Melangkah 2008
Generasi Kemenangan Yang Dicitakan
Seorang penyair zaman silam pernah bermadah,
“Kelemahan (futur) selepas mujahadah adalah
berpunca daripada permulaan yang tidak betul.”
Muhasabah Wa Mujahadah
Tahun yang sebelumnya, kita masih lagi memperkasakan diri dengan menyertai pelbagai slot ilmu dan kemahiran yang samada ditaja oleh Parti atau dibiayai sendiri. Namun berapa banyakkah peratus yang dapat kita hadiahi untuk mengerakkan organisasi kita atau menambahkan kekuatan jamaah yang kita dokongi ini.
Sediakah kita dengan mengwakafkan diri pada organisasi dengan ilmu yang setakat secupak di dada, atau sekadar menghiburkan diri dengan panggilan duniawi yang sementara ini sahaja. Kita mampu berfikir melebihi golongan yang lain, bukan lagi usia untuk meniarap dan merangkak dengan kehidupan yang diuji kini kita sudah mampu melangkah lebih laju dari yang disangka.
Tarbiyah Diisi Semangat Ditagihi
Antara kekuatan yang diperolehi ialah hebatnya Ruhhi dan gahnya Jismi. Usrah yang kita kecapi selama ini mungkin perlu dinamik atau diubah method agar pengusaha ruh ini dapat mengecapi kemanisan dakwah yang kita lalui.
kata-kata al-marhum Sheikh Abul Hasan Ali An-Nadwi,
“Kita mesti mengeluarkan rijal yang boleh menegakkan dakwah, menguruskan pentadbirannya, mentarbiah rijal dan memenuhi segala lompang. Mana-mana gerakan, dakwah atau institusi meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, namun ia tetap terdedah kepada mara bahaya. Bahkan dalam masa yang singkat, ia akan kehilangan pendokong-pendokongnya seorang demi seorang hingga tiba suatu hari nanti ia akan kehilangan kesemua pendokongnya.”
memenuhi keperluan dalam berorganisasi memerlukan kekekuatan dalam merancang, mengatur strategi agar organisasi kita tidak lagi berpaling ke belakang. Benteng terakhir kita hanyalah pada Illahi dan doa yang kita alunkan setiap kali bersolat menjadi sumber kekuatan higga akhir hayat.
Program yang dianjurkan juga memerlukan perubahan yang ketara, kemahiran yang dimiliki masih belum lagi mencukupi. Bandingkan kita dengan kekuatan organisasi yang berbeza fahaman dengan kita, adakah tahap kita setara atau masih lagi jauh ketinggalan dengan pencapaian mereka. Jangan sekadar bertakbir sahaja hendaklah kita juga pandai ber'Tadbir' agar rekod pencapaian kita dapat diubah pada masa akan datang.
Motivasi Vs Nilai Remaja Kini
Remaja bukan sekadar memerlukan pedoman untuk dijadikan panduan hidup, realitinya mereka telah lari dari kokongan agama. Sudah berapa banyak kita membuat analisis terhadap pencapaian peserta program yang telah kita anjurkan, adakah mereka masih setia pada kita atau mula menjarakkan diri dengan aktiviti yang sia-sia.
Mungkin pada masa hadapan kita perlu merancang program yang lebih berbentuk kekeluargaan memandangkan punca segala permasalahan banyak dibangkitkan dari hubungan kekeluargaan. Jangan sekadar kita berbangga dengan kehadiran penuh pada seseuatu program namun pengisiaanya sekadar take granted atau berorientasikan program, bagi kita perubahan yang dapat kita didik dan asuh untuk mereka hadapi pada masa akan datang.
Duta Kebajikan
Kadar kemiskinan dan purata pendapatan isirumah yang menjadi isu utama dalam menghadapi realiti Bumi Darul Iman yang menjadi tanggungjawab bersama. Program menziarahi dan menghulurkan sumbangan dapat diteruskan, apatah lagi dengan kesanggupan beberapa NGO untuk menghulurkan sedikit bantuan atas nama kebajikan.
Inilah merupakan jalan mendekati masyarakat bawahan agar dapat menikmati sedikit nikmat hidup yang kadang-kadang menjadi impian bagi mereka yang menghadapi kesusahan. Faktor kemiskinan juga merupakan faktor besar remaja menghadapi risiko permasalahan yang sedang tenat melanda negara kita. Mungkin dengan sedikit bantuan moral dapat menjauhkan mereka dengan sifat negatif tersebut.
Ukhuwah 'Strategic Partnership'
Sebelum ini mungkin kita belum dikenali umum, namun setelah berjaya mendapat perhatian masyarakat parti kita mula dinilai. Kadangkala kita diejek dengan ungkapan si 'mangkuk baru' , 'pemecah J' dan pelbagai lagi kata-kata yang mungkin dituju bukan kerana diselidiki dan difahami terlebih dahulu.
Mungkin kita dibenci kerana kekuatan atau kelemahan dalaman ahli, kita bersedia duduk semeja berbincang agar permasalahan ini tidak menjadi barah di dalam hubungan sosial. Tidak dinafikan kehidupan dalam berjemaah kadang-kadang menyulitkan bukan kerana Jemaah tapi kerana kehidupan ahli itu sendiri. Kita sedar dengan usia didibaratkan kanak-kanak 4 tahun, yang mampu hanyalah bersuara kecil, namun setiap idea dan kritikan bukan untuk mematikan perasaan sayang namun untuk mengubat kelemahan yang perlu ditampung oleh kami.
Bukan sekadar dengan rakan di luar organisasi sahaja, namun kekuatan kita juga perlu bermula dari sifat dalaman yang perlu diterajui oleh peringkat atasan kelab. Penyertaan kita dalam pelbagai aktiviti anjuran Parti haruslah diperhebatkan lagi untuk menyemarakkan semangat yang semakin kendur di pihak generasi muda.
Itulah yang dicitakan oleh Iqbal dengan syair beliau;
Dengan nikmatNya kita bersaudara,
Hati, ruh dan ungkapan kita serupa.
Kesatuan hati sahaja tidak memadai,
sehingga lahir kesatuan ungkapan.
Hati yang sakit tidak mengenal kebaikan
Tiada reformasi tanpa memperbaiki diri
Bilakah ummah akan bangkit sedang hati ternoda,
Menghadapi Liku Peperangan Besar 2008
Penyertaan seratus peratus ahli dalam program menunjukkan semangat luar biasa bagi merampas kembali bumi hijau di tangan Si Gelombang Haru Biru. Dengan berbekalkan idea dan sumber keahliaan kita pasti merancang kekuatan tambahan umpama pemain simpanan yang akan bertempur habis-habisan bagi menikmati kemenangan yang dicita-citakan.
Kami bersedia menjadi benteng muda untuk menghadapi mehnah yang diatur oleh puak-puak perampas agar kita menjadi negeri yang 'Baldatun Tayibatun Wa Rabbu Ghafur'.
“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” [At-Taubah: 41-42]
Akhir kata sambutlah kemenangan dalam kedamaian agar kita perolehi hadiah keimanan yang dicita-citakan. ingatlah pesanan Hassan Al Banna
Hendaklah kamu menentukan matlamat dan haluan kamu. Ketahuilah bahawa titik kekuatan ialah iman. Hasil dari iman ini lahirlah perpaduan. Dengan ini tercapailah kemenangan yang cemerlang. Maka segeralah kamu beriman, berukhuwwah dan bertindak, kemudian tunggulah kemenangan dan sampaikanlah berita baik ini kepada seluruh para mukminin.Waalahu Alam.
Mesyuarat & Keraian
Kelab Fasi's Books Of Records...
Setinggi penghargaan kepada para isteri yang sabar menunggu dengan anak kecil di sisi seperti Suwa, Dini dan Lisa, tak lupa juga Haimi yang kelihatan se'eh (bahasa ganung) sarat mengandung. Huhu... Ini permulaan sebuah pengorbanan isteri pejuang, besarlah pahala kesabaran kalian. Moga-moga Al-Waqiuddin, Faqihah, dan Amir Akil juga mewarisi semangat juang bapa mereka.
Disemberian
Sila pastikan nama-nama berikut diberikan hadiah @ sambutan sepatutnya
Hassan @ Rauf - 4 Disember
Amdang- 14 Disember
Sukeri- 21 Disember
Algha - 24 Disember
Aemang- 26 Disember
Nurul Syadiah- 31 Disember
tolong listkan sapa lagi ye...
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Riadah Malam
OK.. Ni riadah malam kali ke 2. (Hai...kerap sangat ni?)
USRAH JASADI
Nak bagitau kaum muslimin fasi telah melaksanakan satu agenda iaitu kempen mengempiskan perut. Aeman, Sukeri, Koden, Zaidan, Syuk, Ikhwan, Hazwan & Zubir telah berjaya bermain badminton. Selama 2 jam kami bertarung dengan pecah perut masing-masing (bukan pecah lemak) ialah pukul bola tak kena, smash keluar gelangang, backhand tak lepas, lubuk pun ada. Yang penting permainan kami semua boleh dikira baik berbanding dengan court sebelah.
Selepas saja main, kami sempat buat sedikit usrah di satu kedai makan membuktikan bahawa kami bukan setakat bermain saja tapi ada sedikit pengisian yang diketuai oleh ustaz khairuddin. Antara pengisian yang ditekankan ialah peranan usrah dalam meningkatkan kemahiran dan ilmu fasi, kebajikan ahli. Hinggakan Naqib order air 3 gelas, (teh limau kasturi)....
Tepat jam 10.00 masing-masing pun beredar, dalam kepala dah pikir mesti puan haimi, puan dini, & tak lupa my madam puan ayu akan mengurut urat-urat suami tercinta masing-masing ialah dah lama tak main...Zaidan tak boleh bermanja sapa suruh isteri pi jauh-jauh... TQ for everyone. Next week kita main lagi.
Puisi
JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH DIMADUKAN,
BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI
TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!!
KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH
PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN
KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA
BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM
BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG
PERJUANGAN SUAMIMU
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA
SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU
DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU
DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU
PERJUANGAN ISLAM!
JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA
YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI
DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!!
BAHKAN DIRIMU
ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH
PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA.
DIA MENCINTAIMU KERANA
DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM.
JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN.
SEKELUMIT CINTA PUN
TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI
ISTERIMU BANTULAH ISTERIMU DAN
KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN..
Sidang Rakyat
Kenangan persiapan
Lagi Produk Baitul Muslim
OK... Ini pulak kisah walimah kedua iaitu pasangan Munirah dan Adib Faisal.
Tarikh : 2hb Disember 2007
Tempat : Chendering, Kuala Terengganu
Catatan : Bak kata Zack, masa ni la kita nak tengok muka sahabat kita lain dari biasa...hehe... Jangan mare Munirah...
Produk Bait Muslim
Assalamualaikum semua…
Walimatul-urus – Zidane & Jue : Kenduri pertama sempena cuti sekolah
Catatan : Harap-harap saudara zidane tak kisah menjadi bahan berita
Kami telah merancang dari awal mengenai rombongan menghantar zidane ke rumah pengantin perempuan di Besut. Lafaz nikah telah termateri pada malam 30 November 2007, Alhamdulillah, namun ia dihadiri oleh saudara terdekat sahaja memandangkan kehendak zidane dan kekangan masa kami sendiri. Namun, agak kelakar kerana maghrib sebelum majlis akad nikah bermula, Nurrul berniat menyampaikan sms ucap selamat pada zidane, Ustaz Pin mengusik Nurrul menghantar mesej berbunyi : “Sampai hati anta Dan, ana tunggu anta dari UiTM lagi, kenapa anta sanggup hancurkan hati ana?” He…he… of course Nurrul will not do that! Tapi kami hanya tergelak mengenangkannya dan menitipkan doa agar semuanya berjalan lancar. (Jangan marah Jue…;p)
Pagi Jumaat : 30 November 2007
Kami berkumpul di dua checkpoint (cam program lak) iaitu IDC dan Batu 6 pada jam 10.00 pagi. Tapi, ada juga yang terlupa… sabar je la… Tapi, dimaafkan kerana itu kelemahan manusia dan orang yang terlupa tu pulak, orang yang biasanya akan datang awal meeting… hehe2…(Madi, orang back-up nih). Sebanyak 5 buah kereta menjadi rombongan penghantar dari Kuala Terengganu…huiii… meriah tak?
Kami tiba di rumah zidane jam 12 tengahari… Next, anda boleh lihat gambar-gambar ni…





Inilah pengantin paling busy dalam dunia, sampin pun pakai depan rumah pengantin pempuan

