Jongkang-jongkit untuk adik-adik....

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah
segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita
rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi
skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal
dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain
terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam
jongkang jongkit

Jongkang jongkit?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam
jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena
berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah
dengan ikhlas akan menemukan Allah
dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria
misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah
ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa
kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle,
terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum
tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam
studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang
aku ikut program tarbiah dan dakwah tu
tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak
berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi
yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment
banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan
Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji
Allah
Siapa yang menolong agama Allah,
nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah,
tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan
dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada
dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak
masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari
Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak
mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap
perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan
jiranku, aku ingin mereka merasakan
kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian
rumahtanggaku, aku ingin mereka
merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk
dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi
manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan
keluarga dan sahabat, segalanya adalah
dakwah
Moga kita bersama dalam usaha
merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam
Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita
renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus
berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai
Assyahid Imam Hassan AlBanna.
Dakwahnya menyinari hati umat manusia
di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke
kawasan perkampungan di gunung-gunung
yang tinggi. Semua manusia
mengenalinya. Tanyakan sahaja di
jalanan di saat itu, kenalkah kamu
dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,
pasti semua mengenalinya kerana kerja
kerasnya di dalam perjuangan dakwah .
Lia, aku akui sememangnya untuk
berjaya dalam pelajaran, kita kena
berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia,
kemenangan Islam takkan tertegak
dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.
Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita
juga kena berusaha. Itu juga adalah
Sunnatullah. Kemenangan Islam
memerlukan pengorbanan dari
pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam
buku Detik-detik Hidupku karangan
Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.
Seorang sahabat di Indonesia pernah
bercerita mengenai pelajarannya.
Alhamdulillah, dia memperolehi yang
terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi
terbaik untuk Allah, agama Allah. Di
sudut lainnya, dia tidak suka mengejar
dunia, bersaing untuk berasa hebat.
Dia hanya ingin memberikan yang
terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah
kecundang. Dia pernah bertanya kepada
Allah - Ya Allah, kenapa engkau
mentakdirkan prestasi yang baik buat
temanku? Apakah temanku itu punya
alasan yang kuat sehingga Engkau
menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang
besar untuk menegakkan agamaMu melalui
pergerakan dakwah. Maka aku mohon
bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui
suatu kisah sahabat yang dijamin masuk
syurga, padahal seharian ibadahnya
sama saja seperti sahabat yang lain.
Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,
sahabat itu menjawab "Aku tak suka
membanding-bandingk an apa yang Allah
berikan kepada hamba-hambaNya. Aku
yakin Allah Maha Baik dan menjamin
kebaikan untukku dalam situasi sulit
atau lapang. Aku akan tetap redha
kepada Allah dalam situasi apapun. Aku
akan tetap bersaksi bahawa Allah
adalah Robb yang Maha Esa, meskipun
gunung-gunung harta itu milikku atau
aku tak punya harta sedikit pun.

Lia, saya teringat email yang pernah
saya terima dari seorang kawan.
Tulisannya benar-benar terkesan di
hati saya. Dia bercerita tentang
seorang wanita yang terkena penyakit
disebabkan poliovirus semenjak kecil.
Kisah ini kisah benar. Saya namakan
wanita ini A. A memerlukan tongkat
untuk berjalan. A tidak berapa cantik,
tidak slim dan tidak tinggi. Satu
sahaja keinginan A. A ingin sesiapa
sahaja yang melihatnya mengucapkan
Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar
di sekolah menengah dan berjaya,
manusia yang ditemuinya mengucapkan
Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke
universiti, sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah. Bila A
menyudahkan pelajarannya, sekali lagi
manusia mengucapkan Subhanallah. Dan
sekali lagi orang ramai mengucapkan
Subhanallah apabila A mengahwini
seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang
mampu A berikan kepada suaminya.
Takdir Allah menentukan yang
sebaiknya. Allah mengurniakan A dan
suaminya 3 orang anak yang comel dan
sempurna. Sekali lagi orang ramai
mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu
membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa
paras bukan persoalan utama. Ingat
lagi tentang Abdullah bin Ummi
Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta.
Dia mahu membawa panji bendera Islam.
Katanya, buta menyebabkan dia tidak
takut kerana dia tidak akan dapat
melihat bilangan musuh. Akhirnya dia
syahid. Mereka yang menemui mayatnya
tidak dapat mengecamnya kerana terlalu
banyak luka parah yang dialaminya.
Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh
Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas
kerusi roda. Tapi apa yang telah dia
lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah.
Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan
sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam
saf perjuangan.

0 comments  

Iklan Ekonomi...

0 comments  

Update gambar rehlah...

0 comments  

Rehlah PR : Main Sampai Letih

* Lagi gambar akan diupload nanti



Tarikh : 24 & 25 Januari 1008 (Khamis dan Jumaat)
Tempat : Pantai Rekreasi Merang, Setiu

Rehlah PR yang dijadualkan sebelum ini telah berlangsung dengan jayanya. Meskipun kehadiran hanya seramai 40 orang (jangkaan 30), namun ia tetap berjalan lancar dengan kerjasama semua. Ditambah dengan kehadiran sahabat-sahabat baru, sangat kami hargai.

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan pendaftaran bermula jam 8.00 malam. Taklimat telah diberikan oleh Mohd Musa selaku Pengarah program kepada semua peserta dan urusetia. Selesai solat Isya' berjemaah, sesi BBQ ayam dimulakan. Ayam best...nyam...nyam... terima kasih pada urusetia makanan - Ida dan Seha....

Selesai mengisi perut masing-masing, aktiviti pertama dimulakan iaitu sesi ta'aruf. Banyak juga perkara baru diketahui walaupun ada yang dah berkawan lama. Masa ni lah segala perangai masa sekolah, nama timangan, haiwan peliharaan, perangai baik buruk dikeluarkan oleh sahabat-sahabat yang rapat. huhu... Selesai sesi ta'aruf, setiap orang diberikan keratan jigsaw puzzle bagi menentukan kumpulan untuk sukaneka esoknya. Selesai pembahagian kumpulan, urusetia melangsungkan mesyuarat ringkas untuk persediaan aktiviti esok. Agak lewat malam, ada yang bercakap sambil memejamkan mata...haha...

25 haribulan dimulakan dengan qiamullail... Tahniah pada mereka yang tidur hanya sejam tapi mampu bangun... mungkin ada yang tak tidur... (terkelip-kelip mata, kenapa ya?)... Solat subuh berjemaah diimamkan oleh imam yang didatangkan khas dari Syria iaitu saudara Zack (Fakhrurrazzi Husin : ahli kumpulan nasyid Shoutul Amal). Bacaan yang menusuk hati mendayu-dayu di subuh hari. Seusai solat, doa dipanjatkan beserta bacaan ma'thurat. Kuliah subuh diisi oleh Timbalan Pengerusi kelab iaitu Aeman yang membentangkan slide bertajuk "MENANG atau MENANGIS?".

Meskipun hujan sedikit pada subuhnya, langsung tidak menghalang semua yang kelihatan excited untuk bermain. Enam kumpulan dibentuk iaitu Kemas Keming, Keras Kejung, Rekok Wo'k, Pretty Girl, Shamsun dan MCG. Sukan pertama dimulakan iaitu peserta muslimin bermain futsal pantai, manakala peserta muslimat bermain bola tampar pantai. Dari sini dapat dikesan bakat-bakat peserta yang boleh menjadi pemain bola tampar untuk Nisa' Games nanti. hehe...siap pemain simpanan dan ketua pasukan lagi... maklumlah, bekas atlit sekolah!

Selesai perlawanan bola tampar dan futsal secara liga, sukaneka pula dilaksanakan dalam keadaan riang ria dan pecah perut menahan ketawa. Alhamdulillah, selain sesi ta'aruf semalam, sesi ini juga menyerlahkan sikap sebenar semua dan mengeratkan ukhwah kami. Permainan yang telah dijalankan ialah Pancing Botol, Baling Belon Air, Tarik Upih Kelapa, Bowling Nyior, Cari Gula-gula Dalam Tepung dan Terompah Gergasi.

Bertepatan dengan tema yang dianjurkan oleh pengarah program iaitu Main Sampai Letih, sememangnya tema itu berjaya. (Wahaha...) Sesi sukaneka diakhirkan dengan games minda pula iaitu Lingo dan Win, Loose or Draw yang dimoderatorkan oleh pasangan suami-isteri bahagia, Aeman dan Ayu. Tadi dah letih menggunakan tenaga fizikal, sesi ini menyaksikan penggunaan otak dan perang mulut pula selama 45 minit.

Tepat jam 12.15, satu slot taklimat diadakan bagi menerangkan tugas dan membuat satu resolusi yang bakal dilaksanakan oleh ahli-ahli Kelab Fasilitator. Meskipun waktu tengahari dan keadaan penat, semua peserta memberi tumpuan sebaiknya dan bertanya soalan-soalan atas segala kemusykilan.

Selesai solat makan tengahari dan solat Jumaat, penutup diadakan dan satu borang undian untuk memilih peserta muslimin dan peserta muslimat terbaik diadakan. Undian menentukan Zack menjadi peserta muslimin terbaik, manakala bagi peserta muslimat pula diraih oleh Rudi dan Koni. Tahniah...moga kecemerlangan anda berkekalan.

Rehlah ini selesai pada jam 4.00 petang dan beberapa peserta muslimin mengambil kesempatan untuk mandi pantai. Kami dari pihak urusetia mengucapkan terima kasih kepada yang hadir atas kerjasama dan kesportingan anda... moga-moga dapat diteruskan lagi untuk akan datang. Kepada yang tidak hadir, jangan jeles...nanti kita buat lagi, datang tau! Hehe...

0 comments  

Usrah Jasadi + Mesyuarat Program

Games ukhwah Kelab Fasi berjalan seperti biasa pada 23 Januari lepas... Yang peliknya kali ini, ramai pulak tak bawak raket...hehe... tapi main tetap main. Kami mengalu-alukan kedatangan Ustaz Nasir dan Kak Dah bersama dua anaknya yang comel, Aisya dan As'ab menyertai kami lagi...

Regu Zaidan & Zubir


Regu Ustaz Nasir dan Algha


Ni nak main ke nak wat kerja skolah?


Kak Dah dan Dini setia menunggu


Afnan jurulatih peribadi Waqi


Babysitter jap...


As'ab chomelll...


Aisyah dan As'ab


Ayu... atlit muslimat yang mantap


Afnan... bakal ayah mithali?


Selepas bermesyuarat, disusuli dengan mesyuarat program Rehlah PR di perkarangan Masjid Terapung, Kuala Ibai.



0 comments  

Aktiviti akan datang....


Pertama-tamanya... USRAH JASADI
Seperti biasa, ia diadakan 2x sebulan...

Tarikh : 23 Januari 2008 (Rabu)

Jam : 8.00 - 10.00 malam
Tempat : Terengganu Equestrian Recreation
Bayaran : Tiada

Kehadiran anda (muslimin & muslimat dialu-alukan)...

Kedua-duanya... REHLAH PR
Ia biasa diadakan setahun sekali...

Tarikh : 24 & 25 Januari 2008 (Khamis & Jumaat)
Jam : Bermula 6 petang (24hb) dan selesai jam 1.00 tengahari (25hb)
Tempat : Pantai Peranginan Rekreasi Merang, Setiu
Bayaran : RM 15 (untuk penginapan chalet & makan)

Sila comfirmkan kehadiran pada Nurrul (019-916 3112), sebelum atau pada 23hb...

0 comments  

Ringkasan Usrah Umum

Tarikh : 18 Januari 2008 (Jumaat)
Tempat : Masjid Jamik Pengadang Baru
Masa : Solat asar berjemaah - 6.30 petang

Pengisian : Tasawwur Tarbiyyah Islamiah
(penjelasan dari sudut haraki)
Naqib jemputan : Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Zuki

Terima kasih atas kehadiran sahabat-sahabat baru dan lama...







0 comments  

Usrah Umum

Main, main juga... usrah buat pengisian kekuatan dalaman penting juga sahabat-sahabat...Jom...jom...

Tarikh : 18 Januari 2008 (Jumaat)
Masa : Solat Asar berjemaah di masjid

Tempat : Masjid Pengadang Baru

Naqib jemputan : Al-Fadhil Ustaz Azan Abdullah

Sape nak bawa sahabat baru dialu-alukan... Nak bawa kuih? Lagi bagus...
Hehe...

0 comments  

nah gambor pewaris pejuang

Amir Aqil...

walid & umi

0 comments  

Ukhwah Games

0 comments  

Usrah Dwi-Mingguan (AJK)



Tarikh : 11 Januari 2008 (Jumaat)
Masa : 5.30 Petang
Tempat : Rumah Pengerusi Kelab Fasi

Pengisian :
1) Hadis 40 - Hadis pertama : Niat
2) Sambungan Tafsir Surah Al-Fatihah
3) Isu semasa - Punk Bandaraya Kuala Terengganu : Cara mengatasi
4) Lain-lain hal - Tugasan : Hafal Hadis Pertama beserta matan sekali
5) Usrah akan datang - 25 Januari 2008

0 comments  

Mesyuarat pertama bagi 2008



Memang banyak restructure kerja perlu dilakukan... moga-moga semuanya bersungguh-sungguh dengan keazaman baru. Demi ISLAM...MARDHATILLAH

0 comments  

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429

0 comments  

Penangguhan...




Disebabkan suatu alasan yang tidak dapat dielakkan, Riadah Ukhwah Mingguan Kelab Fasi yang dijadualkan pada malam tadi (Selasa malam) ditunda ke;

Tarikh : 11 Januari 2008 (Jumaat)
Jam : 8.00 - 10.00 Malam
Tempat : Terengganu Equstrian Recreation

Selain alasan tersebut, kami pun meraikan permintaan dan rasa jeleous Setiausaha Agung kita yang tak berkesempatan untuk bersama. Huhuhu... Datang, jangan tak datang!

MEETING TAK TUNDA TAU!

0 comments  

Sambutan MDQ 2008

Kak nurul alia mendapat cenderahati

Barisan AJK Macho

Barisan AJK Banat Pemalu

Pengerusi yang lagi pemalu

Sebahagian AJK lelaki

Sebahagian peserta perempuan

Adik-adik baru banin MDQ

Adik-adik baru banat MDQ

2 comments  

Muhibbah Fillah

Dalam meniti arus kehidupan, jangan lupa pada yang berkurangan. Dengan semangat muhibbah aku dan team fasi telah membuat beberapa program sempena sambutan Muharam yang bakal tiba nanti.

Lawatan Muhibbah Rumah Siti Aisyah
sempena 3 Januari 2008, jatuh tarikh sambutan kelahiran pada Puan Siti Aisyah, kami mengambil kesempatan mengunjungi keluarganya dan menghulurkan sedikit sumbangan hadiah buat menghargai kehidupan yang masih ada ini.


Puan Ayu dan Puan Siti beramah mesra


Waqi bermain bersama Luqman


jeng..jeng pertandingan ayah sihat

Semoga hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat.

Tahlil & Doa Selamat
Jemputan menghadiri kenduri arwah yang diadakan di rumah sukeri, 3 fasi telah sempat meluangkan masa untuk meraikan tuan rumah dan juga sempat melayan tetamu.


Khairudin & Syukri mendengar celoteh tuan rumah


Nampak ceria...


rupa-rupanya kaki berbalut coz smash tak jadi..

0 comments  

Pengumuman...


1) Riadah Ukhwah Mingguan

Tarikh : 29 Zulhijjah 1428 bersamaan 8 Januari 2008 (Selasa)
Jam : 8.00 Malam
Tempat : Terengganu Equestrian Recreation (TER)

2) Mesyuarat Bulanan
Tarikh : 1 Muharram 1429 bersamaan 10 Januari 2008 (Khamis)
Jam : 9.00 Pagi
Tempat : Pejabat Kelab Fasilitator Terengganu

Agenda :
1) Ucapan Pengerusi
2) Pengesahan Minit Mesyuarat
3) Perkara berbangkit
4) Pembentangan program biro 2008
5) Hal-hal lain

Kepada pengerusi biro-biro, sila bawa takwim perancangan masing-masing.

0 comments  

Malam Talk Show MDQ



3 Jan 2008
MDQ Rusila
Talkshow : Mengapa Aku Di Sini

Selamat Datang pada adik-adik MDQ sesi 2008, namapk semangat, jangan semangat saja tapi kuatkan usaha.

MATLAMAT

Bermula ceramah dengan memasang niat dan matlamat, adik-adik diminta senaraikan cita-cita masing-masing. Terkejut juga ada seorang yang bercita-cita menjadi pengurus jenazah (harap-harap didoakan tercapai hajatnya),

BEZA SEKOLAH AGAMA & BIASA | ASRAMA & RUMAH
adik-adik sangat bertuah kerana memilih sekolah ini, ye ke adik-adik yang pilih, rasanya ibubapa yang membuat keputusan. Tapi alhamdulillah semangat masing-masing berkobar-kobar pabila diberi pilihan untuk memilih sekolah Haji Hadi ini. Adik-adik juga diminta bersedia untuk mengubah kehidupan daripada hidup diberi bantuan sekarang sudah berdikari,

Kena pandai cari kawan, itu yang paling penting jangan tersalah pilih nanti merana seluruh hidup. Hidup biar berkawan jangan mudah percaya pada kawan yang suka memesongkan perbuatan adik. Sekolah agama juga dapat mengawal kehidupan beribadat dengan sempurna.

STRATEGI
bermain dengan modul number, adik yang bertuah dapat hadiah daripada abang aeman ( sponsor by Kak Bayti wa Kak konie), hidup juga perlu memerlukan strategi. Nak belajar juga perlu belajar strategi. Jangan main hentam keromo aje.

Akhir Kata tq for AJK kerana memberi seluruh kerjasama, dengan bantaun kalian pasti program akan lebih ceria dan jayanya. Wacha....

0 comments