DEMAM PIALA DUNIA SUDAH BERMULA....


Maka bermulalah Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan hingga awal Julai nanti....

Akan adalah insan-insan yang sanggup berjaga malam untuk menyaksikannya....

Akan bermata merahlah sebahagian besar dari mereka pabila pergi kerja....

Akan mengantuklah sebahagian yang lain pula...

Apa faedahnya Piala Dunia kepada manusia seluruh dunia dan seisinya?

Anda fikirlah sendiri!

0 comments  

CARE

0 comments  

TOURNAMENT BADMINTON & BOWLING KELAB FASI



20 FEB 2010, TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT, KUALA IBAI.9.00 PAGI

JOM MAI RAMAI BERI SOKONGON PADU KEPADA GOLONGAN FASI YANG TAK PERNAH MENGELUARKAN PELUH. KITA BUAT USRAH SEKALI. INSYA ALLAH PASTI MENGEGARKAN LEMAK DAN KOLESTROL DALAM BADAN.

MUSLIMAH MAIN BOWLING , MUSLIMIN KITA MAIN BADMINTON.

0 comments  

SALAM MAAL HIJRAH 1431



Wishing you all a very best Awal Muharram, the first day of Muslim Calendar and
do remember the true meaning of this great & blessed day.


0 comments  

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?



1. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akidah.


2. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Ibadat.


3. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak.


4. Saya Mestilah Muslim Di Sudut Berkeluarga.


5. Saya Mestilah Mampu Mengawal Diri.


6. Saya Mestilah Yakin Bahawa Masa Depan Di Tangan Islam.




Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.


Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar.


Firman Allah Subhanahu Wata'ala:


Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini,supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatankamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangankepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). (Surah Al- Hajj 22: Ayat 78).

0 comments  

11 Amalan Terbalik


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik ataubertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalanyangterbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya)adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatirkalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurutIslam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau iamenziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makanbukanuntuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yangterbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segannakmakan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,sedangkanyang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuanrumah rasa gembira dan tidak membazir.5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangatmalas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumahsepertiyang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankahamalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.Makadihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturankerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut puntetaptak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah dimintatapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yangdituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untukoranglain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurangbahagia.


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentukgossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benardan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forwardemel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerimahakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kitamenurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikutselera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukanperaturan hidup kita.


Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

0 comments  

EXECUTIVE INFORMATION OFFICER

Tesdec Services Sdn. Bhd. (TSSB) adalah anak syarikat TESDEC Berhad mempelawa rakyat Terengganu yang berkelayakan dan berminat untuk memohon kekosongan jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) :-


Tarikh tutup permohonan pada 15 DISEMBER 2009

Image

0 comments