ANTI DUTCH


MEMORANDUM
KELAB FASILITATOR TERENGGANU
BANTAHAN TERHADAP FILEM 'FITNA'


Saya mewakili badan bukan kerajaan, Kelab Fasilitator Terengganu mengutuk sekeras-kerasnya terhadap satu filem yang berjudul 'FITNA' yang diterbitkan oleh Ahli Majlis Perundangan Belanda Geert Wilder. Bantahan ini diambil atas faktor pendustaan yang dilakukan terhadap agama Islam agama suci kami.

Beberapa sedutan di dalam filem tersebut mengandungi fitnah terhadap agama Islam iaitu :
  1. kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah AlQuran dengan diselitkan imej serangan 11 September terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem "Belanda Theo van Gogh" di Amsterdam street pada akhir tahun itu.
  2. diakhiri dengan karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang kemudiannya disusuli dengan bunyi koyakan kertas.
Ini menggambarkan bahawa Islam itu ganas. Kami menolak usaha berterusan anti Islam yang semakin menular di Eropah kini. Oleh itu kami mengambil pendirian agar semua yang terlibat agar memohon maaf secara terbuka pada seluruh umat Islam bagi menyambung perhubungan yang harmoni antara agama. Kami juga tidak teragak-agak memulau semua produk, perkhidmatan dan apa jua kaitan dengan negara penerbit.


Yang Ikhlas
Mohamad Aswadi Mohamad
Timbalan Pengerusi



0 comments  

Menjunjung Kasih Tuanku!


0 comments  

Tawan Bukit Besar

Tak nak cakap banyak...


Pandangan dari 1/4 perjalanan...


Antara yang berjaya ke atas...


Bereh boh...


Waqi ketaq lutut... kena dukung...



Peace For Bukit Besar


Pose di bawah perkataan "ALLAH PELIHARAKANLAH TERENGGANU"


Chaiyok bos.. berjaya walau bertongkat...


Pose selepas naik turun 2 kali...


Bersama adik-adik dari SMJK Chung Hwa


Ha... tak naik ya...


Yang ni of course tak leh naik dah...


Memerhati deretan kenderaan ke airport bagi menyambut Tuanku


Takbir!



Baby Sitter yang berjaya...


Nak angkat jugak tu...!


Sibuk juga nak mengacau makanan...


Pengisian rohani : Amanah sebagai khalifah di muka bumi yang tidak sanggup dipikul oleh gunung-gunung yang besar, sebaliknya diterima oleh manusia


Pengisian perut : Mee Hoon goreng yang sedap...
syukran to Aeman & Ayu

0 comments  

Sekitar Usrah di Rumah Penasihat

Teks Usrah : Cabaran Selepas PR : Menang atau Kalah
Disediakan oleh : Abu As'ad (SUK DPPNT)


Muslimin yang hadir


Muslimat...


Dan muslimat...



Bos tengah demam

0 comments  

Jemputan Program MDQ

Program Minggu Disiplin dan Kebersihan (MeDiK)
Tarikh : 23 - 26 Mac 2008
Tempat : Dewan Besar Maahad Darul Quran, Rusila
Perasmi : Ustaz Mohd Nor Hamzah (ADUN Bukit Payong)
Tema : Disiplin Teguh, Kebersihan Diamali

Kelab Fasi dijemput untuk 2 slot iaitu ;
24 Mac 2008, 9 malam -
Slot Tayangan Multimedia oleh Sdra. Al-Ghazali (bos fasi)

25 Mac 2008, 9 malam -
Slot Forum : Disiplin Nadi Kebersihan

Panel :
1) Al-Fadhil Ustaz Khalil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang
2) Sdra. Aeman Abdullah (Timbalan Bos Fasi)
MC Jemputan : Sdri. Nurul Alia Zahari (Timb. S/U Fasi)

Antara huraian yang dibuat oleh al-fadhil ustaz Khalil ialah mengenai soalan banat iaitu disiplin dalam bersahabat. Beliau menghuraikan mengenai Surah Al-Hujurat yang juga dikenali sebagai Surah Akhlak. Surah yang menekankan tentang adab-adab termasuklah adab bersahabat. Yang utama adab atau disiplin dalam berakhlak ialah setiap orang mesti ada prinsip dan tegas dengan prinsip yang benar dalam bersahabat. Prinsip yang benar penting dalam dunia sekarang yang mempunyai pelbagai cabaran yang kadang-kadang tidak mampu dihadapi akibat pengaruh rakan-rakan yang tidak baik.

Panel kedua pula sering memberikan analogi dalam bentuk kisah hidup dan beberapa cerita menarik buat renungan adik-adik MDQ seperti kisah ayam dan lembu dan kisah hidupnya yang juga terpaksa melalui disiplin hidup di asrama yang sangat tidak disukainya dahulu.

Kesimpulannya, Ustaz Khalil menegaskan seperti sifir dalam subjek Matematik, begitu juga dalam kehidupan, perlu ada sifir dalam disiplin. Orang yang berjaya adalah orang yang mengikuti sifir disiplin yang telah ditetapkan Allah SWT. Teori nampak mudah, tetapi praktikalnya memang sukar dan perkara utama dalam menjaga disiplin ialah kesedaran.

Umpama permainan bola sepak atau bola jaring tanpa peraturan adalah analogi yang diberikan oleh Sdra. Aeman sebagai kesimpulan kepada persoalan adik-adik yang bertanya mengenai konsep ikhlas dalam melaksanakan disiplin. Yang penting ialah kesedaran mengenai kepentingan dilaksanakan disiplin tersebut.

Gabungan 2 ahli panel yang mantap ini dari segi keilmuan dan praktikal diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap disiplin adik-adik MDQ.


Panel Forum

Pengerusi perantara bertanya soalan pada Ibnu Khaldun

Pengerusi jemputan mencari mangsa


Pengawas banat yang jadi mangsa


Adik banat yang malu-malu

Kak Nurul Alia, di meja makan pun, celotehnya jadi tumpuan...

0 comments  

Semoga Allah merahmati kamu berdua...

Zubir & Halimah
20 Mac 2008

0 comments  

22 Mac 2004 : Perginya Pejuang Ditakuti Yahudi


Oleh : Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Ketika pihak rejim Zionis Israel memberikan peluang kepada tahanan HAMAS di penjara pusat Nablus untuk ditukarkan ke Kufr Yuna pada tahun 1994, Farid Ziadah , salah seorang aktivis HAMAS yang dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis tidak melepaskan peluang tersebut. Ini kerana itulah sahaja peluangnya untuk bertemu dengan seorang individu yang hebat yang sentiasa beliau impikan untuk bertemu dengan individu tersebut.

Ketika beliau ditemui untuk di wawancara di rumahnya di sebuah kampung yang bernama Madama di Selatan Nablus, beliau telah mengimbas kembali kenangannya bersama Syeikh Ahmad Yassin di penjara Kufr Yuna yang tidak dapat dilupakannya. Beliau telah menceritakan bagaimana sepanjang tempoh beliau bersama dengan Syeikh Yassin di dalam satu sel untuk berkhidmat kepada pejuang agung tersebut dan amat berbangga dengan tempoh yang beliau habiskan untuk khidmat tersebut.

Ziadah menceritakan: Ianya semua bermula apabila para tahanan HAMAS diberikan peluang untuk berpindah ke penjara Kufr Yuna di mana Syeikh Yassin tinggal. Saya tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu lebih dekat dengan Syeikh Yassin yang merupakan satu gambaran kepada mukjizat keimanan di zaman ini.

Ziadah menambah lagi : Bukan hanya saya seorang sahaja yang berusaha untuk bertemu dengan Syeikh Yassin , malah ramai lagi yang terdiri daripada penyokong-penyokong dan murid- murid Syeikh turut meminta untuk bersama dengannya. Keadaan ini telah memaksa anggota- anggota HAMAS di penjara pusat Nablus untuk melakukan undi bagi memilih siapa yang layak untuk dipindahkan ke Kufr Yuna demi memberikan khidmat kepada Syeikh Yassin yang amat mereka sayangi. Ditakdirkan oleh Allah, Ziadah telah terpilih untuk tugas yang mulia tersebut.

Program seharian Syeikh Ahmad Yassin di penjara
Ziadah telah menceritakan hari-hari yang dipenuhi dengan kasih sayang, kerinduan, keimanan yang dilalui olehnya bersama dengan Syeikh Yassin dan juga keperitan yang dialaminya ketika berpisah dengan Syeikh tersebut, walaupun perpisahan tersebut adalah untuk pembebasannya dari penjara. Jika anda ingin memperkatakan tentang Syeikh Yassin, anda akan memperkatakan tentang program -program hidupnya yang padat, dan seolah-olah tubuhnya yang lemah itu bukanlah bekas untuk menampung ruh dan jiwanya yang besar dan aktif tersebut.

Beliau mengatakan : Beliau sentiasa bangun pada pukul 3 pagi untuk bertahajjud, membaca al-Quran sementara menantikan solat Subuh

Al-Quran sentiasa menjadi teman karib Syeikh Ahmad Yassin
Waktu-waktu selepas solat Subuh beliau habiskan untuk bersama dengan tuhannya dengan membaca al-Quran. Waktu-waktu tersebut seolah- olah melupakan beliau terhadap kesempitan hidup beliau di penjara dan membuka keluasan rahmat Allah di hadapannya. Aktiviti tersebut berterusan sehinggalah pintu sel dibuka untuk para tahanan keluar untuk bertemu di antara satu dengan lain di dalam kawasan penjara.

Waktu tersebut digunakan oleh Syeikh untuk mengambil udara segar dan bertemu dengan para tahanan yang lain. Ziadah dan juga rakan- rakan yang lain memapah Syeikh yang ingin bersama dengan para tahanan lain yang melakukan riadah. Ia menunjukkan seolah-olah Syeikh tidak mahu menyerah dengan lumpuh yang dihadapinya, dan seolah-olah beliau ingin membuktikan kepada pegawai-pegawai penjara bahawa beliau tetap bertenaga dan tidak akan menyerah kalah.

Kami juga akan mengurut dan menggerak- gerakkan sendi-sendi Syeikh sebagai salah satu daripada rawatan terapi untuk tubuhnya yang lumpuh itu, dan kami bagai dapat merasakan darah yang mengalir itu terkandung di dalamnya semangat perjuangan yang tidak akan terpadam. Selepas itu kami akan masuk semula ke dalam sel, di mana Syeikh akan berwudhu dan bersolat dhuha, sambung beliau.

Perpustakaan yang intensif di dalam sel yang kecil
Selesai sahaja solat, Syeikh akan mengkhususkan waktunya untuk ilmu. Dia akan segera dibawa ke perpustakaan mininya yang intensif dengan pelbagai buku di dalam selnya yang kecil. Beliau tidak jemu menatapi helaian-helaian buku di perpustakaan tersebut demi menajamkan pemikirannya. Menurut Ziadah, beliau bukan hanya membaca, malah daya ingatannya yang kuat telah membolehkannya menghafal maklumat hatta isi kandungan buku-buku yang dibacanya. Beliau amat menggemari buku gal-Bidayah wa al-Nihayah(buku sejarah Islam) karangan Ibnu Kathir yang mengandungi 20 jilid. Beliau juga sering meminta pembantu-pembantunya untuk menguji ingatan dan hafalannya terhadap apa yang beliau dapat dari buku tersebut. Lebih menarik lagi, beliau ingatkan muka surat yang terkandung di dalamnya maklumat yang beliau telah baca.

Selesai aktiviti keilmuan, beliau akan bersolat Zohor bersama dengan pembantu- pembantunya, dan akan tidur selepas itu selama sejam, dan apabila beliau bangkit dari tidurnya beliau akan menghabiskan waktu menonton rancangan berita televisyen, mendengar radio dan juga mendengar nasyid-nasyid Islami. Beliau amat menggemari nasyid-nasyid Islami. Selepas aktiviti tersebut, Syeikh akan segera ke perpustakaannya kembali untuk membaca sehingga tiba waktu Asar. Selepas Asar beliau akan membaca al-Quran yang menjadi wirid hariannya. Selesai sahaja menghabiskan wirid-wirid tersebut, beliau aka n makan bersama pembantu-pembantunya. Mereka hanya makan makanan yang mereka masak sendiri sahaja dan bukan yang disediakan oleh pihak penjara. Selepas itu mereka keluar bersama untuk beriadah. Waktu riadah mereka diasingkan daripada waktu riadah banduan-banduan jenayah, agar mereka tidak bertemu dan tidak diganggu.

Syeikh akan kembali ke selnya untuk berwudhu dan mempersiapkan diri untuk solat Maghrib bersama dengan yang lain. Usai solat Maghrib mereka akan menunaikan solat sunat sambil menantikan waktu Isyak. Selesai solat Isyak, mereka akan bertadarrus dan menyemak hafalan al-Quran mereka bersama Syeikh.

Tidak untuk bermalas-malasan dan membuang masa
Syeikh tidak sukakan keadaan santai dan bermalas-malasan pada waktu malam. Beliau juga tidak suka berjaga sehingga lewat malam. Beliau juga amat sedikit meminum teh dan tidak langsung meminum kopi. Biasanya mereka akan berehat- rehat sahaja sebelum tidur.

Semangat Syeikh Ahmad Yassin membakar sehingga kini walaupun jasadnya hancur di mamah roket rejim Zionis

Beliau juga seorang yang amat mudah mesra dan suka bergurau, tetapi tidak berlebihan. Walaupun keluarganya tidak dapat menziarahinya selalu, namun beliau tidak pula merasakan kesedihan seperti kebanyakan banduan yang sentiasa merindukan ahli keluarga mereka.

Ziadah juga menceritakan bagaimana Syeikh menghidapi sakit perut dan telinganya dan sentiasa sabar menghadapinya. Telinganya juga tidak dapat mendengar dengan normal, malah para pembantunya sering memasangkan ear-phone untuk Syeikh mendengar televisyen.

Rakan penjaraku
Ziadah juga sempat menceritakan ketajaman pemikiran Syeikh Yassin dan juga keperibadiannya yang diwarnai dengan pelbagai warna politik, figur agamawan, figur intelek dan juga universalitinya. Ini semua membuatkan Syeikh mudah didampingi dan didekati oleh sesiapa sahaja.

Beliau sempat menceritakan perihal gelas kecil milik Syeikh Ahmad Yassin yang kelihatan agak lama digunakan olehnya. Bila beliau menawarkan untuk menggantikannya dengan yang baru, Syeikh segera menolak dan mengatakan gelas itulah temannya di penjara semenjak dahulu lagi. Syeikh juga mengatakan saiz gelas itu sesuai untuknya menyukat bilangan air yang diminumnya seharian. Apabila dibalas oleh Ziadah bahawa beliau akan menggantikanya dengan gelas yang baru yang sama saiz dengannya Syeikh segera menjawab : Apalah untungnya menggantikan sesuatu yang lama dengan yang baru jika yang lama masih lagi elok.

Perpisahan yang memeritkan
Ketika Ziadah menceritakan saat perpisahan beliau dengan Syeikh, beliau tidak dapat mengawal emosinya, dan air matanya bagaikan empangan yang pecah tanpa dapat dihalang alirannya. Kata beliau , Ketika pengurusan penjara memberitahu bahawa saya akan dibebaskan setelah selesai menjalani dua pertiga dari tempoh tahanan saya, saya langsung tidak berminat untuk keluar sepertimana halnya banduan-banduan yang lain. Saya merasakan keberadaan bersama Syeikh Yassin di dalam penjara lebih berharga buat diri saya, namun Syeikh memberikan semangat kepada saya untuk keluar dari penjara. Akhirnya saya akur dan menurut perintah Syeikh lantas keluar meninggalkan penjara tersebut.

Saat pengumuman pembebasannya oleh pihak mahkamah yang sepatutnya diserikan dengan perasaan kegembiraan bertukar kepada tangisan kesedihan kerana tidak sanggup menghadapi saat perpisahan dengan Syeikh Ahmad Yassin.

Seminggu sebelum tarikh pembebasannya dia berazam untuk mengumpul sebanyak mungkin ilmu dari Syeikh, namun semuanya berkecai apabila dia diperintahkan untuk dibebaskan dengan segera. Beliau walaubagaimanapun enggan meninggalkan Syeikh selagi pihak penjara tidak menghantar pembantu baru untuk Syeikh. Apabila seorang pembantu baru yang didatangkan dari penjara lain dihantar kepada Syeikh Yassin, barulah dia dapat meninggalkan Syeikh tersebut.

Saat perpisahan yang dilaluinya amat sedih dan pilu dan tidak mungkin beliau melupakannya. Dia masih terbayangkan bagaimana Syeikh Ahmad Yassin telah menyuruhnya pergi selepas beliau memeluk Syeikh dan tenggelam di dalam tangisannya. Susuk tubuh Syeikh melambaikan tangannya di lapang riadah masih terbayang di dalam kotak pemikirannya sehingga kini. Perpisahan kali pertama itu tidak akan dapat dilupakan sepertimana dia tidak melupakan perpisahan kali kedua apabila tubuh Syeikh Ahmad Yassin hancur dimamah roket tentera Israel.

Syeikh yang kuat berpuasa
Bukan hanya Ziadah seorang sahaja yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin. Sameeh Alawi, seorang anggota HAMAS dari Nablus juga pernah berkhidmat untuk Syeikh di dalam penjara selama 100 hari. Hari-hari bersama Syeikh Ahmad Yassin adalah saat-saat yang paling indah dalam hidupnya, walaupun sepanjang 100 hari tersebut mereka ditempatkan di dalam sel yang amat kecil yang tiada cahaya matahari dapat menerobos masuk ke dalamnya.

Sameeh ketika menceritakan perihal Syeikh Ahmad Yassin telah mengatakan :
Syeikh akan bangun pagi dua jam sebelum solat Subuh untuk menunaikan Qiyamullail. Di siang harinya pula beliau amat rajin berpuasa. Beliau tidak ketinggalan berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Beliau juga banyak menghabiskan waktunya untuk membaca al-Quran, dan mendengarnya bersama dengan para pemuda di penjara. Syeikh membaca 3 juzuk dalam sehari dan mendengar bacaan al-Quran sejuzuk sehari. Syeikh amat gemar membaca buku al-Bidayah wa al-Nihayah, mendengar berita dan juga menonton rancangan-rancangan agama di T.V.

Menurut Alawi lagi : Para pemuda di penjara berlumba-lumba untuk berkhidmat kepada Syeikh. Mereka juga gemar mendengar kata-kata dan juga nasihat-nasihat Syeikh. Walaupun beliau tidak banyak bercakap, namun kata-katanya yang sedikit itu penuh dengan hikmah dan pengajaran.

Antara mereka yang pernah berkhidmat untuk Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau di dalam penjara ialah Syeikh Diyaf al-Samur dari Ramallah, di mana Syeikh telah menulis surat kepadanya dengan menggunakan tulisan tangannya sendiri dengan penuh kepayahan. Ini kerana Syeikh amat sayangkan beliau. Antara yang lain juga ialah Syeikh Naaji Sinqrit dari Khalil (Hebron), Syeikh Sameeh Zainuddin, seorang akauntan dari Bait Lid berdekatan dengan bandar Netanya, Syeikh Nidhal Abu Saadah dari Bait Dujan, dan juga Ir. Farid Ziadah dari Madama.

Hatta pegawai penjara pun sukakan Syeikh Yassin
Syeikh bukan hanya disukai oleh para pemuda muslim yang bersama dengannya, yang lebih menarik lagi, para pegawai penjara Israel yang berketurunan Yahudi pun ada yang mengkagumi dan menyukai beliau. Antaranya ialah salah seorang pegawai penjara yang merahsiakan namanya telah mengatakan : Saya tidak melihat apa-apa pun pada peribadi Syeikh Yassin yang menunjukkan beliau seorang pengganas. Saya merasakan ketenangan dan juga berasa senang sekali jika dapat mengawalnya, hatta apabila berdiri berdekatan dengannya pun. Inilah yang mungkin dapat dirasakan oleh para pemuda yang telah berkhidmat kepadanya.

Beliau menambah : Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau (Syeikh) di dalam penjara ketika beliau bersama rakan-rakanya. Dan saya dapat merasakan bahawa HAMAS akan mengamuk jika Syeikh ini diapa-apakan oleh sesiapa pun. Beliau adalah bapa spiritual kepada HAMAS!. (Kenyataan ini telah dinyatakan oleh pegawai berkenaan di dalam sebuah rancangan Talk Show di salah sebuah rangkaian Televisyen Israel pada malam Sabtu 3 / 4 / 2003).


0 comments  

Selamat Hari Lahir Muhammad S.A.W.


Yaa..Rasulullah

kau bawa khabar berita kepada kami

Tunjukan Jalan Cinta padaNya

Kau bawa Risalah Tuhan Semesta Alam

Agar tersirami kami punya hati dan Jiwa

Menapak jalan kami punya hidup

Dimana agar kami mengetahui Rahasia Cinta Allah

Yaa..Rasulullah

Kau beri kami Cinta penuh makna dan arti

Dimana kata terucap saat kau melepas kehidupan

Umati..Umati..Umati…

Begitu Indah

Kami disini di tanah bumi ini

Melantunkan segala puja dan puji

Kepada kau Yaa..Rasulullah

Dan kami haturkan Shalawat pada malam ini

Duhai..kekasih Allah

Duhai..Junjungan kami

0 comments  

Walimah, Usrah & Riadah



Usai Pilihanraya Umum ke 12... aktiviti mesti diteruskan....JEMPUTLAH DATANG SEMUA.

1) Walimah Ajk lantikan kelab fasi iaitu Zubir Abdullah;
Tarikh : 20 Mac 2008 (Khamis)
Rumah pengantin perempuan ialah di Kuala Bekah.

Pengantin lelaki yang pakai baju Hard Rock Cafe tu ya... Yang belakang tu bakal menyusul la tu...

2) Usrah bersama Penasihat II Kelab Fasi iaitu Ustaz Ariffin Deraman
Tarikh : 28 Mac 2008 (Jumaat)
Tempat : Rumah Naqib di Kg. Gelugor Che Hasan
Masa : 3.00 petang

3) Riadah bulanan : Badminton games
Tarikh : 28 Mac 2008 (Jumaat)
Tempat : Terengganu Equestrian Recreation (TER, Kuala Ibai)
Masa : 8.00 - 10.00 malam

4) Riadah : Tawan Bukit Besar (pengisian oleh Ustaz Safri)
Tarikh : 29 Mac 2008 (Sabtu)
Tempat : Bukit Besar, Kuala Terengganu
Masa : 6.45 pagi - 9.00 pagi

Ada lagi, tapi untuk bulan April pulak...

* Nombor 2 hingga 4 tu, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. No. 1 insyaAllah jadi...heheh

0 comments  

Mesyuarat


Mesyuarat JK Kelab Fasi akan diadakan pada

Tarikh : 13 Mac 2008 (Khamis)
Masa : 5 petang
Tempat : Rumah Pengerusi Kelab di Kg. Wakaf Mempelam

0 comments  

Anak PR

Kelab Fasi telah menerima kehadiran ANAK PR...!

Iaitu SAYYIDATUL SOLEHAH BT M. KHAIRUDDIN, anak kepada pasangan Ustaz Kodin dan Haimi. Solehah telah dilahirkan di Hospital Sultanah Zahirah pada 4 Mac 2008, Selasa.

Diharapkan baby comel ni jadi pewaris perjuangan Islam... Bertambah lagi Nisa' DUN Wakaf Mempelam...




P/S: Dengar2 Shuk & Nini nak berbesankan Kodin & Haimi? Untuk Amir Akil kan?hehe...

0 comments