Jemputan Walimah Kedua
Pengerusi Biro Ekonomi turut mengadakan majlis dan mengundang anda;

Jemputan Walimah
Anak Kedua Setiausaha
Lagi Jawatan Kosong
Usrah : Al Futur
Tarikh : 25 April 2008 (Jumaat)
Tempat : Rumah Ustaz Ariffin Draman, Kg. Gelugor Che Hasan
Buku : Wabak Sepanjang Jalan (Jilid 1) / Afat ala Tariq
Pengertian Al-Futur
Bahasa :
1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak
2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh
Istilah :
Suatu penyakit yang mungkin menimpa sebahagian daripada para "amilin", bahkan ada amilin yang sudah pun ditimpa penyakit ini. Yahap al Futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.
Sebab Berlakunya Al-Futur
1) Sifat keterlaluan dan berlebih-lebihan di dalam agama
2) Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan
3) Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan
4) Kurang mengingati mati dan hari akhirat
5) Pengabaian melakukan ibadat harian
6) Mengambil makanan yang haram atau syubahah
7) Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam
8) Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan
9) Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin
10) Tidak bersedia menghadapi halangan atau cabaran dalam perjuangan
11) Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
12) Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jamaah
13) Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh
Huraian banyak diambil dari kisah-kisah benar yang berlaku di sekitar naqib dan kalau di Terengganu, wang ihsan juga boleh dikatakan antara faktornya.
Jawatan Kosong
Amaran Dari PSU... (takutnye...ehehe)
Setiap biro mestilah menyerahkan;
1) Soft copy laporan aktiviti, usul dan pencalonan jawatankuasa baru kepada Setiausaha Agung, Ustaz Latif
2) Hard copy laporan aktiviti, usul dan pencalonan jawatankuasa baru kepada Penolong Setiausaha, Nurul Alia
selewat-lewatnya Jumaat ini.
Kerjasama Pengerusi dan Timbalan pengerusi semua biro amat diharapkan... TQ...
Peringatan
Sila hantarkan senarai nama pencalonan AJK Kelab Fasi dan usul yang telah dibincangkan dalam mesyuarat biro masing-masing. Serahkan perkara tersebut kepada Setiausaha a.k.a Pengarah Muktamar Fasi, Ustaz Abd Latif pada hari Jumaat ini (meeting khas).
Mesyuarat Khas + Usrah
Tarikh : 25 April 2008
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kediaman Penasihat di Kg. Gelugor Che Hasan
Kehadiran Diwajibkan.
Makluman : Termeterainya Ikatan Hati
Untuk majlis di rumah lelaki akan diadakan pada 7hb Jun 2008, kad akan admin uploadkan kemudian... dan tunggu.... pada tarikh tersebut ada satu lagi jemputan walimah untuk sahabat-sahabat semua. Kita wat surprise k...
KELAB FASI: Pengenalan
sekadar taaruf bagi menghadapi muktamar akan datang,
bagi ahli baru sila hadam betul-betul ..ye..
Pembukaan“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (An-Nahl: 125). Kelab Fasilitator Terengganu ( Kelab Fasi) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO); iaitu pertubuhan yang menjadi medium bagi golongan muda meluangkan masa dan tenaga membantu dalam menyampaikan mesej dakwah pada golongan remaja. Ianya telah ditubuhkan pada November 2004. Menggunapakai nama fasilitator kerana ianya merupakan pemudahcara dalam membantu sesuatu aktiviti dengan kreatif. Kelab Fasi mengorak langkah seiring dengan beberapa organisasi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat. Objektif Penubuhan1. Menjunjung tinggi Al Quran & Sunnah 2. Melaksanakan kegiatan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat 3. Menggembeling tenaga remaja dan muda dalam rangka membentuk masyarakat yang berubah kearah kebaikan dalam semua aspek kehidupan 4. Memberi corak baru dalam perjuangan Islam Biro Di Bawah Kelab Fasi1. Biro Tarbiyah & Kepimpinan 2. Biro Pembangunan Sumber Manusia 3. Biro ICT 4. Biro Kebajikan 5. Biro Sukan 6. Biro Ekonomi |
Lagi Fasi's Junior...
* OK sahabat-sahabat, mesti berebut nak letak nama ni...
admin jr..ehehe...
Seminar Kepimpinan Pengawas KGB
SMK KOMPLEKS GONG BADAK
Tarikh : 24 April 2008 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 Petang
Tempat : SMK Kompleks Gong Badak
Berminat menjadi pembantu fasi?
Hubungi Pengerusi (Al-Ghazali : 013-933 2304)
atau email ke kelabfasiterengganu@yahoo.com
Jawatankuasa Muktamar Kelab Fasi Terengganu
Assalamualaikum,
1. Jawatankuasa (telah diputuskan)
2. Kertas Kerja Muktamar
Wassalam wa Syukran
Penolong Setiausaha II
JK MUKTAMAR KELAB FASILITATOR TERENGGANU 2008
PENGARAH : Ustaz Latif Abd Rahman
TIMBALAN PENGARAH: Nurul Alia Zahari
SETIAUSAHA: Zinnirah Muhammad
BENDAHARI: Khairunnajah
1. PERSIAPAN TEMPAT DAN PERALATAN - Wan Mohd Ikhwan Wan Ariff
2. PERBEKALAN - Mohd Syukri Baharuddin dan Wan Saleha Wan Ibrahim
3. PERHUBUNGAN - Ustaz Shukur Hadi dan Ida Haryati Alif
4. PROTOKOL DAN JEMPUTAN - Ustaz Mohamad Musa dan Khairunnisa Khairuddin
5. PENDAFTARAN DAN CENDERAMATA - Zinnirah Muhammad
6. TAYANGAN MULTIMEDIA - Mohd Zaidan Abdullah dan Siti Norbaity Abd. Latif
7. TUGAS-TUGAS KHAS - Mohd Zubir Abdullah

UCAPAN
Assalamualaikum W.B.T.
di sini ana nak lampirkan sedutan ucapan untuk ana gunakan pada malam ini sempena menjadi Wakil Kawasan untuk Mesyuarat Agung Pemuda Cawangan. bagi sahabat silalah bantu dan memberi idea untuk dijadikan isi bagi meningkatkan kualiti ucapan ana untuk dipendengarkan untuk pemuda di sana.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Al Hadid
Bersyukur ke hadrat Illahi, agar ditambahi lagi nikmat kekuatan Iman dan Islam pada diri kita untuk kita tingkatkan usaha dan kerja menambah pahala dan saham akhirat. Bersyukur juga pada Ilahi kerana diberi kesempatan bagi kita untuk berkumpul pada malam ini untuk muhasabah gerak kerja kita selama setahun sebelum ini, adakah kita bergerak selari dengan apa yang telah digariskan dan dirancang sebelum ini, atau hanya di kertas sebagai rujukan setiap kali mesyuarat agung diadakan.
Merujuk pada ayat yang dibaca tadi, jelaslah kemenangan yang diberikan pada kita di Dun Rhu Rendang ini adalah sebagai ujian bagi kita. Kemenangan adalah daripada Allah. Kemenangan Islam adalah demi hidayat dan taufik untuk manusia. Ia bukan kemenangan duniawi yang sementara dan penuh tipu daya iblis, bahkan ia adalah kemenangan yang benar dan hakiki. Di dunia kita gembira dan di akhirat kita bergembira. Tiada kemenangan kecuali kemenangan Islam dan tiada kehidupan kecuali kehidupan akhirat.
Ujian ketika kita menang boleh dianggap satu beban yang amat tinggi, masa inilah rakyat menuntut apa yang telah dijanjikan sebelum ini. jangan kita hanya pandai bermain kata untuk memancing undi semata-mata tapi kita tewas dengan ujian ini.
1- Bermula sekarang bangunlah wahai Pemuda , gerakkanlah aktiviti di cawangan yang mampu menarik minat ramai lagi golongan muda dekatkan mereka dengan tali Allah, simpulkan dengan program berbentuk dakwah yang kontemporari. Jangan mendesak agar mereka rasa ikhlas dihati.
2- Program kebajikan jangan ditinggalkan, ramai lagi yang memerlukan bantuan, biarlah kita menumpukan program berbentuk kemasyarakatan agar masyarakat lebih mendampingi kita dan mengunjungi kita ketika saat memerlukan.
3- Kenalkan diri kita sebagai agen perubah dalam masyarakat yang memerlukan sentuhan dakwah bagi meneruskan kehidupan yang fana ini. Wujudkan pusat komuniti tempat anak remaja beriadhah dan berkumpul agar satu hari nanti mereka akan menuruti jejak abang-abang mereka yang mula mengerti erti perjuangan sebenar.
4- Dekatkan diri dengan program Illahi, Qiamulail, Puasa, Usrah jangan ditinggalkan kerana itulah sumber kekuatan bagi ruh kita.
Janganlah kita Pemuda PAS sekadar dikenali 'pakar mengantung bendera tertinggi & terbesar, Hero dalam pergaduhan, Samseng dan bergerak dalam kumpulan tertentu sahaja. ubahlah sikap kita agar lebih dinamik, mudahkan orang mendampingi kita , menjadi tempat rujukan dan naungan masyarakat agar PRU ke 13 nanti keputusan berpihak sekali lagi pada diri kita.
"Baldatun Tayibatun Wa Rabu Ghafur"
Jangan kita leka dengan kemenangan ini, kita hanya ada masa yang singkat maybe PR akan datang lebih awal diadakan dalam BN menuju kehancuran ini. Jom kita raikan kemenangan ini dengan pengisian yang baik. Biarlah mereka bergaduh merebut jawatan, mengulingkan orang, tapi bagi kita dalam Pakatan Rakyat kita menerajui golongan muda menentang golongan kuffar. Bersedialah kita merampas kembali Bumi Darul Iman ini dalam masa akan datang.
Akhir kata berdoalah dan bergantung haraplah pada Allah yang menolong kita dalam menenetukan kemenangan ini dianggap hadiah bagi pekerja parti yang ikhlas berjuang.
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. As Saff ayat 14
Sekian Terima Kasih...
Aeman Fadlullah
Maka setelah
Wahai Pemuda....
Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.
Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-manah kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.
Allah berfirman;
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)
Dengan kesimpulan inilah maka kamu, angkatan pemuda akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda; malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kamu itu akan menjadi bertambahberat.
Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.
Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.
Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.
Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahala di akhirat kelak.
Kita, Angkatan Pemuda Islam ini, bertuah sebab kita termasuk ke dalam golongan yang kedua hingga terbukalah mata kita melihat umat yang terus menerus berjuang serta bertungkus lumus demi kebenaran dan kebebasan. Oleh itu, bersedialah wahai angkatan kesatria, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan yang terus menerus bekerja dan bertindak.
Bersambung...
Jemputan pengisian
Program : Tamrin Qiadi (Pengurusan Organisasi)
Tarikh : 3-5 April 2008
Tempat : Dewan Utama Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI)
Tema : Tanzim Mantap, Organisasi Teguh
Anjuran Bersama : Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI 07/08
Peserta : Semua Exco MPMKUDQI, HESIS, AJK Tertinggi Lajnah, Unit, Nuqaba', Naqibat.






Senarai Barangan WAJIB BOIKOT

The Proboscis Monkey (Nasalis larvatus), also known as the Monyet Belanda, the Bangkatan or simply the Long-nosed Monkey. - Wikipedia
Klik sini : Barangan keluaran Belanda
Ni lagi...
Mampat tu apa ya?... Klik sini
Yang ni dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH
- Dutch Lady - Susu
- Ferrero Roche - Coklat
- Wall’s - Ais Krim
- Ing -Insurans
- Planta -Magerin
- Lady’s Choice -Magerin
- Lipton -Teh
- Shell -Minyak
- Knorr -Perisa Makanan
- Dove -Mandian
- Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
- Radiant -Deodoran
- Rexona -Deodoran
- Ponds -Produk Kecantikan
- Kieldsens -Coklat
- Slimfast -Produk Pelangsing
- Lego -Kismis
- Philips -Barangan Elektrik
- Duyvis -Makanan Ringan
- Gouda -Keju
- Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
- Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
- Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
- Labello -Lip Balm
- Pickwick -Teh
- Venz -Mentega Coklat
- Kinder Bueno -Coklat
- Unilever -Syarikat
- -
- -
- Sunsilk -Shampoo
- Fair & Lovely -Produk Kecantikan
- Lux -Mandian
- Vaseline -Lip Balm
- Cif -Pencuci Lantai
- Surf -Pencuci Kain
- Wishbone -Pencuci Kain
- Doriana - Keju Krim
- Bertolli -Minyak Masak
- Clear -Shampoo
- Breeze -Pencuci Kain
- Sun -Pencuci Kain