APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?



1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.


2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.


3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.


4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.


5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.


6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.




Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.


Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala:


Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini,supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatankamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangankepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). (Surah Al- Hajj 22: Ayat 78).

 

0 comments: