Disemberian


Sila pastikan nama-nama berikut diberikan hadiah @ sambutan sepatutnya

Hassan @ Rauf - 4 Disember
Amdang- 14 Disember
Sukeri- 21 Disember
Algha - 24 Disember
Aemang- 26 Disember
Nurul Syadiah- 31 Disember


tolong listkan sapa lagi ye...

0 comments  

Selamat Hari Raya Aidil Adha

0 comments  

Riadah Malam

OK.. Ni riadah malam kali ke 2. (Hai...kerap sangat ni?)

Tengok gaya bos... berkaki ayam... Regu campuran ek?


Hui...semangat shuk!

Macam ye ye je yang depan tu...PRO nampak?


Bergaya sokmo!

0 comments  

USRAH JASADI

Syuk mari lambat..main 2 games aje

zaidan "ambe sampai beli kasut baru" kalu tahu gitu
ambe beri hantaran kasut

gaya seorang jaguh bola serves lekat di net


ni kalu fit rasa-rasa ada dok muslimat tolak lepas ni

gaya jaguh veteran yang pancit awal...

semalam, 11hb Disember, Dewan Badminton Chendering

Nak bagitau kaum muslimin fasi telah melaksanakan satu agenda iaitu kempen mengempiskan perut. Aeman, Sukeri, Koden, Zaidan, Syuk, Ikhwan, Hazwan & Zubir telah berjaya bermain badminton. Selama 2 jam kami bertarung dengan pecah perut masing-masing (bukan pecah lemak) ialah pukul bola tak kena, smash keluar gelangang, backhand tak lepas, lubuk pun ada. Yang penting permainan kami semua boleh dikira baik berbanding dengan court sebelah.

Selepas saja main, kami sempat buat sedikit usrah di satu kedai makan membuktikan bahawa kami bukan setakat bermain saja tapi ada sedikit pengisian yang diketuai oleh ustaz khairuddin. Antara pengisian yang ditekankan ialah peranan usrah dalam meningkatkan kemahiran dan ilmu fasi, kebajikan ahli. Hinggakan Naqib order air 3 gelas, (teh limau kasturi)....

Tepat jam 10.00 masing-masing pun beredar, dalam kepala dah pikir mesti puan haimi, puan dini, & tak lupa my madam puan ayu akan mengurut urat-urat suami tercinta masing-masing ialah dah lama tak main...Zaidan tak boleh bermanja sapa suruh isteri pi jauh-jauh... TQ for everyone. Next week kita main lagi.

0 comments  

Puisi


JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH DIMADUKAN,
BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI
TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!!
KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH
PERJUANGAN ISLAM!!!

PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN
KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA
BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM
BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG
PERJUANGAN SUAMIMU

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA
SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU
DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU
DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU
PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA
YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI
DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!!
BAHKAN DIRIMU
ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA

KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH
PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA.

DIA MENCINTAIMU KERANA
DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM.
JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN.
SEKELUMIT CINTA PUN
TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI
ISTERIMU BANTULAH ISTERIMU DAN
KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN..

0 comments  

Sidang Rakyat

Dalam posting sebelum ini ada diwar-warkan mengenai Sidang Rakyat : Menangani Musibah Kenaikan Harga Barang. Alhamdulillah ianya telah terlaksana dengan baik meskipun kebanyakan ahli Kelab Fasi tidak tidur demi menyiapkan bahan-bahan pengisian. Sememangnya pimpinan jawatankuasa induk berpuas hati dengan kalian. Ujian yang berjaya la... hehe

Kenangan persiapan


Ibnu abbas sibuk dengan promonya...


Adik-beradik Milah yang cukup komit... TQ


Antara yang komit bermula jam 10 malam - 6 pagi


Hah... ni pun... Tukang belanja makan minum menghilangkan ngantuk



Baru nak makan... Sibuk jaga makan minum orang, diri sendiri tak makan lagi...



Syukran Ara dan Dah yang sentiasa datang seusai program MTT


0 comments  

Lagi Produk Baitul Muslim

OK... Ini pulak kisah walimah kedua iaitu pasangan Munirah dan Adib Faisal.

Kedua-duanya merupakan rakan ketika di UTM dulu. Satu lagi perkahwinan yang menyatukan negeri Darul Iman dan Darul Naim. Takbir! Moga-moga akan menjadi contoh buat yang lain....

Tarikh : 2hb Disember 2007
Tempat : Chendering, Kuala Terengganu







Catatan : Bak kata Zack, masa ni la kita nak tengok muka sahabat kita lain dari biasa...hehe... Jangan mare Munirah...

0 comments  

Produk Bait Muslim

Assalamualaikum semua…

Mohon maaf kerana agak lama blog ini tidak diupdate, barulah saya faham betapa sukarnya menjadi seperti saudara zidane yang sentiasa didesak-desak supaya mengupdatekan blognya yang terkenal itu. Manyak tension ooo…. Bahannya ada, Cuma ragu-ragu, adakah ianya boleh dipublish… tapi setelah didesak sahabat-sahabat yang bertanyakan berita terbaru, terpaksalah saya mengupdate juga ddengan berita ini…OK… Let’s read!

Walimatul-urus – Zidane & Jue : Kenduri pertama sempena cuti sekolah
Catatan : Harap-harap saudara zidane tak kisah menjadi bahan berita
Kami telah merancang dari awal mengenai rombongan menghantar zidane ke rumah pengantin perempuan di Besut. Lafaz nikah telah termateri pada malam 30 November 2007, Alhamdulillah, namun ia dihadiri oleh saudara terdekat sahaja memandangkan kehendak zidane dan kekangan masa kami sendiri. Namun, agak kelakar kerana maghrib sebelum majlis akad nikah bermula, Nurrul berniat menyampaikan sms ucap selamat pada zidane, Ustaz Pin mengusik Nurrul menghantar mesej berbunyi : “Sampai hati anta Dan, ana tunggu anta dari UiTM lagi, kenapa anta sanggup hancurkan hati ana?” He…he… of course Nurrul will not do that! Tapi kami hanya tergelak mengenangkannya dan menitipkan doa agar semuanya berjalan lancar. (Jangan marah Jue…;p)

Pagi Jumaat : 30 November 2007

Kami berkumpul di dua checkpoint (cam program lak) iaitu IDC dan Batu 6 pada jam 10.00 pagi. Tapi, ada juga yang terlupa… sabar je la… Tapi, dimaafkan kerana itu kelemahan manusia dan orang yang terlupa tu pulak, orang yang biasanya akan datang awal meeting… hehe2…(Madi, orang back-up nih). Sebanyak 5 buah kereta menjadi rombongan penghantar dari Kuala Terengganu…huiii… meriah tak?

Kami tiba di rumah zidane jam 12 tengahari… Next, anda boleh lihat gambar-gambar ni…

Baru sampai... respect ar akhi zidane


Pengantin baru melayan tamu... Ayah pengantin pun sporting!


Sesi paling disukai.. mangan sampai tak ingat orang keliling!


Pembawa hantaran... cantik... (yang dibawa dan yang membawa) ;p


Halo...?Apa? Isteri dah nak bersalin? Ok... nanti saya datang... Eh! Aku baru kawin semalam...
Inilah pengantin paling busy dalam dunia, sampin pun pakai depan rumah pengantin pempuan


Perarakan selawat. Nampak tak muka berdebar beliau?



At last... we belong together... Padan kan?

Lastly, kami doakan anda berdua bahagia, dilimpahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dikurniakan keberkatan dalam kehidupan.

0 comments  

Sidang Rakyat

Sidang Rakyat : Menangani Musibah Kenaikan Harga Barang
Tarikh : 24 November 2007 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 6 petang
Tempat : Masjid Jame' Pengadang Baru, Kuala Terengganu, Terengganu

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

ANJURAN:

Lestari Resources & Consultancy dan

Persatuan Pengguna P. Pinang (CAP)

Dengan Kerjasama

Jawatankuasa Masjid Jami’ Kg Pengadang Baru


----- TENTATIF PROGRAM -----

8.00am : Pendaftaran peserta

8.45am : Majlis Perasmian
- Aluan Pengerusi Majlis
- Aluan Pengarah Program
- Perasmian: Dato Mustafa b. Ali, Penaung Program.

10.00am : Jamuan Ringan

10.15am : Kertas 1: “Senario Kenaikan Harga Barangan Keperluan Harian, Kesan Kepada Kehidupan Rakyat”
Encik Che Salmi b. Che Ibrahim (Setiausaha, Persatuan Pengusaha, Pengedar, Pemborong, dan Peruncit Muslim Trg.)

11.00am : Kertas 2: “Lonjakan Harga Input Pertanian, Petani Menderita Rakyat Merana”
YB. Ir Amiruddin Hamzah (Gerak Tani SEDAR Malaysia)

11.45am : Kertas 3: “Harga Barangan Pembinaan Terus Naik.
Rumah : Satu Penafian Terhadap Keperluan Asasi Manusia”
Tuan Hj. Che Ariffin b. Che Mahmud (ATIRA Development)

12.30pm : Rehat

2.15pm : Kertas 4: “Pendidikan Kepenggunaan : Hak, Tanggungjawab dan Peranan Rakyat”
Tuan Haji Azmi Bin Abdul Hamid (Tim. Pengerusi, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)

3.00pm : Kertas 5: “Kerajaan Hilang Kawalan, Rakyat Tanpa Pembelaan,Harga Barang Terus Menjulang. Apa Penyelesaian?”
Dr Zulkifli Bin Ahmad (Pengarah, Institut Penyelidikan Pusat)

4.00pm : Rehat

4.30pm : Sidang Pleno

5.15pm : Deklarasi dan Penutup

6.00pm : Bersurai

0 comments  

AS SYAMS

Demi Matahari

Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

0 comments  

JOM PAKAT GI RAMAI2


Ingat kita pergi bukan kerana paksaan!
Ingat kita pergi bukan kerana ikut kawan!
Ingat kita pergi bukan kerana nak tengok orang ramai!
dan ingat kita pergi kerana protes

Untuk kembalikan kebebasan pada tempat sepatutnya, kembalikan hak yang dicalarkan oleh pemimpin. Bangkitlah para Mahasiswa, Buruh, Surirumah mahupun individu yang berpangkat ayuh kita kembalikan maruah kita semua sebagai Hak Warganegara Malaysia.

0 comments  

Bolehkah puasa Qada dan Syawal digabungkan?

Azamin Amin
Mon | Nov 05, 07 | 11:25:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.

Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.

Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari).

Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.

"Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawal dan Qada dalam satu niat

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali," katanya dalam laman webnya www.zaharuddin.net

Dalam pada itu beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.

"Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w. pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya," katanya.

"Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi s.a.w. dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik," katanya.

Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan 'qada dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.

Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan 'tahiyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat 'tahiyatul masjid',katanya.

Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal.

Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.

Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal) tetapi menganggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. - mks.

0 comments  

Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia

Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia
Tempat : Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 15 – 16 Syawal 1428 / 27-28 hb Oktober 2007
Anjuran : Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim dan Sekretariat Kongres Umat Islam Malaysia (SKIMA)
Penyertaan : 500 orang perwakilan dari 78 Pertubuhan-Pertubuhan Islam peringkat Negeri dan Kebangsaan

Alhamdulillah, Kelab Fasilitator Terengganu telah menghantar dua orang wakilnya iaitu Timbalan Setiausaha, saudari Nurrul Alia dan ahli Kelab Fasi Dungun iaitu Saudari Liyana. Penasihat Kelab Fasi Terengganu iaitu Cikgu Mohd b. Draman turut menyertai persidangan atas stand sebuah NGO lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai persidangan tersebut, klik sini.

0 comments  

Liqa' Idulfitri 2007

LIQA' AIDILFITRI 1428 H
Tarikh : 19 Oktober 2007 bersamaan 7 Syawal 1428
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat : Rumah Keluarga Puan Nurhaimi & En. Khairuddin
Pengisian : Ustaz Burhanudin Abdullah


Khusyuk mendengar pengisian


Al-Waqiuddin cute berkopiah



Antara yang hadir

0 comments  

Tazkirah Idulfitri 1428H

Aidil Fitri: Sambut Kemenangan @ Sambut kedatangan syaitan?

Salam ramadhan mubarak. Syawal sebulan kan, jadi ada baiknya kalu kita buat sedikit muhasabah ramadhan sebelum kita masuk ke gerbang madrasah ramadhan akan datang (moga kita masih dikurniakan kesempatan).

Idul Fitri adalah hari umat Islam menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa dan bermujahadah melawan hawa nafsu. Hari ini juga diistilahkan sebagai hari berbuka puasa bagi umat-umat Islam yang berpuasa di sepanjang bulan ramadhan. Dalam kegembiraan & ketidaksabaran kita menanti tibanya lebaran, adalah baik jika kita mengetahui terlebih dahulu cara - cara untuk menyambut kedatangan 1 Syawal, insyaAllah selepas pukul 7.15 petang (mengikut waktu tempat masing-masing). Di sini digariskan dua cara yang diajarkan oleh para ulama'...

Malam 1 Syawal

Antara perkara-perkara yang disunatkan untuk kita lakukan dalam menyambut ketibaan satu Syawal ialah;

  1. Melaungkan takbir sebagai tanda kebesaran Allah S.W.T. Banyakkanlah bertakbir dan memuji kebesaran Allah,Tuhan yang empunya segala ni'mat. Tidak kira dalam apa jua keadaan/pekerjaan kita malam tu, kita disunatkan memperbanyakkan laungan takbir. Sambil-sambil memasang langsir/mengacau dodol/masak ketupat/buat kuih/sambil-sambil nak sembelih ayam ke..sunat kita melaungkan takbir. Takbir dibahagikan kepada dua :
    1. Takbir Mutlaq = Takbir yang tidak dikaitkan dengan masa. Sunat bertakbir bila-bila masa
    2. Takbir Muqayad = Takbir yang dikaitkan dengan masa. Contoh, sunat bertakbir selepas jatuh matahari 30 ramadhan.
  2. Menghidupkan malam satu Syawal dengan memperbanyakkan solat-solat sunat seperti solat sunat tasbih, solat sunat witir, solat sunat tahajjud dan solat-solat sunat yang lain. Malam satu Syawal adalah di antara malam-malam yang mempunyai banyak fadhilat dan keberkatan.
  3. Memperbanyakkan doa-doa untuk kebaikan dan kebajikan. Malam 1 Syawal adalah di antara malam(waktu) yang mustajab doa.
  4. Sunat menghiasi rumah agar kelihatan bersih dan indah.
1 Syawal

Pada hari 1 Syawal, kita disunatkan;

    1. Bangun awal daripada tidur.
    2. Mandi sunat Hari Raya
    3. Membayar zakat bagi yang belum bayar zakat (antara waktu terbenam matahari akhir ramadhan sehingga sebelum selesai solat Idil Fitri,adalah masa yang sunat untuk membayar zakat fitrah)
    4. Menunaikan solat Idul Fitri berjemaah
    5. Menjamu makanan kepada orang lain. Contoh, menghidangkan makanan kepada tetamu.
    6. Berziarah. Afdhal kita dahulukan menziarahi rumah orang yang penting dalam hidup kita seperti
      1. Rumah ibubapa(bagi mereka yang tidak tinggal serumah dengan ibubapa)
      2. Guru-guru agama(orang yang mengajarkan agama kepada kita seperti orang-orang alim, tok-tok guru, ustaz-ustaz dan sebagainya)
    7. Bersedeqah. Sunat memperbanyakkan sedeqah sama ada dgn duit atau barang-barang lain. Di sini dijelaskan amalan memberi duit raya sebenarnya adalah amalan bersedeqah seperti yang diajarkan oleh ulama-ulama terdahulu.
      1. Cara yang betul ialah ketika kita nak beri duit raya,kita niatkan 'aku beri sedeqah kerana Allah' supaya amalan tu dikira ibadah dan mendapat pahala.
      2. Perlu juga diingat bahawa menurut qaul mu'tamad,kanak-kanak yg belum baligh tidak sah menerima harta kerana antara syarat-syarat sah seseorang mentasaruf (mengelola) harta ialah dia hendaklah baligh (sempurna aqal). Sepatutnya duit raya tu kita beri kepada walinya (ibubapa) sebagai wakil kepada kanak-kanak tersebut. Walaubagaimanapun, ada qaul dhoif daripad a Imam Ramli (mazhab Syafie) yang mengatakan harus memberi sesuatu harta kepada kanak-kanak yang belum baligh.
    8. Memakai pakaian baru dengan niat kerana Allah @ niat untuk menzahirkan ni'mat Allah yang dimilikinya.

Sedikit tambahan, Nabi dan para sahabat ketika bertemu pada hari raya,mereka saling mendoakan antara satu sama lain. Nabi mendoakan "Tabaarakallahu minkum" kemudian disahut pula oleh para sahabat dengan "minna wa minkum taqabbal yaa Karim". Jadi adalah lebih elok jika kita amalkan sunnah ini, ketika bertemu selain mengucap 'selamat hari raya maaf zahir & batin', kita iringi juga dengan doa.

  • Amalan2 yg bercanggah dgn ajaran Islam

Antara amalan menyambut raya yang bercanggah dengan ajaran Islam ialah;

  1. TV menyediakan program-program hiburan yang haram. Malah sesetengah masyarakat, ada yang mengisi hari raya dengan menonton rancangan-rancangan TV secara berjemaah (sekeluarga). Ada juga yang mengisi raya dengan pergi ke pawagam-pawagam menyaksikan filem-filem terbaru sempena hari raya.
  2. Hari raya disambut dengan letupan mercun. Ini adalah bercanggah dengan cara-cara yang digariskan di atas kerana bermain mercun melalaikan bahkan mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Lebih teruk lagi boleh mudharatkan diri. Kita sebenarnya telah terpengaruh dengan budaya perayaan Tahun Baru Cina.
  3. Ikhtilat (pergaulan bebas) antara lelaki dan perempuan yang harus berkahwin(bukan mahram).
    1. Bersalaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram
    2. Beraya/berziarah secara berombongan antara lelaki dan perempuan bukan mahram. Kebanyakan rumah-rumah juga tidak mengasingkan kawasan antara tetamu lelaki dan tetamu permpuan yang bukan mahram. Contohnya rombongan muda-mudi/kawan-kawan sekelas dan sebagainya.
    3. Berpakaian dengan niat utk menunjuk-nunjuk (riya' ). Bahkan seolah-olah sudah menjadi satu budaya, hari raya menjadi hari untuk melaram sakan/bertabarruj bagi kebanyakan orang. Agak2nya kita beli/tempah baju raya yang lawa2 tu untuk apa? betulkan niat..

Akhir kata, sambutlah 1 Syawal ini dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan. Kita telah meninggalkan satu bulan penuh berkat, yang dikhususkan oleh Allah untuk kita beribadah. Janganlah 1 Syawal yang merupakan hari kemenangan kita melawan hawa nafsu ini, kita cemari dgn amalan-amalan yang lagha bahkan bercanggah dengan garis panduan syariat. Ingat, syaitan sudah lama menanti-nantikan saat dia dibebaskan supaya dia dapat meneruskan kerja-kerja menyesatkan umat manusia. Kalu kita tidak beringat-ingat dalam menyambut hari raya, kita akan karam dalam tipu daya nafsu ammarah bi su' (nafsu yang mengajak kepada kejahatan).

Seumpama seorang ketua mafia yang dibebaskan daripada penjara, kemudian kedatangannya disambut dengan meriah oleh geng rapat dan anak-anak buahnya. Begitu juga syaitan(kepala kejahatan), alangkah gembiranya dia bila melihat keadaan umat manusia walaupun dengan ketiadaannya di bulan ramadhan, manusia masih hanyut dengan hawa nafsu sehinggalah menjelang syawal (saat syaitan dibebaskan daripada belenggu malaikat).

Tabarakallahu minkum.

Selamat Hari Raya.....minta maaf banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang terasa hati, teraniaya/ terpukul/ tersakiti oleh ana. Minta halal apa yang terambil haq tanpa izin... mana2 yg ana berhutang tu minta tuntut segera sebab ana memang jenis pelupa. Tak pun halalkan saja (he2...ha2)

__._,_.___

0 comments  

PROGRAM BAKTI MASYARAKAT “PROKAT”

Tarikh : 05 Oktober 2007 (Jumaat) bersamaan 23 Ramadhan 1428 Hijrah
Tempat : Kg. Pak Madah, Bukit Payong, Marang
Masa : 08.30 pagi – 01.00 petang

Sasaran : Rumah pasangan suami isteri warga emas
( Tok Yatim dan To’Ki Mamat)
Ahli terlibat : 20 orang

Peserta program berkumpul di perkarangan Masjid Bukit Payong pada jam 08.30 pagi. 09.30 pagi ; bertolak ke lokasi dengan 7 buah kereta dan 4 buah motosikal beserta barang-barang sumbangan dan alatan membersihkan rumah.Aktiviti yang telah dilakukan ialah ; memasang langsir baru, menyampaikan pakaian raya, menyampaikan sumbangan kuih raya dan bahan-bahan dapur, menyampaikan zakat (pemberian peribadi ahli kelab), mengemas dapur, membasuh lantai rumah, membersihkan kawasan rumah pasangan warga emas tersebut, membakar sampah, memandikan dan menukar pakaian serta lampin warga emas lelaki, menyumbangkan sebuah kipas angin kaki (sumbangan peribadi) dan beramah mesra dengan pasangan tersebut.

Pada jam 10.00 pagi, sejumlah 7 orang ahli kelab terpaksa berundur sementara daripada program bagi mambantu satu program anjuran Front Bertindak Anti Murtad (FOKAD) yang telah diadakan tidak jauh dari lokasi program kelab.Dalam program FOKAD tersebut, Kelab Fasi telah membantu dalam menyediakan ustaz untuk memberikan tazkirah.Jam 11.30 pagi, ahli-ahli kelab terbabit kembali semula membantu program kelab. Program ini telah mendapat liputan daripada wartawan akhbar Sinar Harian.

Pasangan ini mendapat perhatian dan bantuan daripada Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) Cawangan Terengganu. Kelab Fasilitator Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif sempena bulan Ramadhan Al Mubarak dan Aidilfitri yang hampir menjelang tiba dengan membuat kunjungan / ziarah kasih kepada pasangan warga emas ini selain kapasitinya di mana kebanyakan ahli kelabnya turut menyumbang tenaga dalam aktiviti yang dianjurkan oleh FOKAD Terengganu.

Akibat masa yang terbatas (waktu solat Jumaat), beberapa akiviti terpaksa dilakukan dengan segera. Secara keseluruhannya, aktiviti sebegini wajar diteruskan di masa-masa akan datang bagi membantu golongan-golongan yang berda di dalam kesusahan. Ia juga satu pendekatan dakwah yang paling berkesan dengan menonjolkan aktiviti berbentuk kebajikan selain memberikan satu muhasabah kepada para dai’e (pendakwah) dalam menyebarkan risalah dakwah, memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka buminya, dan meneruskan kelangsungan para anbia’ dalam menegakkan kalimah Allah. Beberapa kekangan yang wujud seperti masa dan dana kewangan tidak dinafikan berlaku namun ia perlu diselesaikan secara bijaksana. Wallahua’lam !

* Disediakan oleh Pengerusi Lajnah Ekonomi & Kebajikan, Kelab Fasilitator Terengganu


Nurul dan Bob yang rajin bersembang dan memotong kuku Tok yang keras bangat


Haimi dan adik-beradik "cun", rajin membersihkan laman


Sukeri : Potong kuku Tok tak sesuai dengan ambe, pasang langsir? Boleh je...


Zubir yang bergegas membaiki kipas, tak dapat baiki?beli kipas


Adegan menyentuh hati... penuh kasih sayang...

0 comments  

Ifthar Fasi 2007

Tarikh : 27 September 2007 (Khamis-Jumaat)
Tempat : D'Teratai Beach Resort, Rantau Abang, Dungun
Pengisian : Tazkirah, Pembentangan kertas kerja, LDK, Kedai Kopi, Riadah, Pembahagian Hadiah
Tema : Reunite For V

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum...

Program ifthar Kelab Fasilitator Terengganu bukanlah pertama kali diadakan. Sebelum ini, ianya pernah dilaksanakan di D'Pengkalan Resort, yang mana ia turut menyelitkan agenda Brainstorming kali kedua kelab.

Ifthar kali ini diadakan di D'Teratai Beach Resort, Rantau Abang, Dungun. Kesemua peserta dijangka tiba selepas jam 5 petang dan sebelum waktu berbuka dengan membawa lauk tambahan. Yang lawaknya, hanya Koni seorang yang bawa... yang lain bawak kuih sebab miss communication..huhu..nasib baik tom-yam banyak...

Selepas berbuka, semua peserta (semua dianggap peserta), bersolat Maghrib, Isyak dan terawih berjemaah. Kemudian, kami diberi sedikit pengisian mengenai isu-isu remaja di Terengganu. Al-maklumlah...nama pun Kelab Fasi...yang perlu membimbing remaja di zaman mencabar ni...

Pada malamnya,dadakan satu LDK (fasi pun kena lalui LDK juga...). Kumpulan dibahagikan mengikut Alumni Institusi Pengajian masing-masing. Dalam masa 15 minit, kami dikehendaki mengumpulkan seramai mungkin nama sahabat-sahabat senegeri... Nak tengok ukhwah macamana... Ada juga soalan yang perlu kami selesaikan dan hasil 15 minit itu akan kami bentangkan esok selepas Solat Subuh.

Sesi LDK tamat jam 12 malam dan masing-masing bebas melakukan aktiviti sendiri. Kebanyakannya buka kedai kopi la...memandangkan lama tak berjumpa... Nama pun reunite.

Alhamdulillah, qiamullail sempat diadakan bersama dengan sahur dan kemudian solat subuh berjemaah. Satu tayangan khas Memori Kelab Fasi diadakan sebelum riadah... (Riadah bulan puasa?)Tengok la muka2 yang masih segar di pagi hari puasa nanti...

Selepas riadah, masing-masing bergegas untuk slot bersama penasihat kelab.
Selama 1 jam setengah, kami dipenuhkan dengan harapan dan keinginan melihat kejayaan kelab membangunkan remaja. (Huhu...berat tu...). Selepas itu, pembentangan hasil LDK yang sepatutnya dibuat selepas subuh telah dilaksanakan. Macam betul-betul adik peserta rasanya...

Sesi akhir, pembahagian cenderahati untuk setiap orang...
Program tamat sebelum solat Jumaat...

Gambar-gambar menarik...


Buka kedai kopi...


Riadah Pagi Ramadhan

Indahnya pemandangan pagi...

Udara segar untuk "ibu mengandung"


Ni ok lagi...petang nanti...huh, rasa la penatnya....

Apa beza dengan gambar kat atas?

Pengerusi kelab menyampaikan cenderahati


Timbalan Pengarah program yang sentiasa ceria...


Anak ketiga Kelab Fasilitator Terengganu-bakal pewaris yang "bekeng"



Ha... ni partner dia... Pemalu sket....



0 comments