Permata Hati Sulung S/U

Putera hati S/U Kelab Fasi, Ikhwan & Hidayah... Comel bangat! Muaz... :inlove:
Dilahirkan pada 29 Mac 2009 (Ahad) di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu tepat pada waktu azan Asar berkumandang. Alhamdulillah...:woooh:



0 comments  

JALAN-JALAN REHLAH KE SEKAYU

ALHAMDULILLAH..PADA SABTU YANG LALU 21 HB 3, BEBERAPA ANGGONTA KELAB FASI TELAH MENYERTAI PROGRAM REHLAH BERSAMA KELUARGA. PROGRAM DIMULAKAN DENGAN BERKUMPUL DI MASJID PENGADANG BARU SEBELUM BERTOLAK KE SEKAYU.
SAMPAI SAJA DI SANA, OPS MENYIAPKAN PERALATAN & PERSIAPAN TEMPAT TELAH DILAKUKAN. THANKS PADA SDR AFNAN, JERI, HAMDAN & DIN. 2 ORANG AHLI YANG SESAT SEBELUM SAMPAI TURUT MEMBERI BANTUAN HALIMI & ISHAK.
THANKS JUGAK KEPADA SEMUA PENAJA-PENAJA MAKANAN YANG TIDAK DAPAT MENGHADIRKAN DIRI KERANA KEUZURAN. SYUK ( AIR MANNGA YANG SEDAP BANGAT), WAN SEHA NASI PUTIH YANG HAMPIR TIDAK MENCUKUPI, SUKERI AMBAK ( HADIAH BUAH-BUAHAN UNTUK CABUTAN BERTUAH) DAN PERSONAL YANG MENYUMBANGKAN HARTA WANG RINGGIT.
SEMOGA UKHUWAH KITA LEKAT DI HATI KERANA ILLAHI.
PEMANDANGAN DI TAMAN REKREASI SEKAYU

MANTAN PENGERUSI TURUT HADIR..MANA FAMILY?

SDR HAMDAN & AEMAN DALAM OPS MENYIANG IKAN


PENGERUSI DAPAT CABUTAN BERTUAH DARI HIS FAMILY



SLOT TAZKIRAH




NI SAUDARA LIMI YANG KESEJUKAN





SLOT TAZKIRAH YANG DISAMPAIKAN OLEH UST DIN






SLOT RAMAH MESRA ANAK-BERANAK

GAMBAR DIAMBIL DARI CAMERA IKHWAN.....








0 comments  

HARI UKHUWAH




Okey semua jom kita pakat-pakat gi jumpe belake semer.....
Moga Allah tautkan hati-hati kita di jalanNya.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

0 comments  

Rehlah Hari Keluarga

KERTAS KERJA CADANGAN
REHLAH KELUARGA FASI ITQAN


A. PENDAHULUAN

Konsep UKHUWWAH ISLAMIAH ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan Mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah SWT. Dia melontarkannya kepada hati-hati hamba-Nya yang ikhlas dan suci. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

”Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha kuasa lagi Maha bijaksana."
(al-Anfal: 63)

B. TUJUAN
1. Mengumpulkan semua AJK Fasilitator Itqan beserta Keluarga dalam satu program dalam mengembalikan semangat ukhuwwah Fillah

C. TEMA

"Tautan Ukhwah Menjana Aspirasi"


D. OBJEKTIF

1. Melaksanakan program kekeluargaan untuk memupuk sifat lebih saling memahami demi mewujudkan kesatuan amal dan matlamat.
2. Mewujudkan sifat kenal (taaruf) mengenali diantara satu keluarga dengan keluarga lain
3. Memupuk kekitaan Islamiyyah diantara sesama ajk dlm melaksnakan tanggungjawab keluarga dan jemaah

E. KONSEP PROGRAM
Melaksanakan hari keluarga yang didalamnya ada pengisian reakreasi ( mandi-manda bersama keluarga), pengisian jasmani (BBQ & Jamuan bersama), Pengisian ilmu kefahaman & Persaudaraan (kertas kerja / usrah ) serta pengisian ukhuwah (taaruf formal / x formal)



F. TARIKH

1. 21 Mac 2009 ( Sabtu – minggu akhir cuti sek )

G. TEMPAT
1. Sekayu, Kuala Berang


H. SASARAN
Mensasarkan dalam 40 orang ( termasuk ahli keluarga )* maksima sebuah kereta / bagi satu keluarga
1. Semua AJK Fasilitator Itqan
2. Ahli Keluarga AJK Fasilitator Itqan
3. Fasilitator yang sudah lama berkhidmat dengan Itqan & WaJA

I. JAWATANKUASA PROGRAM


Pengarah : SYUK 013-9053818
Timb Pengarah : AFNANUDDIN 016-9868412
Setiausaha / perhubungan : IKHWAN 013-9578419 / RIZNIRA 013-9059499
Bendahari : WAN NOR SEHA 013-9236312
Pengisian / moderator : DUAN 013-9769184
(cadangan jemputan : Ust.Kamarulzaman)
Makan minum : Aiman 019-9747968
Pengurusan Pengangkutan : AFNANUDDIN 016-9868412
Peralatan memasak : AZHARI 013-3008134 / MADI 013-4682757
Persiapan tempat & PA system : MAD AMIN 013-9328685
Tugas-tugas khas : KODENG 019-9340029


J. TENTATIF CADANGAN
8.00 pg Berkumpul di masjid pengadang baru
8.30 pg Bertolak ke tapak program
10.30 pg Di jangka sampai ke tapak program
- persiapan tempat perkelahan dan ruang rehat keluarga
- pengisian rekreasi & permainan kekeluargaan
12.30 tghr BBQ & Makan tengahari ( sama-sama kerja )
- rehat & Solat berjemaah
2.15 ptg Pengisian Kefahaman Ilmu / usrah khas
Tajuk : Kepentingan Ukhuwwah dalam melaksanakan Kerja
3.30 ptg Slot Pengisian Ukhuwwah ( taaruf )
4.30 ptg Bersiap utk bertolak pulang
7.00 ptg dijangka sampai di destinasi masing-masing

0 comments