USRAH & NARUTO



* Bahan bacaan untuk mereka yang membaca Naruto


“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.


Semuanya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungan untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama di Gombak.


Objektif yang perlu dicapai adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.


“Hehe. Naruto lagi,” balas Faiz.


“Ala. Kamu semua pun tengok, kan?”


Saya menyambung, “Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.”


“Lagi… lagi…”


Menetapkan matlamat dalam berusrah


“Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka ini ninja-ninja yang kita ingin latih. Apa matlamat yang ingin kita capai dalam setiap sesi latihan tersebut.”


“Maksud abang Azree?” Soal Imran.


“Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang ingin kita sebagai naqib ingin capai. Dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.


Sebagai contoh, matlamat abang dalam usrah dengan kamu semua ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah.” Terang saya sambil disambut gelak.


Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas. Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.


“Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?” Soal Faiz lagi yang memang menggemari Naruto.


Mengambil tahu perkembangan ahli usrah


“Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?”


“Erm. Iruka!”


“Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?”
“Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi tentang perkembangan Naruto.” Jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja.


“Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto dan apa tindakan yang perlu diambil Kakashi seterusnya.


Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawabnya.


Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang perkembangan Naruto,” jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Naruto sebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan.


Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit. Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.
“Oh, begitu. Faham.”


“Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.”


“Ciri-ciri yang lain lagi?”


“Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.”


Keistimewaan pada naqib

KAKASHI NAQIB USRAH NARUTO

Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang cuba mengingat sesuatu.


“Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?” Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.


“Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?” Saya cuba mencelah.


“Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,” jawab Faiz.


Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.


“Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke. Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki.


Teka-teki bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan ‘usrah’ tersebut.” Imran melontarkan pandangannya.


“Betul… betul… betul… Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita.” Saya cuba menjawab apa yang termampu.


“Ok. Minggu depan kita sambung cerita lain pula!”


STUDIOMUSLIM.COM

0 comments  

FASI KE BUMI PALESTINE

UNTUK PERMULAAN KELAB FASI TELAH BERCADANG MEMBERI KOMITMEN UNTUK MENGUMPUL DANA KE PALESTINE SEBANYAK RM 1000 .

SO UNTUK SAHABAT-SAHABAT BOLEHLAH KERAHKAN JENTERA KITA UNTUK MULAKAN OPERASI BANTUAN KE GAZA YANG AKAN DISALURKAN PADA CG HUSIN YAYASAN AMAL MALAYSIA

WALLAHUALAM..IF ANY PROBLEM CAN CALL PENGARAH PROJEK FASI KE PALESTINE ZAIDAN

0 comments  

SALAM PERTEMUAN

Maaf kat semua pengunjung...update diri tak abis lagi....

Al Fatihah.....

Firstly kami Ahli kelab Fasi mengucapkan salam takziah buat Khairudin sekeluarga yang baru sahaja menghadapi ujian dari Allah dengan kembalinya ayahanda Abd Wahab ke hadrat Illahi pada 7 Februari 2009. Akibat dari satu kemalangan ketika ingin ke masjid bagi menunaikan solat maghrib. Kejadian berlaku di persimpangan masuk ke Jalan Mandak selepas Batu 6. Menurut kata Khairudin bahawa pendarahan dalamn yang berlaku agak serius menyebabkan ayahnya dimasukkan terus ke ICU.

Salam tahniah
buat Zubir & Halimah beserta Siti Noraini sekeluara yang telah menimang cahayamata yang pertama pada Disember yang lepas. Semoga kalian dapat menjadi contoh terbaik bagi mereka yang belum lagi memiliki anak.

USRAH
Pada Sabtu yang lepas juga kami sempat membuat satu liqa' kecil Usrah bagi kali pertama tahun 2009 yang mana tempat & makanan ( Kertuk Ubi yang sedap) ditaja oleh saudara setiausaha. TQ very much Ikhwan. Kami berbincang bersama-sama berkaitan 5 Prinsip Amal Jamaie yang dikarang oleh Al Fadhil Ustaz Nasrudin Tantawi. Mengupas isu ini kami amanahkan kepada Ustaz Din.
Salam syukran buat yang hadir madi, mat min, limi & zaujah,cg ju , cik ira. Semoga yang lain dapat dipertemukansemula selepas ini.

1 comments